Lima jam bergerombolan dengan pencinta buku, dan kemudian berbondongan pulang dengan penuh naskhah di bimbitan tangan, masih juga terasa seperti tidak cukup sempurna. Dah demikian namanya manusia, tidak akan pernah cukup dengan segala-galanya.
Insya’ Allah, ada tahun yang esok untuk ditumpang hidup dan bernafas dengan harum naskhah-nashkah baru lagi.
Dan senyum terukir pada setiap ‘kami’, biarpun penat tak habis-habis memukul diri yang biasa dimanja dengan leka-leka dan buang masa.

Puas!
Cuma.
Aku takut.
Pada kemanusiaan dan kesempurnaan aku sebagai manusia yang mana-ada-sempurna.
Pada kebarangkalian; keghairahan merebut dulu naskhah terbaru, berautograf ‘life’ berdakwat basah dan merakam sekeping dua momen dengan sang penulis, bisa terusik dek senipis-nipis iman, dalam sesak berlaga pinggul, bersilang bahu, ber’ops’-‘ops’ dalam ‘tersentuh’ dan segala macam ‘setan’.
Ah.
Barangkali hanya ada makhluk ketiga andai duduk berdua, dan bukan dalam ramai.
Puas?

*senyum*
Matlamat tidak menghalalkan cara kan?
Dan cara itu kita aturkan, kan?
Takut; bila kita berperit-perit keringat untuk mencari Tuhan dan menegakkan pegangan; rupanya kita hilang dan menghilangkan pula.

2 comments:
matlamat tak menghalalkan cara..
kesesakan itu bkn dipinta
kesedaran itu sndri, tanda masih punya iman, kan
maCy
ya, matlamat tak menghalalkan cara.
untuk jumpa juga dengan yang kita mahu jumpa, harus tempuh juga walau kita tahu ada yang tak termampu kita elak walau sewajarnya kita elak?
oh.
sesekali.
dan kalau dalam sekali itu juga kita 'tamat', gi mana?
*senyum*
atau.
barangkali harus ada jalan sehala, agar tak ada berlaga arus dan sesak bertembung. atau, harus ruang legar lebih besar? atau harus di buat gender seperator?
atau bagaimana mana-mana.
atau, cukup sekadar lawatan berjadual. jam ini untuk ini, dan jam itu untuk itu.
oh.
mungkin tak memadai untuk si kapitalis mahupun si pencinta buku sepenuhnya; tapi itu lebih baik kan?
ah.
aku bukan rebelious.
and not to be one.
i just prefer to get things better; even it may not be right 100%, but we are moving towards that.
kan?
p/s:
haziqah dan sufia yang hampir lemas bersama aku dalam lautan manusia di tengahari pameran, rupanya bisa jumpa nafas dan lapang legar lewat petang.
maka, berjadual bisa lebih mampu untuk atasi ini itu kan?
oh.
barangkali.
*senyum*
Post a Comment