Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 13 February 2013

Halalkan Saya!



Bersama ini sebuah naskah yang aku tulis untuk diterbitkan di laman secret7writers, sama seperti naskah lain yang sudah diterbitkan disanajuga di atas nama unEdited. Namun, atas sebab yang tertentu, aku terbitkan ia di sini, untuk bacaan kalian.
Percayalah, setelah beberapa kali mencuba, aku mengesahkan menulis kistot/kispen/cerpen lebih kompleks dari melempar kata di entri blog ini. Setidaknya, itu yang aku percaya.



   
***
 

12 haribulan
“Aku tidak mampu bahagiakan kamu. Pergilah cari orang itu! Pasti dia mampu bahagiakan kamu. Dan dia lebih layak untuk kamu!”
“Awak sudah bencikan kita?”
“Tidak. Sesekali pun tidak. Cuma..”
“Kenapa harus ada cuma? ” pipi mula basah.
“Percayalah, nanti kamu akan faham” dan berlalu, laju.
Hujan mula turun. Lebat. Benar jangka cuaca di berita tadi, panas tak sampai ke petang, ada hujan lebat berselimut taufan di hujung hari.

***
COMPOSE
Kalau nanti-nanti saya boleh awak fahamkan, kenapa bukan hari ini saya difahamkan terus?
SENT

***
13 hari bulan, 5 bulan ke hadapan.
Manusia yang ramai tadi semua sudah mula pulang. Yang bersampin dan mula lucut dan bersandar menunggu penat reda. Tinggal hanya berdua-tiga manusia, pelamin dan bunga-bunga yang tunggu tuannya datang tuntut saja.
“Abang ok?” Naurah membetul simpuhnya disebelah Amir. Teh suam nipis sopan disuakan kepada sang suami.
“Alhamdulillah” dan senyum, yang manis. Kalau bertengkolok merah hati tadi lagi manis. Mahu mati diabetes dengan manis itu pun tidak apa rasanya.
“Pengantin ni, tak habis-habis lagi berkepit nih!” ajib, juru gambar mereka. Entah beribu momen manis pasangan sahabatnya terakam di DSLR kesayangannya. Sudah berkira-kira untuk susun letak ‘customised album’ mereka, barangkali.
“uhk, uhk!” batuk. Amir batuk. Cangkir teh tak sempat dicicipkan ke bibir sudah tersamping ke sisi. Dada amir bergetar lagi. Batuk!
“Abang!” Naurah sempat. Telapak tangan berinainya sama memengan tangan Amir di dada. Amir batuk lagi. Berdarah kali ini.
“Ya Allah, kenapa ni?” semua yang ada mula berkerumun. Semua tumpu pada mereka.
“Abang, mengucap bang” Naurah meriba suaminya. Telapak tangannya tak lepas.
“Cepat siap kereta. Cepat. Kita pergi hospital”
“Mengucap ya bang. Sabar ya” masih, tak lepas.
“Allah... ucap Allah bang” dan kini baru lepas; air matanya terlepas turun dari pipi itu sebelum sempat diredakan hati. Ah, sabar!
“Maafkan abang ya Naurah sayang” jatuh lagi air mata itu. Kali ini makin tidak tertahan.
“kita jumpa ya” dan senyum dalam pucat wajahnya, dan senyum lemah.
“Cepat angkat, kereta dah tunggu” tapi tak sempat.
“Allah...” lafaznya akhir, dan baru terlucut genggam tangan kepada isterinya.
“Abang!”

***

Malam Jumaat, tahun yang kemudian-kemudian
“Ya, Allah, semoga kamu tempatkan dia dikalangan kekasih-kekasihmu yang kamu sayang ya Allah, dan jadikanlah aku bidadari yang menjadi makmum bertakwa kepada dia di sana juga ya Allah. Ameen.” Dan berderai, lagi

[Epilog]
“Awak, kalaupun benar sakit itu sebabkan hayat awak tidak lama, tolonglah jangan seksa saya dengan memutuskan apa yang kita bina bersama. Tolonglah nikahi saya dan biarpun sekejap, bahagiakan saya untuk saya kenang sampai hujung dunia. Berilah peluang untuk saya halal merindui awak selama hidup saya. Tolonglah saya awak. Tolong”

Tuesday, 5 February 2013

Keputusan




Jangan sesekali yang diputuskan keputusan itu untuk yang lain, sedangkan yang kita berhak hanya pada kita.

