”Cantik kan sayang?” sambil bergelek lembut.
Membiar halus seni jahitan tudung itu memeluk tubuhnya penuh manja.
Sehalus buatannya yang cukup indah.
Pada harganya juga indah; bagi peniaga.
”Hmm” mendatar.
”Hmm ajer? Takkan tak cantik?” ’hmm’ takkan pernah cukup dengan harga pelaburan untuk menjadi seindah ini.
Tudung ratusan ringgit itu masih cantik terletak pada gayaannya.
”Sayang nak beli apa ni?”
”Ayang, kan di kedai tudung ni. Takkan nak beli kedondong” mencebik gaya muncung masam-masam manis. Biar mencuih manja, pinta di pujuk dan di raih peluk.
”Kan bertudung itu untuk dilabuhkan pada pakaianya, dan menyimpan sorok pada pandangan?”
”Dan tak kena lah kalau yang ayang nak kenakan ini masih nampak tembus semuanya. Tak bertudung la gayanya”
”Abang tu yang tak reti fesyen manusia. Hidup kena berubah. Kena ada gaya dan penghormatan. Takkan salah untuk berindah siap untuk abang juga”
”Fesyen itu manusia aturnya. Dan bukan fesyen yang Allah tanya nanti.”
Senyap.
Sekejap.
Biar seketika hanya deru angin yang berbisik.
”Belilah” pujuk bahasa itu.
Sambil di peluk manja oleh si suami.
“Belilah”
Dan nampak kaca mata riang pada si isteri.
“Belilah kalau mencari manusia yang sayang mahukan, dan bukan syurga Tuhan”
Erk.
“Dan dan putuskan mahu yang mana nanti, cari abang di kereta. Abang tak mahu subahat” sambil di lerai peluk manja tadi.
Tak mahu kalah.
Tak mahu salah.
Biar patah dari bengkok dalam tak sedar.
4 comments:
Aslmualaikum
biarlah berpakaian ketinggalan zaman asalkan bukan pakaian akhir zaman
- Ahmad fedtri yahya 2011
Yusuf
yang dinilai bukan zaman, tapi aman hujung nanti kan.
ada satu yang aku dengar kelmarin lepas.
"Rahsia kecantikan kulit wanita mengikut kajian sains adalah mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari. Cantik Islam ini sebenarnya, kerana dalam kod pakaian kita sendiri dah menegah dari terdedah kepada matahari. Tapi, apa yang jadi?"
*senyum*
awwww! boleh x komen begini saja?
anum
yang penting, bukan apa yang kamu komen, tapi apa yang kamu faham; dan iktibarkan.
dan itu lebih cukup dari juta kata tanpa makna.
kan?
*senyum*
Post a Comment