Jurutrengkas
- AJ
- Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.
Thursday, 21 February 2013
Andai Mampu
andai sang jejaka mampu pandang jauh ke dalam diri si gadis
pasti dia mahu menyulam sayang yang benar sayang pada diri gadisnya
biar sakit dan perit hatinya bisa mampu dirawat dia
biar luka yang bakal datang esok, dia mampu redakan sebelum ia sendiri muncul
dan
biar dia pasti semua suis gembira gadis-nya bisa dia petik usik
agar yang bisa keluar dari tubuh gadis-nya hanya tawa dan manis senyum yang tak sudah-sudah.
tapi
itu cuma andai sang jejaka
dan
mana mampu semua jadi nyata
maka
terimalah si jejaka seperti mana dia
sesempurna dia yang pasti tidak akan pernah sempurna bila-bila
biarlah jejaki guris sesekali hati sang gadia, supaya esok ada kesempatan gadis bermanja kasih dalam peluk halal si pujuk jejaka
biarlah sang jejaki buat gadis sedih sekali sekala, agar nanti ada sentiasa ada jaga-jaga dalam hubung mereka
dan
biarlah jejaka terima gadis seperti mana gadis itu sendiri
itu sudah cukup sempurna buat diri si jejaka
pastinya
ah
boleh begitu?
Wednesday, 13 February 2013
Halalkan Saya!
Bersama ini sebuah naskah yang aku tulis untuk diterbitkan
di laman secret7writers, sama seperti naskah lain yang sudah diterbitkan disanajuga di atas nama unEdited. Namun, atas sebab yang tertentu, aku terbitkan ia
di sini, untuk bacaan kalian.
Percayalah, setelah beberapa kali mencuba, aku mengesahkan
menulis kistot/kispen/cerpen lebih kompleks dari melempar kata di entri blog
ini. Setidaknya, itu yang aku percaya.
***
12 haribulan
“Aku tidak mampu
bahagiakan kamu. Pergilah cari orang itu! Pasti dia mampu bahagiakan kamu. Dan
dia lebih layak untuk kamu!”
“Awak sudah
bencikan kita?”
“Tidak. Sesekali pun tidak. Cuma..”
“Kenapa harus ada
cuma? ” pipi mula basah.
“Percayalah,
nanti kamu akan faham” dan berlalu, laju.
Hujan mula turun.
Lebat. Benar jangka cuaca di berita tadi, panas tak sampai ke petang, ada hujan
lebat berselimut taufan di hujung hari.
***
COMPOSE
Kalau nanti-nanti saya boleh
awak fahamkan, kenapa bukan hari ini saya difahamkan terus?
SENT
***
13 hari bulan, 5 bulan ke hadapan.
Manusia yang
ramai tadi semua sudah mula pulang. Yang bersampin dan mula lucut dan bersandar
menunggu penat reda. Tinggal hanya berdua-tiga manusia, pelamin dan bunga-bunga
yang tunggu tuannya datang tuntut saja.
“Abang ok?”
Naurah membetul simpuhnya disebelah Amir. Teh suam nipis sopan disuakan kepada
sang suami.
“Alhamdulillah”
dan senyum, yang manis. Kalau bertengkolok merah hati tadi lagi manis. Mahu
mati diabetes dengan manis itu pun tidak apa rasanya.
“Pengantin ni,
tak habis-habis lagi berkepit nih!” ajib, juru gambar mereka. Entah beribu
momen manis pasangan sahabatnya terakam di DSLR kesayangannya. Sudah
berkira-kira untuk susun letak ‘customised album’ mereka, barangkali.
“uhk, uhk!”
batuk. Amir batuk. Cangkir teh tak sempat dicicipkan ke bibir sudah tersamping
ke sisi. Dada amir bergetar lagi. Batuk!
“Abang!” Naurah
sempat. Telapak tangan berinainya sama memengan tangan Amir di dada. Amir batuk
lagi. Berdarah kali ini.
