Gagal.
Empat lima kali aku menggarap di tetingkap ini, aku masih gagal menyudahkan nya. Aku gagal menjadikan ia seperti selalu. Jadi aku mudahkan ia dengan nota ringkas ini. Seringkas ini sudah cukup rasanya.
****
Alhamdulillah.
Semalam, isteri yang aku pakaikan dengan bunga-bunga usik dan rindu sejak dari 14 tahun dulu berikan aku hadiah yang indah semalam. Syukur pada Allah yang Maha berkuasa. 9 jam menemaninya di bilik sejuk itu tidak sia-sia. Alhamdulillah, Sofiatun Nur dah selamat menjengah dunia yang sebentar ini sejak awal pagi semalam.
Aku bisik pada diri aku "Semoga bisa aku anyamkan pekerti yang indah dan agama yang kuat pada putri ku, semoga dia menjadi peneman di Syurga Allah nanti. Ameen."
Footnote:
Pada lelaki-laki di luar sana, sebolehnya, beradalah di sisi isterimu ketika dalam dia bertarung dengan nyawa melahirkan seorang puteri/putera untuk menjadi tanda kasihs sayang berdua. Dengan itu, baru tahu perit ibu. Aku sendiri hampir menyerah semalam. Tapi Allah Maha Berkuasa bukan!
Alhamdulillah
Alhamdulillah
15 comments:
syukur
:)
tahniah.
nothing is more honorable than a title of a "husband" and a "daddy"
sofiatun nur..such beautiful name :)
alhamdulillah..semuanya selamat. ya, semoga dia jadi penghuni syurga, dan menjadi anak yang solehah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu bapanya kelak.
alhamdulillah.
sofiatun nur rupanya..
sorry,aq balas komen2 entri lepas baru baca entri yang ni.
tahniah atas tanda cinta kalian berdua.tahniah juga sebab dah dapat tengok "V" delivery[aku dengki ni.aku dapat tengok yg C-section je so far!] tahniah atas angka 14 itu.semoga bertambah hingga ke syurga. ah sudah,aku pun ikut puitis pulak!
so,how much is the baby weight?haha!that's the doctor speaking in me.practice practice =)
OMG!!!
Alhamdulillah bro..
tahniah!
thrill lak rasa...
:)
aku tak tahu kenapa aku mesti menitis kan airmata untuk ini..
mungkin aku seakan mearasa kegmbiaraan kamu..
mengingatkan aku pada bayi ku dulu..Allah lebih sayangkannye..
tahniah..moga kamu sekaluarga mendapat rahmat dan limpah darinye
To Everyone
Thanks for the wish. I can thanks more than this. Thanks :)
shakinah
Pada Allah, aku panjatkan syukur itu jugak. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kan :)
larasephia
Thanks lara. But, a big BUT, the title is nothing if i fail to complete my responsibility. I cant be perfect, but i wish i can be the best.
for the name, credit to her mum. She change her mind from Aiya Sofea to Sofiatun Nur. my turn? reserved for baby boy :)
░♥si lampu neon♥░
Ameen
Trima kasih untuk doa itu.
aku pun hanya mampu buat yangterbaik dan berserah pada-Nya.
Allah know the best :)
norfaridahanum
Tak apa. Tak ada apa nak di salahkan. Anyway, thanks kerana menyusur entri-entri aku dulu. Thats such a big compliment for me. Thanks again.
Untuk nama itu, creditkan untuk ibunya :)
Alhamdulillah, rezeki Allah mampu izinkan 'pendaratan' normal untuk puteri aku yang sorang itu. Itupun dah genting dah. Nyaris2 nak kena vacuum. Alhamdulillah :)
14? Past is history; the most important is future. 14 can be nothing if i stop them now, rite!
berat? 3.4kg ya doktor. berat kan untukseroang puteri?
Alhamdulillah
Husna Hadzarami
Alhamdulillah. Allah Maha Agung kan :)
thanks for the big congrate.
sonok, sonok gak, tapi tanggungjawab kena tanggung besar tuh! terpaksalah aku ubah biological clock aku sekarang :)
seroja jingga
ya. AKu memang gembira untuk ini. Lebih gembira dengan berakah dari-Nya. Alhamdulillah.
Untukmu, sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia dan kamu. Percayalah, dia akan menjemutmu di pintu syurga. bukan kah itu lebih indah dari segalanya?
untuk doa itu, aku ameen kan. Alhamdulillah. Moga Allah panjangkan kesyukuran dan rahmat itu pada keluarga dan rakan-rakan ku juga. Ameen
Anak itu satu anugerah,anak itu satu amanah.
Tahniah buat Min dan Mahani.
