"Baca novel?" sapa lembut, sambil mengemas galas-galas dari bahu ke 'comparment' yang sewajarnya.
"Yup" pendek dan berangguk kecil tanpa mata pindah dari naskah yang penuh di telapak tangan.
"It is your passion, or simply to kill the time?" sambil membetul duduk di dudukan bas. Perjalanan jauh kalau dibiar salah posture-nya, pasti undang dosa kering membebel sudahnya.
"It is my soul" dan senyum.
"You know what, first Quran verse is 'Iqra'; or read" tambahnya lagi, dan senyum. Yang ini manis.
"That 'read' should not be 'novel' i supposed?" sinikal.
"As long as you have good words; in whatever form, it is worthful to read, then just go ahead. Nothing is absolute no in reading; at my perspective at least" dan senyum. Oh, menyerongen barangkali. Kali ini sinis.
"Kalau aku, mau muntah membaca dalam perjalanan"
"Pernah cuba?"
*mengeleng* dan balasnya sebuah senyuman.
Satu dua momen pelik berlalu, dan kemudian memilih untuk tidur saja. Yang berbuku, dah lama hanyut dengan dunianya. Sesekali, ada senyum tersimpul halus dan kecil-kecil ketawa berseli antara naskah bacanya.
***
Ada tiga jangan-ngan.
Jangan hanya berbicara atas pengalaman orang dan kamu katakan ianya kamu. Cuba. Dan percayalah, membaca itu satu kenikmatan, selagi mana kamu tahu untuk menilai setiap naskah; biar buruk mana pun ia.
Jangan kamu bunuh sosial kamu hanya kerana kamu mahu mati dalam bacaan kamu; sedangkan dunia ini perlu ada penjiwaannya juga. Dan tidak salah hidupkan marhaen yang mati dalam bacaannya dengan naskah lisan yang berbaloi untuk di'baca'nya.
Jangan berhenti menulis selagi mana kamu mampu, kerana setiap eristiwa dan jalur kata pasti ada cubit-cubit yang berbaloi untuk disimpan. Dan jangan hanya membaca apa yang kamu mahu, sedangkan banyak lagi yang kamu perlu tahu dan adanya yang kamu tidak pernah terfikir untuk mahukannya.
*senyum*
7 comments:
salam Aj..
yang ni serius nice
:)
Yusuf
dan seriously, aku suka bila lihat kamu muncul lagi dan lagi di laman ini. Kan kamu sendiri peringatan kepada aku yang kadangnya alpa dan leka ini.
*senyum*
Jangan berhenti menulis selagi mana kamu mampu, kerana setiap eristiwa dan jalur kata pasti ada cubit-cubit yang berbaloi untuk disimpan.
yang ini, sungguh rasa terpukul.. saat sibuk, memang tiada apa yg mampu dilakukan, tapi saat ada, sungguh banyak yg mahu terluahkan..
salam AJ, sudah bertukar rumah kan. Lama sangat dah tak menjenguk ke sini. Harapnya sentiasa bersemangat untuk terus berkongsi dan menulis. Kalau kita dapat share sesuatu yang baik, apa salahnya kan?. Biarlah orang lain dapat mengutip pengalaman kita. Neway, saya sudah ada blog baru. Yang saya buat khas untuk kongsikan pengalaman di rantau orang. ini linknya, www.nurulrambling.blogspot.com.au. Blog lama akan saya diamkan seketika. saya listkan AJ dalam bloglist saya ye.
Macy Humaira
asalkan kamu bahagia; akan terbit juga kata-kata itu dengan bunganya.
asalkan kamu survivor; akan terbit juga kata-kata untuk kamu tempuh jaya luka-luka itu.
kan?
aku tahu, kamu menulis dengan angin dan memahatnya dalam jiwa; maka lewat pun ia terbit dalam kata tapi ia berkesan untuk kamu; dan itu lebih cukup bermakna dari hanya tertulis dan hilang.
kan?
*senyum*
nurul hilmi
ya, aku si nomad yang berbolak balik dengan 'rumah' ku. terima kasih untuk menjumpai yang ini dan mencari bacaannya.
menulis dengan hati; insya'Allah akan hidup ianya nanti.
kan?
*senyum*
rumah baru kamu?
akan aku jenguk-jengukkan nanti.
hidup kan pada erti memberi?
*senyum*
sekali lagi membaca dan di pengakhirannya masih rasa tercubit juga.
*senyum*
terima kasih AJ, sekurangnya ia menjadi semangat yang kuat :)
Macy
Aku sendiri beritu ini dalam berhajat, dan berbasah bibir untuk menyusun kata, tapi akhirnya tetap kosong pada susun maya ini.
semua bisa mati sebelum aku memulakannya lagi.
ah.
aku anggap saja itu masa untuk sisi pembaca ku menjadi raja.
dan tak silap lagi bila aku lemas dengan buku-buku di PBAKL dengan naskah-naskah baru untuk ku bawa pulang.
ah.
'Watak Utama' harusnya tidak terlalu sempurna, barulah 'cerita' itu lebih hidup dan bernyawa kan?
*senyum*
Post a Comment