“Ya Allah, kenapa
ni?” semua yang ada mula berkerumun. Semua tumpu pada mereka.
“Abang, mengucap
bang” Naurah meriba suaminya. Telapak tangannya tak lepas.
“Cepat siap
kereta. Cepat. Kita pergi hospital”
“Mengucap ya
bang. Sabar ya” masih, tak lepas.
“Allah... ucap
Allah bang” dan kini baru lepas; air matanya terlepas turun dari pipi itu
sebelum sempat diredakan hati. Ah, sabar!
“Maafkan abang ya
Naurah sayang” jatuh lagi air mata itu. Kali ini makin tidak tertahan.
“kita jumpa ya”
dan senyum dalam pucat wajahnya, dan senyum lemah.
“Cepat angkat,
kereta dah tunggu” tapi tak sempat.
“Allah...”
lafaznya akhir, dan baru terlucut genggam tangan kepada isterinya.
“Abang!”
***
Malam Jumaat, tahun yang kemudian-kemudian
“Ya, Allah,
semoga kamu tempatkan dia dikalangan kekasih-kekasihmu yang kamu sayang ya
Allah, dan jadikanlah aku bidadari yang menjadi makmum bertakwa kepada dia di
sana juga ya Allah. Ameen.” Dan berderai, lagi
[Epilog]
“Awak, kalaupun
benar sakit itu sebabkan hayat awak tidak lama, tolonglah jangan seksa saya
dengan memutuskan apa yang kita bina bersama. Tolonglah nikahi saya dan biarpun
sekejap, bahagiakan saya untuk saya kenang sampai hujung dunia. Berilah peluang
untuk saya halal merindui awak selama hidup saya. Tolonglah saya awak. Tolong”
Tuesday, 5 February 2013
Keputusan
Jangan sesekali
yang diputuskan keputusan itu untuk yang lain, sedangkan yang kita berhak hanya
pada kita.
Berkorbanlah
kalau kamu mampu, atau berjuanglah kalau itu kamu mahu; tapi akhir duduknya
kejadian tetap dari Dia.
Letak hamba pada usaha,
dan kita tidak memiliki sekalian apapun, melainkan dipinjamkan dan diamanahkan.
Monday, 4 February 2013
Poskodnya?
Mendengar hujung nyawa bakal menjengah bila-bila dari sang
manusia berkod putih dan steteskop di leher bisa matikan alasan untuk hidup.
Sedangkan, kita tahu yang penyudah hidup itu bakal
bila-bila saja; tetapi tetap masih biarkan hati mati? Padahal, ia lebih baik
tahu dari tertunggu tanpa tahu penghujungnya, bukan?
Melainkan, kita tidak pernah percaya, atau
benarnya tidak pernah mahu ambil bicara?
*senyum*
Bibir mengumam mahu kesyurga sahaja, tapi
‘poskodnya’ sendiri kita tidak pernah mahu ambil tahu!
Friday, 1 February 2013
“Percayalah, nanti kamu akan faham”
Kalau nanti-nanti dia bisa faham, kenapa hari ini dia tidak difahamkan terus?
Barangkali kamu
‘membeli’ waktu untuk sebuah keputusan, tapi sang penunggu itu bisa goyah
segala yang dipercaya dengan seribu andai dan kemungkinan; dan mana tahu, bila
sedar baru menjengah, kamu sudah tidak ada ‘waktu itu’.
Wednesday, 30 January 2013
Terpilih; Untuk Kamu Memilih
Pada hamba itu,
wujudnya sendiri untuk sebuah ujian yang dipanggil kehidupan. Lantas, harus
teriakkan apa dengan keluh hati andai kita terpilih untuk diuji?
Bukankah, andai rasa
dihidupkan Dia untuk sentiasa mengingati-Nya, kita bahagia?
