Mendengar hujung nyawa bakal menjengah bila-bila dari sang
manusia berkod putih dan steteskop di leher bisa matikan alasan untuk hidup.
Sedangkan, kita tahu yang penyudah hidup itu bakal
bila-bila saja; tetapi tetap masih biarkan hati mati? Padahal, ia lebih baik
tahu dari tertunggu tanpa tahu penghujungnya, bukan?
Melainkan, kita tidak pernah percaya, atau
benarnya tidak pernah mahu ambil bicara?
*senyum*
Bibir mengumam mahu kesyurga sahaja, tapi
‘poskodnya’ sendiri kita tidak pernah mahu ambil tahu!
2 comments:
nyawa bakal menjengah atau mati bakal menjengah?
indah juga jika tahu bila masa nyawa tiba di penghujung. tapi tidak akan terasa kemanisan imannya jika hanya beramal bila rasa hampir mati sahaja.
tapi sekurangnya masih ada, kan?
ah andaian doktor mungkin iya mungkin tidak. tapi lebih baik dari kita yg rasa sihat sempurna dan tidak mencari poskod syurga dan tiba2 hilang peluangnya.
maCy
terima kasih untuk pembetulan itu.
*senyum*
ya, sekurangnya ada.
tapi.
entahkan awal lagi, mana tahu?
bab mati bukan boleh didahulu-dahulu, ia semua hal ketetapan yang tetap duduknya.
dan seperti kata kamu, yang penting, mula menuju Dia, sebelum diambil kita dan di tuju dengan persoalann yang tak terjawad dek anggota.
oh
Post a Comment