Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday, 11 May 2012

Okay, dan Senyum.


Tapi bila hati runsing, jiwa tidak tenteram, berselimutlah dengan pekik rasa seperti mahu berbicara dengan dinding. Mahu menconteng tanpa fikir. Mahu berbumbung tanpa tiang; agar pekik sepelosok alam biar berdentang dengar.

Maka.
Ambil pena.
Menulis.
Dengan penuh jiwa.
Oh.
Bukan.
Dengan penuh amarah.
Dan terbitkan.

Huh.
Puas.
Sekejap.

Memang puas.

Seminit.
Dua.
Minit-minit.
Dan hati sudah sejuk.

Marah sudah mula hilang; tapi tulisan tadi masih berkumandang.
On laptop’, ‘login’ dan cari butang buang.

Oh.
Dan beratur komen mengikut. Dan bersusun ’printscreen’ menurut. Dan marah hati tadi jadi marah pada yang lain. Dan ‘delete’ yang kita dan anggap saja tidak ada apa.
Dan hidup jadi semudah anggapan.

Kan?

Tidak.

Oh.

***

Hidup tidak selalu putih jernih.
Tidak juga terus gelap gelita menghitam.
Kita semua ada sisi nyaman dan tentu juga sisi gelap hidup kita sendiri dan kadang kita percaya ianya lebih kepada kelabu. Kelabu-kelabu, yang tentunya bukan kelabu taik anjing, kerana anjing itu haram.
Tapi kita yang pilih untuk tampil bagaimana.
Dan menjadi lebih pada yang mana.
Kerana.
Semuanya harus ‘hero yang menang’ Kalau tidak? ‘tentunya cerita belum tamat’
*senyum*

5 comments:

macyhumaira said...

AJ
macy harap
macy mampu senyum
utk kegagalan dalam perhubungan
sekali lagi

sekali lagi
saat, sudah berbincang utk ke fasa berumahtangga

pena
dilepas
pecah
tidak seperti selalu
bila luka bisa mengukir kata
dan kali ini terluka
dan terus terpana

Mrs Nurul said...

kalau marah jgn cakap benda bukan bukan..hanya berdoa kat allah je...huhu

AJ said...

CIKGU MACY

dalam satu dua momen, tak ada salah untuk menangis.
ambil lah sudut kamu, dan masa kamu; untuk biar sedih itu dibasah dengan air mata secukup-cukupnya; dan kemudian berhenti.
kesat air mata yang berbaki, dan berkata; 'This is for a better life'.

Tahu satu?
tak berbaloi untuk seksa diri untuk orang yang tak tahu menghargai. dia tidak ada sedih apa dalam hidupnya, sedang kita sengsara tak pandang dunia.

jadi?
senyum.

ya.
senyum.
dan bersyukur.

kenapa?
sebab Allah berikan 'sedih' ini hari ini; dan bukan selepas lafas 'Aku terima Nikahnya'.
dan tentu itu satu hikmah.
ya.
hikmah.
untuk kita yang berjuang.
dan bercinta kerana Dia yang Maha Esa; bukan 'si dia' yang juga seorang hamba.

kan?

*senyum*



CIKGU NEON

setiap amarah itu panas, dan pasti kita terbakar andai dibiar berpanas-panas dengannya.
sebaiknya diam.
andai tidak,basahkan dengan wudu' padaNya.
sujud pada Dia.
insya'Allah, sejuk.
dan dari sejuk itu, kita cari jalan keluar.
kan?
*senyum*

macyhumaira said...

AJ, terima kasih

AJ said...

Macy
*senyum*
whats friend for, kan?
*senyum*

semoga hari ini lebih baik untuk kamu.
dan semoga, kamu jadi guru yang baik sebaiknya.

*senyum*