Berkorbanlah kalau kamu mampu, atau berjuanglah kalau itu kamu mahu; tapi akhir duduknya kejadian tetap dari Dia.

Letak hamba pada usaha, dan kita tidak memiliki sekalian apapun, melainkan dipinjamkan dan diamanahkan.

Monday, 4 February 2013

Poskodnya?



Mendengar hujung nyawa bakal menjengah bila-bila dari sang manusia berkod putih dan steteskop di leher bisa matikan alasan untuk hidup.

Sedangkan, kita tahu yang penyudah hidup itu bakal bila-bila saja; tetapi tetap masih biarkan hati mati? Padahal, ia lebih baik tahu dari tertunggu tanpa tahu penghujungnya, bukan?
Melainkan, kita tidak pernah percaya, atau benarnya tidak pernah mahu ambil bicara?

*senyum*

Bibir mengumam mahu kesyurga sahaja, tapi ‘poskodnya’ sendiri kita tidak pernah mahu ambil tahu!

Friday, 1 February 2013

“Percayalah, nanti kamu akan faham”





Kalau nanti-nanti dia bisa faham, kenapa hari ini dia tidak difahamkan terus?

Barangkali kamu ‘membeli’ waktu untuk sebuah keputusan, tapi sang penunggu itu bisa goyah segala yang dipercaya dengan seribu andai dan kemungkinan; dan mana tahu, bila sedar baru menjengah, kamu sudah tidak ada ‘waktu itu’.

Wednesday, 30 January 2013

Terpilih; Untuk Kamu Memilih




Pada hamba itu, wujudnya sendiri untuk sebuah ujian yang dipanggil kehidupan. Lantas, harus teriakkan apa dengan keluh hati andai kita terpilih untuk diuji?

Bukankah, andai rasa dihidupkan Dia untuk sentiasa mengingati-Nya, kita bahagia?
Dan bergelut kerisauan andai kita dilimpah ‘bahagia’ dan ‘berjaya’ biarpun terhuyung-hayang berjalan hidup tanpa benar tujuan?



Kamu, apa yang kamu detikkan pada peri laku kamu. Kamu pilih, dan setiap keputusan ada kesimpulan; andai kamu benar memandang.

Sesungguhnya, Dia sedang menguji. Dan ujian itu baru dipanggil hidup.
Adakah kamu hidup dalam ‘kehidupan’ kamu?
Itu kamu pilih!

*senyum*

Wednesday, 9 January 2013

Ketidaksempurnaan Itu Adalah Kesempurnaan Seorang Manusia

Gambar asal dari ohcikgu.com.
Sesetengah orang gembira (malah ramai yang gembira sebenarnya), tapi sesetengah yang lain merungut dengan hati, menangis dengan kejadian dan hilang dalam pejam. Dan yang sedih itu, bagi aku, lebih signifikan dari yang ramai.


Antara 2 (dari berjuta) perkara pembawa sedih dalam hati manusia.


Perkara pertama.

Manusia itu tidak akan pernah sempurna. Baik dalam menunaikan tanggungjawabnya, mahupun dalam berlaku adil dengan hidup dan dirinya sendiri.

Manusia itu sendiri diciptakan untuk bergantungan, jadi dalam tak sedar hidup ini tidak akan pernah penuh tanpa ada perkongsian, dan perkongsian itu tidak akan pernah lengkap tanpa adanya penerimaan ketidaksempurnaan si pasangan.

Apakah salah mereka yang berdegil juga mencari kesempurnaan itu?
Bagi aku, selagi mana hati mereka gagal mengakui ketidaksempurnanya kejadian, selagi itu mereka akan gagal dan terus sesat.

Pada mereka yang mencari sempurna (sebagai contoh) akan gagallah menilai manisnya pasangan yang digandingkan dengannya; terjadilah persengketaan hati dan perbalahan emosi. Bercerai simpulan janji hidup bersama, runtuh gulungan emosi yang dijinjing tinggi, malahan akan lebih teruk hilang jiwa insan dalam pejamnya.

Jadi bagaimana? Baliklah pada pangkal kejadian kita. Percaya hanya Allah yang sempurna. Buat sehabis baik dalam tiap perhubungan, selebihnya pulangkan pada Allah; Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Gambar asal dari cisdel.com.

Perkara kedua.