Dan bergelut kerisauan
andai kita dilimpah ‘bahagia’ dan ‘berjaya’ biarpun terhuyung-hayang berjalan
hidup tanpa benar tujuan?
Kamu, apa yang kamu
detikkan pada peri laku kamu. Kamu pilih, dan setiap keputusan ada kesimpulan;
andai kamu benar memandang.
Sesungguhnya, Dia
sedang menguji. Dan ujian itu baru dipanggil hidup.
Adakah kamu hidup dalam
‘kehidupan’ kamu?
Itu kamu pilih!
*senyum*
Wednesday, 9 January 2013
Ketidaksempurnaan Itu Adalah Kesempurnaan Seorang Manusia
![]() |
| Gambar asal dari ohcikgu.com. |
Sesetengah orang gembira (malah ramai yang gembira sebenarnya), tapi sesetengah yang lain merungut dengan hati, menangis dengan kejadian dan hilang dalam pejam. Dan yang sedih itu, bagi aku, lebih signifikan dari yang ramai.
Antara 2 (dari berjuta) perkara pembawa sedih dalam hati manusia.
Perkara pertama.
Manusia itu tidak akan pernah sempurna. Baik dalam menunaikan tanggungjawabnya, mahupun dalam berlaku adil dengan hidup dan dirinya sendiri.
Manusia itu sendiri diciptakan untuk bergantungan, jadi dalam tak sedar hidup ini tidak akan pernah penuh tanpa ada perkongsian, dan perkongsian itu tidak akan pernah lengkap tanpa adanya penerimaan ketidaksempurnaan si pasangan.
Apakah salah mereka yang berdegil juga mencari kesempurnaan itu?
Antara 2 (dari berjuta) perkara pembawa sedih dalam hati manusia.
Perkara pertama.
Manusia itu tidak akan pernah sempurna. Baik dalam menunaikan tanggungjawabnya, mahupun dalam berlaku adil dengan hidup dan dirinya sendiri.
Manusia itu sendiri diciptakan untuk bergantungan, jadi dalam tak sedar hidup ini tidak akan pernah penuh tanpa ada perkongsian, dan perkongsian itu tidak akan pernah lengkap tanpa adanya penerimaan ketidaksempurnaan si pasangan.
Apakah salah mereka yang berdegil juga mencari kesempurnaan itu?
Bagi aku, selagi mana hati mereka gagal mengakui ketidaksempurnanya kejadian, selagi itu mereka akan gagal dan terus sesat.
Pada mereka yang mencari sempurna (sebagai contoh) akan gagallah menilai manisnya pasangan yang digandingkan dengannya; terjadilah persengketaan hati dan perbalahan emosi. Bercerai simpulan janji hidup bersama, runtuh gulungan emosi yang dijinjing tinggi, malahan akan lebih teruk hilang jiwa insan dalam pejamnya.
Jadi bagaimana? Baliklah pada pangkal kejadian kita. Percaya hanya Allah yang sempurna. Buat sehabis baik dalam tiap perhubungan, selebihnya pulangkan pada Allah; Kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Pada mereka yang mencari sempurna (sebagai contoh) akan gagallah menilai manisnya pasangan yang digandingkan dengannya; terjadilah persengketaan hati dan perbalahan emosi. Bercerai simpulan janji hidup bersama, runtuh gulungan emosi yang dijinjing tinggi, malahan akan lebih teruk hilang jiwa insan dalam pejamnya.
Jadi bagaimana? Baliklah pada pangkal kejadian kita. Percaya hanya Allah yang sempurna. Buat sehabis baik dalam tiap perhubungan, selebihnya pulangkan pada Allah; Kerana Allah itu Maha Mengetahui.
![]() |
| Gambar asal dari cisdel.com. |
Perkara kedua.
