Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 23 May 2012

Mencari



Yang meninggalkan kita itu, baik atau buruk mana pun dia, hakikatnya, dia bukan untuk kita.
Malah, semalaikat mana pun dia, dah di takdirkan jodoh dia bukan dengan kita; paling tidak, untuk ketika ini.

Jadi.
Yang bakal datang nanti, seharusnya bukan di biar duduk banding dengan yang lepas.

Kenapa?

Sebab yang lama itu kita sudah selam dalam-dalam akan hati kamu.
Dan sudah dibiar kita menerima dia sepenuhnya dia.

Maka, seharusnyalah dilihat akan kita; dia lebih memahami dan lebih secucuk.

Sedangkan.
Yang baru menjengah ini nanti, baru senafas dua berkongsi oksigen dengan kita.
Pasti banyak yang belum serasi itu ini.

Maka.
Menilailah dengan benar keterbukaan nya.
Biar adil dalam mencari hati.

Mencari?
Ah, bukan disuruh akan kamu mengemis di tepian dengan bimbit poster itu ini.
Cuma.
Mahu kalian berbisik pada basah bibir dengan doa pada-Nya.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”
“Moga Engkau ketemukan aku dengan jodohku, dan Engkau pelihara kebaikan ku, peribadi ku, perasaan malu aku, dan engkau jauhkan aku dari maksiat, zina dan segala kebencian-Mu Ya Qahhar"

Ameen

4 comments:

Hatipecah said...

kwn,

aku nak LIKE entry kamu kali ni byk2 kali..hihihihi

AJ said...

Cik.Penglipulara
asalkan ada yang baik untuk kamu sisip buat ingatan sudah lebih mencukupi untuk aku.
usahlah di'like' kan saja, kerana ia tak lebih dari dunia yang aku bisa khayalkan dan sesat aku nanti bisa lebih jauh dari jalan pulang.
kan?

*senyum*

dania said...

amin..

AJ said...

anonymous
jika bepaut pada tiang semalam, takkan sesekali kita bisa berjalan jauh dari hanya sedepa tangan. dan pasti perit itu takkan pernah hilang dari menjadi hantu hidup.

maka.

lepas saja.

cari jalan baru.
dan mana bisa kita tahu, selagi kita tak tempuh dan lalunya sendiri.

kan?

*senyum*

biarlah.
pada Dia, kita berusaha; dan pada kita nanti, Dia tentukan jalan.

dan kalaupun esok kita bertembung balik pada insan yang sama; setidaknya kita menjadi insan yang lebih baik dan dekat pada Tuhan.

kan?

*senyum*

Ameen