Aturan keutamaan manusia pada kehendak dan bukan pada keperluan. Hendak hati mahukan gunung, tapi hanya dapat bukit. Hendak hati mahukan juta, tapi satu pun tiada. Jadi mahu salahkan siapa? Paling baik, bersyukur dengan apa yang ada, kerana apa yang dikurniakan itu (ada atau tiadanya itu tetap satu kurniaan) adalah satu 'ujian' dari Allah untuk tingkatkan hati dan roh iman kita. 

Hati hendak-kan sahabat yang mendengar, tapi Allah duga kita dengan sahabat yang mengecewakan. Tapi yakin, Allah simpankan kita sahabat yang lebih baik, yang lebih aman untuk naluri kita, yang tidak kita teridamkan; hanya roh yang tawakal akan ketemuinya.

Hati inginkan kejujuran, tapi Allah duga kita dengan kecurangan. Tapi yakin, Allah dah simpan kejujuran yang lagi besar; yang mana hanya sabar hati akan melihatnya kelak.

Aku ini hanya makhluk, dan Allah itu Maha Satu. Aku hanya mampu pulang pada-Nya.

Dan aku mahu pulang dengan senyuman.

Ameen

*senyum*

* * * * *
Asal terbit entri ini 17:37, 25 Disember 2009.
Insya'Allah ini bukan yang terakhir aku terbitkan semula dari pustaka entri.
Andai ada yang baik dari kotak draft inbox, aku akan bimbitkan semula, untuk kita bersama.
*senyum*

 * * * * *
    Biar banyak membaca, baru banyak menulis.
Sebaliknya? bisa jadi tukang karut kosong yang berminda tanpa batasan.

Friday, 4 January 2013

Mula



Sumber gambar dari sini.

Kita sering memilih untuk bermula esok, dan bukan sekarang; sedangkan hari ini sendiri belum tentu kita mampu sudahkan. Malangnya, apa yang kita fikirkan hari ini hanya untuk sebuah ‘tagline’ hidup esok yang ‘tidak pernah hidup’, dan bakal melupakannya lebih cepat dari ketika kita menciptanya.

Biarpun jarum saat di jam tangan analog itu berhenti untuk apa saja alasan dunia, masa tetap terus berjalan dan kadang-kadang berlari bila kita kekal dengan mimpi.

*senyum*

Hidup ini harusnya bermula dari saat kita sedari salah, dan memilih untuk terus berubah. Selagi masa diberi, kita seperti penipu yang menipu jiwa sendiri dan membeli waktu untuk menyatakan yang salah kita itu tidaklah salah sepenuhnya, dan akhirnya tidak pernah berubah.

Hidup tidak bermula pada esok, lusa, tahun mendatang mahupun usia puluhan; tapi bermula bila kita bertindak dengan apa yang kita fikirkan.

Wednesday, 2 January 2013

Alasan

Ikatan, yang terlalu berpintal dan tetapi tiada simpulan mati di hujungnya, kukuh dan erat, tetapi bisa terlerai pada saat dan ketika yang terpaut itu dibiar lepas tak gengam jemari mereka.
Bagi aku, itulah persahabatan.
 
Maka, beralasanlah dengan sekecil-kecil keadaan pun untuk menderingkan telefon bimbit sang sahabat kalian, agar kita tidak tenggelam dalam percaya yang mereka itu sudah-sudah dengan kita di dalam hidup mereka.

Berhabis baik selagi mampu, kerana balasannya bukan dari mereka, tapi dari Dia.

Setidaknya, itu yang aku percaya.

Dan kamu, jaga diri.

*senyum*
Pic origin from here.

 Benarnya, perlukah satu alasan untuk kamu berbasa-basi, bertanya cerita?
atau, hidup ini terlalu dipecah perintahkan,
sehingga 'tahun baru' baharulah boleh dimulakan baru sebuah kehidupan (yang belum tentu tahu gimana).

Wednesday, 26 December 2012

Berbasa-basi

Picture from here.

Pada dua telefon bimbit, berbasa-basi di hujung jemari, lewat Mei lalu.
 
INBOX

READ
 
Salam, AJ kan?

 REPLY

Ya, siapa ni?
 
SENT

 
Yunus ni, ingat tak? 

Wei, hang ka. Lama tak dengar cerita. Try reach hang sometimes, but seems the number is death. So, here you are. Apa cerita? Dah jadi upstream indie singer?


