Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 18 April 2012

Manis Ada



"Sesungguhnya, matiku, hidupku, adalah kerana Allah"

Andai itu yang benar-benar basah dalam jiwa dan rohani kita lebih dari basah-basah bahasa yang terluah keluar di bibir mulus kita, kan indah dunia?
Ah.
Kalau bukan susah, bukan lah hidup namanya, bukan?

Dan sesungguhnya, 
syukur itu lebih manis bila kita pernah rasa sukarnya menggaul sebatikan rasa itu benar dalam pelosok jiwa.

Tapi masih banyak 'aku-aku' yang tenggelam dalam kemanisan 'gula-gula' dunia yang membinasakan, sedang yang disarankan hanya manis pada madu yang benar tulennya.

Sesungguhnya, berpada-pada itu bukan ertinya pada berada-ada.

*senyum*

4 comments:

hanaahmad said...

aku berdoa agar aku tidak terus tenggelam. sangat berharap.

yusuf mujahidin ™ said...

Salam AJ


ini mgkin ziarah aku yg terakhir ke sini. harapnya aku masih berkesempatan lagi ke sini untuk baca dan hayati bait2 peringatan kamu.

semoga kamu terus berjuang utk berdakwah dengan cara yang kamu suka dan semoga Allah redhoi niat dan kebaikan kamu.

satu pinta aku, mohon doakan aku sehat di sana dan selalu mengharap redho Allah. semoga kaki dan imanku seiring dengan syariatNya walau dimana aku berpijak. aku perlukan doa kamu sahabat.


semoga kamu sekeluarga bahagia dan mendapat JannahNya. Ameen


jumpa lagi AJ. aku akan merindui kamu sahabat.


:) Aslmualaikum

macyhumaira said...

AJ, macy rasa, tenggelamnya dalam bahagia dunia, membuat Allah menarik semua bahagia dunia..

ya, dan membuat kembali jatuh.. barangkali utk menarik kembali ke sisiNya..

sering sahaja, bibir ini mengulit kata, 'hidup matiku kerana Allah..'

tapi kata2 yg sekadar basah2 ini belum cukup dijiwai...

dan barangkali.. kerana itu bahagia ini.. ditarik kembali..

dan memang benar, perlu berpada-pada, pada dunia..

AJ said...

hanaahmad
Ameen.
Semoga ada pengakhiran yang baik untuk kamu hana; dan keluarga kamu; serta sekalian sahabat kamu.
Ameen.
*senyum*


yusuf mujahidin
sahabat,
semoga kamu jumpa 'Islam' yang kamu cari; dan tolong, peluk kemas dan jangan biar lepas.
Mana tahu, aku perlukan sedikit teguran mu untuk bangun semula nanti.
ah.
kemana saja kamu, aku doakan Allah ada dengan kamu; dan kamu ada dengan jalan-Nya.
Yusuf; semoga kamu jadi Yusuf yang lebih baik untuk hari ini dari semalam, dan yang lebih membaikkan dan membahagiakan.

semoga pada kamu, ada kesihatan yang Allah titipkan.
dan percayalah, sedikit atau banyak pun ujian itu; semuanya 'hadiah' Allah untuk kamu jadi yang lebih menghambakan diri, dan sesekali jangan mengalah kerana hanya 'pemenang' yang dijemput Dia nanti.

semoga Jannah untuk kamu.

dan

semoga ada rezeki aku berjumpa kamu; insya'Allah.

Ameen.

Bro, jada iman kamu.
dan nanti iman akan take care you, yourself.

Ameen.



Macy
bila mana kamu mengejar dunia, dunia akan lari dan jauh dari kamu.
sedang bila kamu mengejar akhirat; dunia akan berbondong mendekati kamu.
dan.
aku masih dijauhi dunia.
kerana.
aku masih terlalu mengejar dia; sang dunia.
dan aku sendiri yang mengulit kata itu dibibir, tapi belum lekat benar pada hati.
ah.
moga.
aku tidak mati dengan ini.
kerana; ini bukan caranya.
kan?

*sugul*