Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 7 November 2012

Benarnya Lagi Manis

foto origin from : http://puterizyan.blogspot.com/2012/06/mengorat-dengan-budak-bola-sekolah.html

Mendengar manusia-manusia hidup dari corong radio hari ini buatkan aku tersenyum. Khayal aku disedarkan yang dunia realiti lebih manis dari sebuah novelet yang populis.

Ya, barangkali banyak kemustahillan yang tercapai hanya dalam penulisan, tapi manusia lupa yang hidup ini sendiri bukan suatu yang mampu kita sudah dugakan.

Yang penting, percaya,
dan percayalah pada tempatnya.

*senyum*

7 comments:

dania said...

percaya? makin hilang. bagaimana?

AJ said...

dania
semua kita fana, dan bisa hilang.
yang kekal hanya Dia, yang tak pernah ada tarikh lahir, mahupun 'hilang'nya.

maka
memohon saja pada Dia.

kadangnya, Dia 'merasa' kita sudah terlalu jauh dari Dia, maka diberi satu dua petunjuk agar hidup kita kembali mencari kompas yang sebenar.

dan tak rugi untuk rugi hari ini bagi esok yang beruntungan kan?

dan hilang percaya itu kerana barangkali kita sudah tidak menunjukkan dengan hati dan perilaku bahawa kita 'percayakan' Dia.

kalau benar, mulakan semula.

tiada satu yang pernah terlambat, selagi mana kita mahu memulakannya.

dania sendiri belum terlambat.

asalkan kamu mahu percaya pada diri kamu sendiri.
percayakan dania.
dan mula, dengan percayakan Dia dengan sebenar 'percaya'.


berucap cakap itu mudah.
tapi menggerak hati dan tulang empat kerat itu yang benar kuncinya.

kan?

*senyum*

dan kamu boleh.
aku percaya itu.
dan kamu percayalah ini.

*senyum*

Qiez AR said...

usai membaca entry ini, aku senyum kena pada tempatnya.


hello big brother. comment allez-vous? :)

Anonymous said...

:)

AJ said...

Qiez
kamu itu yang bagaimana? bisa hilang dalam ramai dan mula mencari diri yang kamu tinggal bertahun dulu?
you are big girl with big heart my sister; just unleash and uncover you from yourself.
'Bangkit'

me?
emotionally?
lost; but i am okay.


purple ungu
wahai sahabat, aku harap kamu yang berdamparan di laman orang itu bisa sesenyum ini selalu ya.
ya.
sesenyum yang ini.
*senyum*

macyhumaira said...

oh kamu manusia pertama yg berkata realiti itu lebih manis.

AJ said...

Macy
realiti itu kamu bisa pegang dan rasa; biarpun kurang gulanya, tapi ia lebih manis dari segunung bidadara yang terimpi dan tercerita, tapi secubit sezarah pun tak ada yang menjengah.

dan

dalam perit jerit yang kita lalui, kadang kita tak sedar yang realiti tak terjangka sedang menanti; hanya untuk kita yang terus berdiri untuk berjumpa Dia.

dan nanti.

baru kamu senyum; dan iakan yang semua itu berbaloi untuk dinantikan.

*senyum*

aku pernah.

dan kamu nanti bisa katakan yang sama; 'aku pernah'.

percayalah; sehingga sampai masa kamu.