Aku dah tua dah la. Sekarang kerja office je. Ko apa cerita wei? Kita ni kawan dalam sms ja na.   

Kecil besar kerja bukan apa-apa. Asal kita ada life dan gembira, itu sudah memadai. Aku kerja di Perak. Kerja gomen. Itu je yang termampu. Lari bidang pun, tapi alhamdulillah enjoy juga. Ha’a, kita kenal di sms saja. First jumpa masa aku bayar CD, and that was the last till now. Tak apa la, tak jumpa pun kita masih berkawan, kan? 
Aku dah beranak dua dah. Hang?
 

Aku kerja di KL. Aku ini biasa-biasa ja. Kahwin pun belum, apekan pulak nak beranak. Orang macam aku, siapalah yang mahu. Macam hang lain la. 

Apahal sangat gaji tinggi rendah, asalkan itu yang terbaik hang boleh buat, syukur sudah. Macam ini saja. First, hang jaga solat lima waktu betul-betul. Insya’Allah perlahan-lahan nanti life akan jadi lebih baik.
 
Aku dengan hang tak ada apa beza sebenarnya. Sama saja. Selalulah pegang, bahwa mahu dapat pasangan yang baik, mulanya kita kena jadi yang lebih baik dahulu. Asalkan jadi yang lebih baik dari dulu-dulu sudah cukup, kan?
 
Aku sendiri belum cukup bagus. Tapi, tak salah untuk aku nasihatkan hang sambil berpesan dengan diri sendiri. Allah dah janjikan, orang yang baik untuk orang yang baik, dan balasan yang baik. Jadi, berusahalah menjadi orang yang lebih baik dari dahulu. You will never being Ustaz in fortnight, but u can be a better Yunus everyday. Tapi, hal hati memang berbolak balik. So, be firm and stand still with your will.  Bro, hang boleh buat! Aku percaya, hang boleh jadi lebih baik, asalkan hang mahu. Kan?
 
*senyum*
 
Esok-esok, bila hang dah mencipta lagu lagi, boleh roger-roger aku ya, dan waktu itu, percayalah, hang dah ada inspirasi baru dan bukan hanya tentang sedih cerita lama semata-mata, and it worth every single pain you are pass through. Baru berbaloi-baloi kan?
 
*senyum*
 
Thanks sangat-sangat bro. Betul kata hang, macam ayat seribu dinar la, macama mana Allah janjikan jalan keluar yang tidak di sangka-sangkakan masa kita kebuntuan, kan? Thanks bro.
 
Tak apa, hari ini aku berpesan, esok lusa hang pula ingat-ingatkan aku yang terleka. Bro, pagi-pagi ni elok doakan mak ayah. Aku, ayah dah tak ada, baru terhegeh-hegeh nak sayangkan dia. Kan dah rugi. Ok bro, ada rezeki jumpa hang nanti. Salam. 

END


Thursday, 13 December 2012

Hak Yang Berhak



Hayat ini masanya bukan lama.

Andai diluang lebih untuk menampal silap orang pada tembok-tembok khalayak, kita bisa hilang ruang ketika untuk membetul tingkah dan salah sediri akhirnya.

Bersederhanalah.

Kerana yang Maha hanya Dia.

Kecewa, marah, benci; hanya emosi. Mungkin betul asas kita untuk ‘terasa’, tapi masih betulkah kita bila bertindak dengannya?


Dan untuk yang tersenyum, gembira, dan bahagia
 percayalah itu dugaan yang lebih sering di salah pandang dan terbiar hanyut?


Wednesday, 12 December 2012

Sometimes

after all, human being will always being human.

Friday, 7 December 2012

Thanks

Credit picture to Wikipedia.

Always find way to say thanks to Allah, cause every things 'goes-by' were designated to us in every single way.
It may be bad, good or great; but ultimately it is us who take the next step of every single stop.

Say thanks and smile.

There will always way to sneak in, sneak out; and the decision is yours.

*smile*

Monday, 26 November 2012

Sahabat



Untungnya kita ada satu, untuk kita pegang kemas sebagai yang terbaik untuk kita. dan satu itu sudah cukup besar banding ribu-ribu yang tak kemas sahabatannya.

Dan aku pernah ada.

Oh.

Silap.

Aku masih ada.
Dan aku bahagia.