Aturan keutamaan manusia pada kehendak dan bukan pada keperluan. Hendak hati mahukan gunung, tapi hanya dapat bukit. Hendak hati mahukan juta, tapi satu pun tiada. Jadi mahu salahkan siapa? Paling baik, bersyukur dengan apa yang ada, kerana apa yang dikurniakan itu (ada atau tiadanya itu tetap satu kurniaan) adalah satu 'ujian' dari Allah untuk tingkatkan hati dan roh iman kita.
Hati hendak-kan sahabat yang mendengar, tapi Allah duga kita dengan sahabat yang mengecewakan. Tapi yakin, Allah simpankan kita sahabat yang lebih baik, yang lebih aman untuk naluri kita, yang tidak kita teridamkan; hanya roh yang tawakal akan ketemuinya.
Hati inginkan kejujuran, tapi Allah duga kita dengan kecurangan. Tapi yakin, Allah dah simpan kejujuran yang lagi besar; yang mana hanya sabar hati akan melihatnya kelak.
Aku ini hanya makhluk, dan Allah itu Maha Satu. Aku hanya mampu pulang pada-Nya.
Dan aku mahu pulang dengan senyuman.
Ameen
*senyum*
* * * * *
Asal terbit entri ini 17:37, 25 Disember 2009.
Insya'Allah ini bukan yang terakhir aku terbitkan semula dari pustaka entri.
Andai ada yang baik dari kotak draft inbox, aku akan bimbitkan semula, untuk kita bersama.
*senyum*
* * * * *
Biar banyak membaca, baru banyak menulis.
Sebaliknya? bisa jadi tukang karut kosong yang berminda tanpa batasan.
Friday, 4 January 2013
Mula
![]() |
| Sumber gambar dari sini. |
Kita sering memilih untuk bermula esok, dan bukan sekarang; sedangkan hari ini sendiri belum tentu kita mampu sudahkan. Malangnya, apa yang kita fikirkan hari ini hanya untuk sebuah ‘tagline’ hidup esok yang ‘tidak pernah hidup’, dan bakal melupakannya lebih cepat dari ketika kita menciptanya.
Biarpun jarum saat di jam tangan analog itu berhenti untuk
apa saja alasan dunia, masa tetap terus berjalan dan kadang-kadang berlari bila
kita kekal dengan mimpi.
*senyum*
Hidup ini harusnya bermula dari saat kita sedari salah, dan
memilih untuk terus berubah. Selagi masa diberi, kita seperti penipu yang
menipu jiwa sendiri dan membeli waktu untuk menyatakan yang salah kita itu
tidaklah salah sepenuhnya, dan akhirnya tidak pernah berubah.
Hidup tidak bermula pada esok, lusa, tahun mendatang mahupun
usia puluhan; tapi bermula bila kita bertindak dengan apa yang kita fikirkan.
Wednesday, 2 January 2013
Alasan
Ikatan, yang terlalu berpintal dan tetapi tiada simpulan mati di hujungnya, kukuh dan erat, tetapi bisa terlerai pada saat dan ketika yang terpaut itu dibiar lepas tak gengam jemari mereka.
Bagi aku, itulah persahabatan.
Maka, beralasanlah dengan sekecil-kecil keadaan pun untuk menderingkan telefon bimbit sang sahabat kalian, agar kita tidak tenggelam dalam percaya yang mereka itu sudah-sudah dengan kita di dalam hidup mereka.
Berhabis baik selagi mampu, kerana balasannya bukan dari mereka, tapi dari Dia.
Setidaknya, itu yang aku percaya.
Dan kamu, jaga diri.
*senyum*
![]() |
| Pic origin from here. |
Benarnya, perlukah satu alasan untuk kamu berbasa-basi, bertanya cerita?
atau, hidup ini terlalu dipecah perintahkan,
sehingga 'tahun baru' baharulah boleh dimulakan baru sebuah kehidupan (yang belum tentu tahu gimana).
Wednesday, 26 December 2012
Berbasa-basi
![]() |
| Picture from here. |
Pada dua telefon bimbit, berbasa-basi di hujung jemari, lewat Mei lalu.
