Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 28 May 2012

Selamat Tinggal


Oh.
Bagi aku, ia lebih kepada 'berjumpa lagi'.

Tiada yang tentu selamat bila ditinggalkan.
Dan meninggalkan selepas membuat kemusnahan pasti esok lusa menjadi bayang-bayang yang tak bisa lepaskan diri.

Biarlah berucap 'berjumpa lagi'; kalaupun yang bakal jumpa nanti pun bukan di kehidupan fana ini.

Ah.

Menangisi yang menyakiti bisa meruntuhkan lagi benteng jiwa.
Jadi.
Belajarlah untuk mencari manis dalam perit, kerana pedih luka itu bukan kita yang minta; tapi DIA yang berikan.
Dan.
Kita yang terpilih untuk diuji bagi satu tingkat hidup yang bermakna.
Dan tentu saja yang terpilih itu satu yang istimewa; daripada sekadar percaya kita baik-baik saja, dan terjunam jatuh tenggelam dalam selimut keselesaan yang melemaskan kelak.


2 comments:

ghost said...

dari dulu aku tak suka mengucapkan kata selamat tinggal. macam perasaan tabu dalam pengucapan aku.


-album butterfingers nih aku beli tahun 2005.

AJ said...

ghost writer
barangkali, kita yang dulu-dulu sering tenggelam dalam dakyah manusia bahawasanya hidup hanya untuk sekejap ini; dan barangsiapa yang terlepas, ia end of story.

dan mungkin,
dari situ muncul manusia yang bila mana kecewa terus menangis seperti dunia sudah tamat di hujung wisel masa tambahannya.
sedangkan.
ia hanya sebuah pengakhiran satu bab dari bab yang tak berpenghujung.

kan?

*senyum*

dan suka aku lihat kamu menulis lagi; dan lelah kamu menulis di naskah cetak harus aku hargai dengan mengapai satu untuk simpan bacaku kan?

kalau aku kepingin yang bertandatangan segar dari kamu, bisa?

*senyum*

(aku masih dengan naskah Transcendence dan sesekali album Kembali *senyum*)