Cuma kondisi dan geografinya beralih jauh; tapi menghargai yang pernah ada takkan pernah rapuh.

Insya'Allah.

*senyum*

Masalah



Ah.
Mudah.
Andai kamu biar diri kamu menjadi raja pada masalah insan, esok lusa, masalah kamu yang dirajakan orang.
Hidup ini sisinya ada dua; kadang lebih.
Dan kita pasti dibalas juga-juga nanti.
Kalau bukan di sini, di 'sana'; dan itu lebih tak terbalas kan?

Cumanya.
Tak semua yang kita pandang hitam itu hitam. Mungkin duduk letak kita yang tak benar tepat dan kita gagal memandang dari mata benar?

*senyum*

Dan itu sendiri juga satu permasalahan; barangkali.

Friday, 23 November 2012

Berdoalah Pada Dia


Original picture from thesahabat04.blogspot.com
Seandainya telah ditentukan jodoh kamu pada sesiapa, moga didekatkan hati sekalian itu dan dipermudahkan Allah untuk mendapat redho dan baraqah yang tak sudah.

Tapi.

Andai yang ditanggung ini hanya satu penyiksaan yang bukan satu ketentuan jodoh dari-Mu yang Maha Esa, Engkau tarikkan lah nikmat berkasih ini pelahan-lahan dan biar nanti bahagia yang benar bahagia itu datang dengan sulam hati dan suasana yang mendapat barakah-Mu.

Semoga sekalian kami mendapat ketentuan yang syurga hujungnya.

Dan sebagai mana yang kamu fikir sepadan.
Pada Dia segalanya.

Kan?

Thursday, 22 November 2012

Belum Cukup Tahu

original picture from http://myuncovered.wordpress.com/.
Manusia ada bertanya kenapa perlu ada marah kalau sudah tidak kisah, dan kenapa perlu ada runsing kalau tak pernah ambil pusing?


Balas jawabnya gi mana ya?


“Barangkali, kamu belum cukup tahu”

Tuesday, 20 November 2012

Hidup Ini Perit!



original picture from traveloghort.blogspot.com

Kenapa hati ini selalu sakit dan disakiti? Juga dicuriga biarpun setia? Sering gering walaupun seiring? Apakah tiada sudah yang baik untuk hati yang sering mahu menjadi baik? Apakah ini saja kesudahan yang berbaki untuk hidup ini?

Kata Tuhan ada janji yang baik untuk aku, dan mana janji Dia? Lupa?

Atau sudah jadi bodoh percaya semua?


Tunai janji pada Dia dahulu, baru kamu bilang 'tunai' Dia pada kamu.
Percayalah, bilamana kamu bermula dengan salah, maka salah letakkan kamu nanti.



Yakin pada diri sebelum yakin pada yang lain.
Sayang pada jiwa sendiri sebelum menjiwai sayang orang


Monday, 12 November 2012

Kenapa; Warna

(original picture from http://www.dreamstime.com/)

With me, a piece of blank paper, with a yellow 'Luna' stick of colour.
But, all the writing and drawing done turn to be dark and black.
Soulless.
Why?






'kerana niat dan hati yang menentu hitam putih sebuah kehidupan'

Wednesday, 7 November 2012

Benarnya Lagi Manis

foto origin from : http://puterizyan.blogspot.com/2012/06/mengorat-dengan-budak-bola-sekolah.html

Mendengar manusia-manusia hidup dari corong radio hari ini buatkan aku tersenyum. Khayal aku disedarkan yang dunia realiti lebih manis dari sebuah novelet yang populis.

Ya, barangkali banyak kemustahillan yang tercapai hanya dalam penulisan, tapi manusia lupa yang hidup ini sendiri bukan suatu yang mampu kita sudah dugakan.

Yang penting, percaya,
dan percayalah pada tempatnya.

*senyum*

Thursday, 18 October 2012

Rindu Sama Kamu

Bila terdetik dek karenah dan laku mereka, aku jadi rindu, biarpun baru subuh tadi kami berjumpa.
Lagi-lagi tika melayar foto mereka yang jujur senyum, menangis, ketawa dan berduka.
Lagi-lagi bila momen akhir semalam bernoktah di susun suara sang buruh yang capek dan warasnya hanya sebahagian; berlagu dalam nota musik yang berdesing.

Sedangkan; mereka apa yang kita suapkan pada lahir dan luhur.


