Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday, 17 April 2012

Boleh?



Takkan ini pun tak boleh?
Boleh, tapi bukan untuk khalayak

Kenapa tak boleh? Kan cantik ni?” mencuba lagi
Cantik itu subjektif sayang. Kamu yang mendefinisikannya pada pandangan kamu. Kalau pun tidak dengan yang ini, kamu masih tetap cantik kan. Malah, lebih cantik, kan?” terang. Biar panjang, asal sampai.

Kenapa tidak boleh? Kawan-kawan ada saja yang pakai sebegini. Mereka bertudung juga, tapi tak lah sampai tidak boleh bergaya manis. Melayu lagi. Jadi, kenapa masih tidak boleh ni Ma?
Yang dinilai nanti bukan apa yang orang lain buat, tetapi apa yang kita harus dan dituntut buat

Dan diam.
Konversasi ini harus dibiar dihadam dulu sebelum ‘mesra’ meresap seperti rencah kicap pada tumpah kuah kari ikan di juadah.

Sayang” lembut.
Jangan kita memelayukan agama itu sayang, sebaliknya mengagamakan Melayu itu sendiri.

Kan sama je tu Ma. Kalau Islam, Melayu lah. Kalau Melayu, Islamlah” dan seperti itu yang digambarkan masyarakat juga kan?”
Berbeda sayang. Yang masuk syurga itu yang beragama dengan Islamnya, dan bukan yang berbangsa dengan bangsanya. Kan?” kali ini, biar jelas.

Dan, harus lebih jelas.

Pink is a colour, not a gender. Religion is a way of life; neither simply a race nor simply a tag name” biar meresap dalam. Biar berfikir sikit minda keremajaannya, baru dia tahu harus duduk itu tinggi atau berdiri itu yang harus rendah.

Dan diam.

***

Bergayalah. Berfesyen lah. Tapi pada lingkup aturan dan kebenaran yang diberikan.
Kan aturan yang itu wujudnya bukan setahun, tapi beribu tahun; lantas harus kenapa peraturan lama yang mesti mengikut aturan baru?

Nikmat Maha Esa mana yang kita dustakan ya; barangkali?

Oh.

5 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Salam AJ yg disayangi,


itulah kadang pemikiran sesetengah kita. yg dilakukan yg lain dirasakn cool berbanding apa yg dituntut itu sendiri.

spt memakai baju pink untuk lelaki yg akan digelar feminin sedangkn warna tidak melambangkan gender.

tapi kita yg meletakkan pink itu perempuan walhal warna tidak berpihak atau memihak.

Aku sokong andai prsoalan dijawab tertib dengan jawapan padat dan ringkas ibarat menarik rambut dalam tepung. rmbut tidak putus, tepung tak berselerak.

pemahaman perlu datang dengan kesungguhan hati yg ikhlas menerimanya. penerangan datang pelbagai cara. yang membezakan ialah cara ia disampaikan. selebihnya urusan Dia.

semoga kamu sekeluarga sehat AJ

beautiful_rose said...

yang melayu tidak semestinya sempurna islamnya.islam itu sempurna bila tuntutan itu betul pada jalannya.

AJ said...

Yusuf
*senyum*
semoga kamu yang disayangi Allah itu lebih berbahagia, di sini, dan di sana.
Ameen
*senyum*
Sesetengah manusia, berdebat dengan emosi dan biar dalam kotak masing-masing; maka, sejalur ilmu pun pasti gagal masuk ke dalam jiwa mereka; melainkan dengan kuasa Dia.

berbincanglah dengan penuh hikmah. Berkata dengan isi; biar pendek, tapi sampai.

Ya, menarik rambut di dalam himpun tepung.

*senyum*

Aku gumbira kerana kamu dikalangan yang mampu menyampaikan pada khalayak yang memerlukan; dan aku, juga ada isteri dan anak-anak untuk aku bimbing.

*senyum*

semoga pink atau tidaknya yusuf; biarlah dia menjadi insan yang membahagiakan; dan dibahagiakan oleh Allah hendaknya.

*senyum*

Ameen




sicantikRose
Islam itu agama; dan agama itu telah Maha Esa katakan "disempurnakan untuk kita".
sedang; keturunan dan jalur bangsa hanya satu pengelasan rumpunan; dan ia tak akan pernah sempurna, tanpa ada the real way of life.
Jadi; harus kita mengikut jalan-kehidupan atau mengikut bangsa-yang-mencari-jalan-kehidupan?

*senyum*

i am neither a racist nor rebellious; i merely a journeymen.

kan?

*smile*

macyhumaira said...

terima kasih AJ.

moga dari penulisan lembut ini, bisa melembutkan hati2 yg ingin sekali dibelai indah dunia..

AJ said...

Macy
semoga.
dan.
itu saja yang termampu.
dan kadang aku sendiri mula hilang percaya.
dan aku sendiri kadangnya perlu dikata-katakan kata itu balik; sebelum aku hilang dari kejap diri sendiri, dan menangis bila semuanya terlewat.

oh