Kami sekeluarga turut bersyukur.
=)
past history sgt penting dalam case sheet patient,ok.[nak menang jugak!]
dan untuk ulasan ko yang lain itu.aq balas dgn senyuman saja.sungguh,aq x tahu nk kata apa =)
selamat menggalas tanggungjawab ya.puteri sulung barangkali?
Encik AJ,berat itu normal.alhamdulillah.saya yakin ada tambahan berat kasih sayang dari kedua orang tuanya di situ.selamat jalankan tanggungajwab ya untuk anda berdua.
p/s:wah!mungkin aku nampak lebih bersopan menggunakan "saya" ek?
salam mula jejak d blog AJ ..
this is sweet ...true, s'org suami perlu merasa detik yang sgt indah anugerah Tuhan itu ...dan mendengar jeritan isterinya berselang satu jeritan comel satu nyawa ...its such a great moment ...
(i want to cry n dunno why ...) this is sweet ...i wish sumday, Allah hadiahkan moment itu untuk akue ... insyallah ...
Limau tambun
Terima kasih Dato’
Ya, anak itu satu anugerah. Satu jalan singkat untuk ke Syurga juga; kalau kita mampu pimpin dengan baik.
Jemput lah datang melawat nanti ya. Ajak Muzil sekali, mana tau kot nak terbukak hati dia sama :)
norfaridahanum
Untuk sekian kalinya, aku mengalah :)
senyum itu juga satu kata-kata. Kata yang lebih manis jujurnya.
Ya, yang sulung. Insya’Allah rezeki kurnian-Nya panjang lagi untuk kami :)
norfaridahanum jugak
normal ya. Ingatkan baby gurl patut 2.8-3.0kg jer. Alhamdulillah la kalau begitu.
terima kasih untuk doa itu. Biar berat kasih sayang tuh tak jadi beban untuk dia pikul sepanjang hidup; tapi biarlah itu jadi peringan dalam kesusahannya, bukan!
p/s: tapi ‘aku’ sendiri kedengaran lebih rapat kan. Saya tak pernah kisah katanama yang di gunakan, sebab itu bukan penentu darjat kita, bukan?
e.indah
salam e.indah. Salam perkenalan. Jengah la disini. Aku Cuma ada ruang kosong ini untuk menulis. Menulis untuk peringatan aku sendiri barangkali.
Menyelami sakit perit ketika itu memudahkan aku menjadi lebih sayang dan lebih mengerti keadaannya. Jadi aku sendiri sarankan yang lain pun buatkan begitu. Dan aku akan terus ingin di sisinya untuk yang kedua, ketiga dan berterusan begitu; insya’Allah. Allah Maha Mengetahui, bukan!
Menangis untuk satu kebahagian adalah satu tanda syukur. Kan menangis itu tindakan jujur dalam tidak sedar. Lihat, kita sendiri semuanya jujur, tapi kadang2 cuba berlaku hipokrit. Sayang untuk itu.
Apapun, trima kasih untuk ucapan itu. Aku sendiri doakan yang detik-detik berjuang sama itu hadir dalam hidupmu; dan hadir sebagai satu anugerah Allah; dan bukan dugaan. Apapun; Allah itu sendiri Maha Adil, bukan :)
insyaAllah..tiada masalah.as long as isteri anda tiada sebarang penyakit [contoh,darah tinggi]atau komplikasi lain semasa mengandungkan Sofiatun Nur.
aku dah rujuk abang aku di UM,normal saja berat itu untuk bayi2 malaysia. tapi untuk bayi-bayi di India nih,itu dikira sangat sihat kerana purata bayi di sini hanya 2.8kg.
lebih selesa menggunakan aku saja. cuma kau perlu tahu,aku hormat kamu=)
p/s:tentang hal neonatal jaundice itu nanti aku ulaskan.inipun mencuri masa lunch break.aku belum bergelar doktor,tapi terima kasih jugalah aku ucapkan atas huluran doa itu =)
norfaridahanum
sekali lagi, terima kasih doktor muda. semoga insan2 berbudi macam mu akan terus wujud segarnya di muka bumi Allah ini.
Moga esok lusa, putera puteri norfaridahanum pun sejujur ibunya; ameen.
footnote:
aku saya beta atau apa saja hanya gelar pada diri kita; si hamba. jangan takut dengan gelaran, tapi takut kalau gelaran itu menghanyutkan; dan engkau tidak kelihatan begitu; setidaknya untuk ke ketika ini.
tahniah bro aj..semoga rezeki makin bertambah..patutnyer kene wajibkan suami ade di sisi isteri waktu bersalin..hehe
Post a Comment