Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 4 January 2010

Hidup jangan hanya dengan tanda tanya... Kena terus jalan

[credit picture]

Seharian aku dok blog-walking jer. Tak cukup tenaga nak buat entry sendiri. Satu-satu hal masuk keluar dalam kepala otak.
Mungkin dah semak sangat, sampai tak ada jalan kuar.

Isnin tahun baru. Macam Isnin yang lain. Lembap dan melembapkan. Mengantuk tak hilang

Hari ni hari pertama persekolahan untuk tahun nih (ops, maaf untuk negeri2 yang mula kelas semalam, hari nih hangpa punya hari kedua ya). Hari ni isnin pertama untuk 2010, merangkap hari pertama kerja bagi kebanyakan dewasa.
Permulaan pembaharuan dalam diri setiap kita, tak kira jantina, tak kira tahap kedewasaan kita mahupun darjat kita. Langkah baru untuk tahun baru.

Tapi, baru mana langkah kita untuk hari ini?
Kaki kita masih bersepatu lama. Melangkah selonglai semalam dan kelmarin untuk rutin-rutin isnin ini.
Jam loceng kita masih macam dulu. Masih sayup jauh dari kejutkan kita sepagi yang di harapkan. Ikutkan hati, mau jer di lemparkan ke dinding (apakah itu yang selalu kita lakukan? Aku rasa tidak!).

Menguap. Kerja aku menutup akaun syarikat mak bapak anak-anak tokey aku nih (yang pastinya bukan aku) pun masih gagal lenyapkan emosi ke-tidak-keruan-an aku ini. Gagal buat aku asyik dengan kerja aku. Gagal. Gagal dalm tahun baru.
Yang pasti aku bukan seorang. Ramai lagi yang se(kopi)kapal(api) dengan aku. Ramai yang masih hanyut dengan blues hari isnin.

Salah kah aku menjadi kelompok majoriti? Salah kah aku hanyut dalam diri aku sendiri, hanyut dalam kabus isnin (senin di sesetengah tempat).
Secara warasnya aku menjawab...Salah!
Aku tau aku salah
Aku tau menjadi majoriti tak semestinya betul (tengok sendiri akibat dari kita menjadi/tak menjadi majority di sekeliling kita)
Aku tau aku di pihak yang salah, tapi aku masih gagal berganjak...
Gagal untuk (kuih)bangkit-kan enteprisasi dalam diri aku. Aku masih 'switch off'!

Aku sebu, penuh dengan tanda tanya.
Aku doa, esok bukan lagi najis dalam mood aku untuk minggu nih. Bukan semak untuk hari-hari aku dalam tahun 2010 nih
Jalan kena terus
Bengkang bengkok tu pun aku kena luruskan...
Aduh...

Memang nak kena cari teh-o-halia (ini bukan sarbati petani, kopi janda atau kopi jantan!) dekat pantry nih...
tapi jam dah 1752... aiseh balik jer lah

9 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

haha beb, monday blues serious semua orang macam tu. ada tak orang yang bersemangat pagi isnin? wahh pastinya orangtu dapat motivasi yang baik atau hadiah yang baik utnuk dia "hidupkan" hari isnin tu hihi.

bangun2. aku senyum di pagi isnin tadi. haha. tenaga baru muncul.

~Cik S~ said...

tip 4 u:

always think dat sunday is ur monday...then monday is ur better day..;)

laila said...

rajinnya blogwalking!
boleh tolong laila ni blogwalking dan komen kat semua blog yg dikenalinya
sangat berat nak melangkah sekarang

Husna Hadzarami said...

bro, amalkan bangun pagi dgn senyuman, insyaAllah hari kita akan berjalan dgn baik :)

[s][u][e][h][a][n][n] said...

tul tu...aku sokong husna... yeahhhhhhhhhhh

Bungakopi said...

eh komen aku dekat nak sama dgn husna la.

Bungakopi said...

kamu stress ke?

sebelum tidur juga sila senyum, baru ringan kepala.

~LP Lum~ said...

hehehe... 1st menjegah ke blog AJ nie... :)

bg pndangan sy ar, tiap2 arie pun kalo nak ikutkan mmg blues aje.. tp tiap2 arie pun trutamanya bgun pg sy selalu ckp mcm nie kat dri sndri :
"AKU AKAN JD YG TERBAIK PD HARI INI.. SENYUM LAH DRIKU SUPAYA AKU AKAN SECERIA SANG MENTARI PAGI"

:)

ps: thanx sbb sudi melawat blog sy ok... :)

AJ Nismihan said...

░♥si lampu neon♥░
monday blues untuk kita-kita jer.
Orang yang minggunya mula hari Ahad, depa ada sunday blues...
Maknanya, memang dah mind set kita nih malas nak mula jer. Macam kete api. Mula2nak jalan memang slow, tapi kalau dah dapat momentum, hantam semacam jer sumer benda.
Anyway, bagus la boleh senyum pagi2isnin nih :)

~Cik S~
Hehe timer kasih
dah cuba dah, tapi last-last jadi coba(an... hai mambang tanah mambang air mambang bla bla bla)

Noorlaila Mohamed Nor
Jujurnya, everyday blogwalking dulu baru buat entri sendiri. Kira macam panas badan dulu. Dah tulis komen sana sini baru ada mood betul2 nak tulis. Tu yang kadang2tertulis komen panjang sangat, sampai dah boleh jadi entri pulak. Anyway, kalau dah dapat feel memang tak reti nak berhenti.
Sekadar nak jadi tulus dengan hati, tak salah kan :)
Tapi aklau nak tulu blogwalking susah kot. let do it by yourself. pelahan2 jalan. appreciate those who appreciate your existance :)

Husna Hadzarami
Thanks una.
Selalu okay, boleh lagi survive. tapi kadang2 memang ada satu dua benda yang ganggu mood, dan kalau tak boleh nak overcome, memang boleh effect sampai esok lusa nih. huhu...
Anyway, kadang2 hari nih rasa macam jalan lambat sangat, tapi kadang2tuh berlari macam tak terkejar (dateline!)

Bungakopi
Thanks bungakopi
Kalau nak hidup pun susah senyum, macamana nak senyum bila nak tidur. Siap boleh mimpi kena marah dengan bos pun pernah!

~LP Lum~
Thanks for coming here. Do come as frequent as you like then :)
Hmm good idea. I mean good typical idea around. Cuma kadang2 nak kena boost lebih sikit, sebab otak nih pun dah mula belajar nak jadi ignorance. that not sad!