INBOX
READ
Salam, AJ kan?
REPLY
Ya, siapa ni?
SENT
Yunus ni, ingat tak?
Wei, hang ka. Lama tak dengar cerita. Try reach hang sometimes, but seems the number is death. So, here you are. Apa cerita? Dah jadi upstream indie singer?
Aku dah tua dah la. Sekarang kerja office je. Ko apa cerita wei? Kita ni kawan dalam sms ja na.
Kecil besar kerja bukan apa-apa. Asal kita ada life dan gembira, itu sudah memadai. Aku kerja di Perak. Kerja gomen. Itu je yang termampu. Lari bidang pun, tapi alhamdulillah enjoy juga. Ha’a, kita kenal di sms saja. First jumpa masa aku bayar CD, and that was the last till now. Tak apa la, tak jumpa pun kita masih berkawan, kan?
Aku dah beranak dua dah. Hang?
Aku kerja di KL. Aku ini biasa-biasa ja. Kahwin pun belum, apekan pulak nak beranak. Orang macam aku, siapalah yang mahu. Macam hang lain la.
Apahal sangat gaji tinggi rendah, asalkan itu yang terbaik hang boleh buat, syukur sudah. Macam ini saja. First, hang jaga solat lima waktu betul-betul. Insya’Allah perlahan-lahan nanti life akan jadi lebih baik.
Aku dengan hang tak ada apa beza sebenarnya. Sama saja. Selalulah pegang, bahwa mahu dapat pasangan yang baik, mulanya kita kena jadi yang lebih baik dahulu. Asalkan jadi yang lebih baik dari dulu-dulu sudah cukup, kan?
Aku sendiri belum cukup bagus. Tapi, tak salah untuk aku nasihatkan hang sambil berpesan dengan diri sendiri. Allah dah janjikan, orang yang baik untuk orang yang baik, dan balasan yang baik. Jadi, berusahalah menjadi orang yang lebih baik dari dahulu. You will never being Ustaz in fortnight, but u can be a better Yunus everyday. Tapi, hal hati memang berbolak balik. So, be firm and stand still with your will. Bro, hang boleh buat! Aku percaya, hang boleh jadi lebih baik, asalkan hang mahu. Kan?
*senyum*
Esok-esok, bila hang dah mencipta lagu lagi, boleh roger-roger aku ya, dan waktu itu, percayalah, hang dah ada inspirasi baru dan bukan hanya tentang sedih cerita lama semata-mata, and it worth every single pain you are pass through. Baru berbaloi-baloi kan?
*senyum*
Thanks sangat-sangat bro. Betul kata hang, macam ayat seribu dinar la, macama mana Allah janjikan jalan keluar yang tidak di sangka-sangkakan masa kita kebuntuan, kan? Thanks bro.
Tak apa, hari ini aku berpesan, esok lusa hang pula ingat-ingatkan aku yang terleka. Bro, pagi-pagi ni elok doakan mak ayah. Aku, ayah dah tak ada, baru terhegeh-hegeh nak sayangkan dia. Kan dah rugi. Ok bro, ada rezeki jumpa hang nanti. Salam.
END
Thursday, 13 December 2012
Hak Yang Berhak
Hayat ini masanya bukan lama.
Andai diluang lebih untuk menampal silap orang pada tembok-tembok khalayak, kita bisa hilang ruang ketika untuk membetul tingkah dan salah sediri akhirnya.
Bersederhanalah.
Kerana yang Maha hanya Dia.
Kecewa, marah, benci; hanya emosi. Mungkin betul asas kita untuk ‘terasa’, tapi masih betulkah kita bila bertindak dengannya?
Dan untuk yang tersenyum, gembira, dan bahagia
percayalah itu dugaan yang lebih sering di salah pandang dan terbiar hanyut?
Wednesday, 12 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)












