“Kereta baru ‘bro’. Kena jaga. Bayar beribu, takkan
aku nak taram melulu ye tak?”
Kemudian, ada
lubang di jalan. Entah kontraktor yang salah kerana jalan tak ikut spesifikasi
atau spesifikasi yang salah kerana tak patuhi aturan ukuran. Entah-entah,
pengguna yang salah?
Kereta kian perlahan.
Mengelak lubang tadi.
“Agak-agak la
kalau nak jaga kereta pun. Lubang macam tu pun nak mengelak sampai nak ter-berhenti
kereta ni”
“Kereta baru ‘bro’. Lubang kecik pun kalau kerap
langgar boleh rosak ‘absorber’. Boleh
gegar badan kereta. Jadi macam kereta lama la pulak dia. Nanti tak sedap la ‘drive’.
Lu mana tau. Lu kereta pun tak ada”
Dan diam. Biar
ruang ‘bridge’ untuk bising-bising
dari radio mengisi ruang.
“Kereta hang
jaga, diri hang tu?” dan pemandu tak menjawab. Tak faham barangkali, atau
sekadar menuli diri?”
“Hang pun dah tak
macam ‘kereta baru’, yelah asyik
langgar larangan hukum tuhan. Jarang ‘cash
wash’ dengan wudu’ kan. Tu yang longgar goyang semacam. Tu yang kalau langgar
lubang besar pun hang dah tak kisah sebab dah biasa. Dah buruk kan?”
“Aik, ni citer pasal aku pulak ni
‘bro’, kang ada yang berjalan sat
lagi ni?”
“Aku pesan jer.
Kalau-kalau aku mati pun, setidaknya aku buat benda baik.”
Dan diam.
Terkena.
Oh. Tahu dah pun,
Cuma menidakkannya sahaja. ‘Sigh’.
***
Kalau asyik
dilanggar aturan Tuhan; kecil mana pun dia, lama-lama ‘absorber’ diri bisa juga senget dan merosak diri, dan ‘chassis’ sendiri bisa bergoncang gegar
tapi kita tidak sedar; atau sekadar tenggelam dalam keterbiasaan.
Percayalah; bacaan
kilometer dah sampai untuk servis berjadual. Jangan kita asyik beralih waktu
untuk ‘refreshment’-nya, takut
berhenti tanpa amaran, berhenti sebelum waktunya. Ah, waktunya sendiri kita
tidak tahu kan?
2 comments:
*ketawa kecil*
ada benarnya. ketawa lagi pada diri sendiri. mungkin juga, terlupa utk 'menjaga' diri sendiri, 'upgrade' mana yg kurang kena...
haih. sedar tu ada, tapi mengapa ya..
Macy
Kerana hati itu 'maknanya' berbolak balik. Tidak bertetapan. Maka, harus saja ber 'entah-entah' dalam yakin rasa. Maka, pegang saja pada tiang percaya, kalaupun kamu terbuai dek angin ribut, paling-paling tidak, kita tidak terbuang jauh dan bisa berpijak semula pada lantai yang seharusnya (bila ribut reda). kan?
*senyum*
Post a Comment