Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 25 May 2012

Better You



Jangan sesekali kerana ada sepatah dua panah kata yang tajam masuk dalam hati, lantas kita jadi mati dan binasa jiwa.
yang benar harus keras dan terus benar.
Dan, yang rosak itu, wangi bagaimana semerbak pun tetap rosak dan merosakkan.

Percaya satu.
Dan ditentukan seseorang untuk kamu.
Dan seseorang itu, wujudnya dalam mengerti kamu sepenuh jiwanya.
Dan untuk itu
Jadilah diri kamu sepenuh-penuhnya kamu.
Dan sebaik-baiknya kamu.
Yang mana,kamu itu tidak lepas dari genggam pegang jalur-jalur cahaya Maha Esa dalam bertingkah dan senyum.

Jadi?
Jadilah kamu yang sendiri kamu. A better version of yourself and let The Almighty Allah sort the rest.

***

Andai di soal manusia.

"Kau ni mesti kahwin lambat nanti. Entah ada lelaki nak ke tak. Tak kena rasa langsung."

Jawab saja

"Ah, pasti saja aku bukan taste kamu, dan menjadi lain dari kehendak kamu bukan bermakna aku ini buang-buangan, kerana aku sendiri membuang kamu dari laman rasa seperti mana kamu membuang aku. Kan? Jadi, tiada siapa yang terbuang andai kita tahu mana duduk kita.”

“Dari menjadi sakit dan perit itu awal, lebih baik aku lewat dan bahagia bukan?"

Boleh?

2 comments:

hanaahmad said...

oh aku suka yang ini.

“Dari menjadi sakit dan perit itu awal, lebih baik aku lewat dan bahagia bukan?"

utamanya, pedulikan apa yang orang lain katakan perihal kita jika ia sekadar mahu menjatuhkan. Bangkit dan buktikan kita ini bukan hanya layak untuk dipijak-pijak kan.

terima kasih. aku termotivasi akan entry yang ini. :)

AJ said...

hanaahmad

aku pernah ucap ini pada seorang sahabat; dan aku ulang pada kamu sahabatku.

berdiri dengan benar; dan bercakap dengan 'kata' Tuhan. selebihnya, hanya dunia.

*senyum*

dan satu.

manusia itu sempurnanya pada ketidaksempurnaan.
maka.
anggap saja.
itu satu dari ketidaksempurnaan mereka.

dan berdoa dalam hati.
agar kita nanti.
tidak menjadi mereka yang kita benci sifatnya; sedang pada hati mereka masih disimpati kita dengan doa mengarah kebaikan yang tidak sudah.

kan?

*senyum*

Ameen