Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 18 May 2012

Halus v2



Kita takkan boleh hidup dengan apa yang kita harapkan saja, kerana, Maha Esa hanya akan tunaikan apa yang perlu untuk kita.

Salah siapa bila pengharapan bukan seperti mana kejadian?
*senyum*
Tentu saja bukan salah siapa.
Sebaliknya.
Kejadian ini mahu menjadi batu loncatan.
Mahu bawa kita ke jalan Dia.

Dan salahkah kita?
Tentu saja bukan.
Ia hal hati; dan tentu saja kita terlalu sukar mengatakan ‘tidak’ kepada hal hati.

harus kita menangis untuk luka yang ini?
Pada aku; menangis saja lah.
Menangis.
Tapi; hanya untuk momen yang ini-ini; dan kemudian kamu bangun dan maju terus; dan lebih kuat.

Percayalah.
Perkara yang paling menyakitkan dalam dunia ini adalah apabila orang yang kita sayang tidak bahagia bila mereka di samping kita.
Jadi.
Doakan saja.
Dengan siapa; mereka tetap gembira. Selagi mereka ada Dia; yang Maha Kuasa.

Dan esok.
Akan ada hari kita.

Kan?

5 comments:

Anonymous said...

dan hari esok akan ada hari kita.


kadang2 kita tak nampak sememangnya hari ini milik kita.


-SZ

macyhumaira said...

menghadam.
































dan menangis.
terima kasih, AJ.

Seroja Jingga said...

everything happen for a reason aj
kalau ada kepercayaan pasti membawa keajaiban

sudah aku buang yag lepas lepas,.menjadi aku yang kini lebih teguh..tipulah kalau aku ini tidak pernah menagis hanya kerana peristiwa dulu..tapi siapa lagi harus merawat luka kita kalau bukan diri kita..aku tetap mndoakan mereka bahagia walau hati pernah disakiti..

dan penghijrahan aku ini benar benar membawa bahagia sangat2 sahabat..

*sebak*

bukan kerana apa..tetapi keran menyedari..Allah masih sayangkan diri ini :)

dania said...

thanks aj..

AJ said...

purple ungu
Oh, kamu ya SZMon.
*senyum*
aku pinjam kata Hlovate;
mesti happy ending, kalau tidak? maknanya belum ending lagi.

kan?
cuma.
kadang kita terlupa melihat lewat dari detik ini; dan pandang jadi kabur dengan air mata yang bertakung.

*senyum*

dan ya, kadang terlalu memejam mata dan gagal memandang, sedangkan hari ini sememangnya milik kita.
dan kerana manusia itu tidak akan pernah sempurna lagi banyak culasnya; ia lebih kerap ya dari tidak.
dan kita panggilnya, 'right person but at wrong time'
[esok masih ada, kan?]

*senyum*


Macy
harap aku satu, biar derai airmata ini bisa sejukkan panas hati kamu.
dan hei, kita kan kawan, apa salah berkongsi kisah; dan sambut cabaran hidup ini, kerana kamu lebih baik dari tersekat dek luka yang ini kan Macy?
*senyum*
andai aku percaya kenapa kamu tidak?
dan tentu saja, Allah Maha Percaya yang ini bukan apa-apa untuk kamu; dan hanya untuk jadikan kamu Macy yang lebih Humaira dari yang dahulu.
Kan?
*senyum*

seroJa
terima kasih.
kenapa?
kerana kamu pegang janji kamu untuk jadi lebih baik.
kamu pegang janji kamu untuk berjuang jadi survivor.
dan tahniah.
kerana kamu dah selangkah lebih hampir.
cuma.
pesan aku.
mula itu sukar.
tapi berdiri tegas dan melangkah lagi itu lebih payah dan berintangan.
asalkan kamu mahu; insya'Allah kamu mampu.
kerana.
semuanya bermula dari hati.
dan kamu ada kembali 'hati' itu kan?
hati untuk menjadi seroJa yang lebih baik.
dan dekat dengan Dia.
*senyum*

untuk kamu yang baru; selamat berkenalan.

*senyum*

dan kamu pasti tahu;
lagi dekat dengan Dia, lagi tenteram jiwa.

kan?

*senyum*



anonumous
terima kasih itu untuk kamu.
bertandang.
dan membaca.
moga.
ada yang baik berkesan untuk kamu.
jika tidak.
biar saja bacaan kamu hilang dari ingatan, dan jadi debu yang dilihatpun tidak mahu, apatah lagi dijamah rasa derunya.
kan?
*senyum*
oleh itu; terima kasih sahabat.