Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 6 January 2012

Ada Dua Simpang; Kita Pilih Jalan



Hari ini hidup, Esok lusa mati
Yang ditimbang bukan apa orang kata

Tapi, sampai mana kita dengar Allah 'kata'

Hari ini senang, Esok lusa susah
Tapi dua-dua tetap sama

Datang sebagai pinjaman; datang sebagai dugaan

Ada masalah;
Menangis saja;
Biar bergelen benci terpancar
Tapi;
Benci itu tetap ada;
Yang hilang? yakin diri dan tenaga

Menjadi orang bodoh
Menjadi yang diperbodohkan
Dua-dua lebih bodoh dari orang yang ditakdirkan bodoh

Nak senang hati tenang
Nak susah hati parah
Tips hidup; fikir sebelum melangkah

9 comments:

mega senja said...

"Yang ditimbang bukan apa orang kata
Tapi, sampai mana kita dengar Allah 'kata'.."

Noted! Thanks AJ.

sab said...

"Tips hidup; fikir sebelum melangkah"



kalaulah apa yang difikir itu selalu betul..

AJ said...

mega senja
sekadar berkongsi. panjangkan jika ada yang bermakna.
terima kasih.
*senyum*

the-SZ
dan berfikir pada laras ilmu-Dia.
sedangkal fikiran kita, tak terjangkau semua yang terbentang, maka pada dia kita sandarkan pegang agar tak terlucut dari tujuan.

dan ya; kalaulah apa yang difikir itu selalu betul...kan?

*senyum*

dania said...

takde yang kekal, kan?

^_^

Anonymous said...

sering sahaja menjadi bodoh kerana membiarkan diri diperbodohkan. masakan akan menjadi bodoh jika ada usaha untuk mengeluarkan diri dari kebodohan.

Seroja Jingga said...

salam sahabat
pengalaman lalu banyak menagjar aku.suda puas aku berteleku dalam kebodohan. ah tak mahu lagi aku ulang yg semalam semalam

si para para said...

kembali kepada petak pertama..

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

Di persimpangan jalan aku terhenti,
Berfikir mencari erti,
Disebalik makna tersembunyi.
^^

AJ said...

unknown.
Ada.
Hanya Dia.
Selebihnya bisa hilang biarpun dalam sepejam.
*senyum*
maka.
Dalam duka mencuka, suka bertawa; yang harus kita salur gerak hati, pasti Dia, kan?
*senyum*

maCy
bodoh wujud bila hati menidakkan yang benar.
dan andai kamu sedar, dan lorek semula jalan baru untuk biar percaya itu terus mengalir, bijak hari ini menjadi segar; dan beruntunglah untuk menjadi bodoh semalam, kerana ia mati di situ. terus.
*senyum*

Seroja jingga
salam seroJa.
dan kamu tidak mati dengan kebodohan itu kan? kerana yang mati adalah kepercayaan pada diri.
mari.
bangkit dengan 'nyawa' baru.
biar berbalut dan berparut luka pedih semalam; itu bukan untuk kita tangiskan, tapi buat peringatan untuk langkah yang lebih berhati dalam hati.

si para-para
dan jangan asyik pulang, kerana hidup kita harus berterusan.
anggap saja kamu terpijak 'ular' dan menggelungsur ke petak yang terkebelangkan. Tapi kamu masih bisa bangkit, dan melangkah sepetak dua, sebelum jumpa tangga untuk kamu mendekat pada 'Dia'. dan situ akhirnya juga nanti kan?
*senyum*

..Wardah Biru..
dan berfikir nanti, harus dengan isi, dan bukan kosong yang bisa datangkan angin risau yang mengembungkan perut-mu dan bisa bawa racun pada percaya diri; dan takut kita mati.
kan?