Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 21 January 2010

k o s o n g h a t i

Kosong.


Hati kosong.
K abur,bagai hati senja ini mau mati
O mbak hidup yang menghentam juga tidak sekuat dulu
S erindit tawa hilang hilainya
O h hidup, mati tetap jalan akhir aku di sini
N aga sakti pun jatuh menyembah bumi (dalam kematiannya)
G ah tak jauh kemana pun, bila Malaikat menjemput,kita tetap rebah.
H abib cinta tak mungkin panjang dari nyawa kita
A ndai jasad jadi igau impi si pemuja
T erputus dengan mati (segala indah) semesta yang pernah wujud
I llustrasi hitungan masyar jadi benar-benar ada
Air kosong?
A lih jauh. Jangan di jamah dari saudaramu tika nazak di hujung sahut
I tu jemputan akhir neraka ajal
R edha bukan untuk satu penyesalan kematian
Kelonsong?
Kelonsong jiwa belum pecah.
Belum lewat.
Kerna lewat tak pernah wujud kalau kau cari permulaan taubat (yang sebenarnya)

7 comments:

Bungakopi said...

apa dia ni? tk paham.huhu tp tajuk entri ngan content ada sebut kosong2 mcm je post yg aku baru buat td. huhu..

░♥si lampu neon♥░ said...

waaaa hebat tol ko ni..best ;)
Allah menyayangi hambanya, kita sentiasa diberi masa untuk bertaubat..sehinggalah mati datang menjemput. cuma mahu atau tak mahu sahaja.

AJ Nismihan said...

Bungakopi
Ini getar hati orang yang rasa matinya dah dekat.orang yang masih belum bertaubat ke jalan tuntutan Allah.

░♥si lampu neon♥░
elok lah, sorang kata tak paham sorang kata bagus.but for me, both is positive comment.hidup ini penuh dengan perspective kan :)
Yup,taubat tak pernah lambat,kecuali bila nyawa dah terasa panas di tekak kita.
huhu aku pun takut wei,macam esok lusa jer nak due dah nih.subhanaullah...

hans said...

rajin juga ko terjemah setiaf huruf tu

AJ Nismihan said...

hans
rajin? tak jugak.cuma kadang2otak dah berhenti nak berfikir,aku cari jalan lain untuk release kan masalah.so menulis pun boleh releasekan masalah juga :)

hans said...

betul2
heheh
menulis buat hidup aku gembira

AJ Nismihan said...

hans
bak kata vovin (http://www.dunia-vovin.com/)
'di sini (dalam dunia penulisan) kucing boleh terbang'

aku boleh jadi aku yang lebih sempurna