Akhirnya, kita akan sedar;
bukan semua yang terbaik pada mata pandang silam kita adalah terbaik untuk
kita.
Sebaliknya, setiap satu sejarah yang terakam semalam adalah satu sinar buat esok yang lebih baik; dihias bungkus cantik, untuk kita peluk kemas-kemas dan penuh mesra jiwa.
Dan kita harus yakin satu;
Sebaliknya, setiap satu sejarah yang terakam semalam adalah satu sinar buat esok yang lebih baik; dihias bungkus cantik, untuk kita peluk kemas-kemas dan penuh mesra jiwa.
Dan kita harus yakin satu;
Bukan semua yang kita buang hari ini akan terus hilang dalam
kusam pandang. Mana tahu, ada saja yang pulang balik pada kita dengan lebih indah cantum
bunga-bunga pelangi.
Semua itu bukan kita yang atur, tapi kita kena patuh dan akur dengan benar
yakin Allah itu Maha Mengetahui.
Dan nanti, baru kita sedar; "Alhamdulillah, syukur dulu itu yang aku pilih".
Dan nanti, baru kita sedar; "Alhamdulillah, syukur dulu itu yang aku pilih".
Sambil tersenyum kecil yang cukup manis di luar sedar.
*senyum*
*senyum*
* * *
Sejarah gemilang, sejarah kecundang, mahupun kedua-duanya.
Sejarah bukan wujud berkajang-kajang untuk esok datang menumpang.
Sebaliknya, untuk belek pandang pada apa silap semalam, agar lusa tidak sama memijak; dan kandas.
(quoted from entry Sejarah 15 March 2012)
3 comments:
menghadam.
setuju..
Kadang2 apa yg kita pikir baik sebenarnya buruk untuk kita tapi apa yg kita pikir buruk tu sebenarnya baik utk kita
salam kenal AJ
maCy
terima kasih kerana terus terusan datang dan menjadi pembaca biarpun kadangnya tulisan aku seperti air, hilang dan tak ada pandang.
terima kasih sahabatku maCy
eim
kenapa agaknya?
kerana manusia itu sempurna dengan ketidaksempurnaannya; dan hidup kita harus bersaling gantung antara satu sama lain.
dan setentu-tentunya gantungan yang terbaik adalah pergantungan dengan Dia Yang Maha Satu; kerana pergantungan dengan lain manusia tak bisa kekal lama dan bisa fana seperti kita-kita yang juga manusia.
kan?
*senyum*
Post a Comment