Menjadi manusia sendiri payah, memanusiakan lebih payah. Tapi payah itu yang tidak boleh 'tak-payah-lah'. Dan 'payah' itu sendiri hidup.

Monday, 24 September 2012

membatu dalam gelap

 ini merupakan salah satu tulisan yang merupakan pesanan AJ kepada aku..sehinggga hari ini AJ tak pernah jemu menghantar email bertanya khabar dan kata-kata semangat...aku sendiri hilang kata untuk membalas setiap dari tulisan kamu AJ.....May Allah bless u...take care.

Kadang-kadang, aku memilih untuk duduk membatu dalam gelap. biar kipas pun padam. hangat. membiar diri kekosongan tanpa ada fikir. aku cuba menyorok susuk tubuhku dari kewujudan; tapi ia hanya untuk seketika.
esok lusa, bila aku dah pandai nak senyum seperti kelmarin, baru aku keluar dan ketawa dengan jujur.
kenapa?
kerana hidup perlu ada 'pause'. ada moment mencari frequency hidup yang lebih hidup dari rancangan realiti tv. dan bila hujan di luar sudah mula reda, aku melangkah balik. Langkah yang lebih kemas tapaknya.
Ameen

(dari AJ buat kita semua)

Tuesday, 5 June 2012

Love?



"Cinta itu sentiasa ada, cuma kita yang harus memilih untuk menyemarakkannya atau tidak."

Semuanya sudah ditakdirkan ada, cuma jalan cerita saja yang berbeda.
Mahu terus mencari?
Bagi aku, tak usah CARI.
Yang seharusnya kita tindakan adalah menjadi DIRI SENDIRI dan be open minded. Dont show any desperation; cause we are not! Be patient and let the time lead you to the one; special.

Aku dahulu sendiri buat hal yang sama.
Jiwa manusia bisa kan jatuh pada kita, bila dia jatuh hati dengan DIRI KITA, dan bukan dengan apa yang kita nak tunjukkan pada dia.

Maka, berddoa saja pada yang Maha Pengatur untuk diketemukan jodoh itu.
Dan ketemu bagaimana, itu ketentuan Dia.
Dan usah kita pekik nyanyikan lagu  wali band apa segala.

Seorang yang cukup rapat dan aku gelarkan sahabat sendiri seorang yang ANTI bab cinta ini. Semuanya gara takut dikecewakan, takut menjadi karma, kerana sang abangnya yang suka bercinta dan putus.  Tapi, syukur pada Maha Kuasa, tup-tup, dia dah berkenalan dengan somebody charming; bertunang dan kawin. la nih tengah enjoy life after married, i hope yes.

So, why not you too, in future?
And for now? Move on, sudah!

Friday, 1 June 2012

Selamat Tinggal v2


Pada kita, yang takkan pernah hilang adalah 'Dia'; dan dialah sahabat yang takkan pernah hilang.

Pada sang insan, wujudnya semua tak lepas dari satu paut singkat untuk melengkap skrip-skrip penceritaan yang belum sudah penulisannya.

Hari ini mungkin ada; ada tawa, gelak, tangis dan bicara.

Dan mungkin esok hilang.
Bukan hilang untuk dibuang dari kenang terus; tapi - buat sisip di coretan hidup yang pengajaran jiwa ini bukan ada teksnya yang berbuku seperti di persekolahan kita.


*senyum*




* * * * *



Announcement



Selepas empat tahun aku selesa berselindung di sebalik tirai ‘AJ’, hari ini aku selayaknya hebahkan siapa aku, untuk lebih adil pada penulisan dan kalian; sahabat-sahabatku.

‘min-hA-Jul-abi-din’ is my name given by my late father, and of course I am proud with it.

Kedengaran ganjil? Barangkali pertanyaan di google (tanpa dash) bisa rungkai persoalan kalian atas usul nama itu. Dan aku sendiri masih belum menghadam ilmu naskah itu dalam-dalam; namun aku janji, ia harus, satu hari nanti.



Dan andai kalian bertembung ‘Minhaj Nismihan’ di fbook, percayalah itu aku.

*senyum*

Untuk sahabat, maaf untuk momen-momen yang aku terlalu kebudak-budakan. Anggap saja itu aku yang terlalu keakuan, dan sempurnannya aku bilamana aku tidak sempurna.

Kan?

*senyum*

dan AJ Nismihan lebih keakuan dari AJ Hanif kan?