Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 16 April 2012

Berteman


Bermusafir malam. Tenang. Deru desir angin menjadi peneman. Jalan-jalan bersimpang siul dalam sunyi. Alun vokal Sheikh Saad Al Ghamdi mengisi penuh ruang pemanduan.

Meluncur terus. Laju.

Perlahan-perlahan, ruang gelap gelita yang tadi bersusun rimbunan hutan mula berlari meninggalkan pandangan. Tiang-tiang lampu mula beratur di tepi jalanan menjadi peneman; yang mana pemandu tadi dibiarkan bersendirian dengan panduannya.

Dan sehela nafas lega terbit. Bibir dan tak sesejuk seminit dua yang lepas, bagai terlepas dari dicekik manusia pada lehernya; kelegaan.

Jemari mencapai punat-punat di pemain cakera; dan beralih kepada mode radio. Kontemporari. Ada nyanyi-nyanyi dan ketawa manusia.

Dan kali ini baru tersenyum; puas. Dan sesekali tergelak kecil mengikut siaran, sambil tayar bergolek menyelit dicelah kota.

***

Oh.

Barangkali, qiraat sang qari dan qariah hanya harus beralun pada jalan-jalan sunyi yang berimbun gelap senjanya dan pada me-rai remang roma yang berdiri. Seperti juga naskhah kecil Yaasin yang berselit-selit di bantal anak berbuai agar tak dikacau rengek tidur si bayi nanti.

Selebihnya, biarlah kita berdansa dengan dunia sahaja. Kan?
Itu baru ‘cool’ pada tafsiran dunia, barangkali. Atau tak lebih dari satu hikayat hidup yang mati pada hidupnya.

Oh.

6 comments:

MyHeart said...

mungkin kita yg malang kerana suka memilih utk melihat dari mengerti kerna itu kalamullah suci hanya perlu sebagai hias atau tradisi bukan untuk teman mengisi kekosongan hati yang kian luruh keimanan.

AJ said...

MyHeart
setuju untuk itu.
maka, selagi berdaya, mari ubah sedikit pada yang mampu. biar berdikit asal berubah, biar pun sikit, asal menongkah.
kan?
*senyum*
kalaupun bukan untuk ruang masa yang ini kesannya, biarlah untuk generasi yang nanti-nanti ada baiknya pada mereka.
juga.

*senyum*

yusuf mujahidin ™ said...

salam AJ

hearing and listening tu dua perkara berbeza kan?

AJ said...

yusuf
salam sahabat.
mendengar dan memahami; berbeda.
tahu dan laku; juga berbeda.
dan aku kadangnya si hitam; sedang aku tahu yang putih itu lebih baik.
dan berpesan lah di sini sebagai penyampai; agar yang lubuk dalam berbolak-balik itu juga sampai.

*senyum*

ya, berbeda jawapannya.
dan aku harap; kamu, aku, dan sekalian yang termampu, biarlah berbeda kepada yang baik.
kan.

*senyum*

macyhumaira said...

*merah padam*

barangkali kiranya bukan aku, barangkali juga aku. yg terbukanya naskhah yasin hanya pada khamis malam jumaat. yg hanya berkisarnya alunan suci Al-Quran apabila teriak hati menyengat. membuka tafsir hanya bila 'hidayah' tiba, sedang hidayah itu perlu dicari, bukan hadir hanya bila jatuh dan sakit, walau sekurangnya masih ada dari langsung tidak.

AJ said...

Macy
berdikit itu lebih baik dari tidak; tentunya.
tapi.
takut nanti.
yang dibaca itu atas sebab 'budaya' dan bukan 'agama'.
yang dilafaz itu hanya 'cerita' dan bukan 'pengajaran'.
dan pada ketika yang itu, bergunung pun tak ada apa letaknya, dan bisa hilang (kerana tidak benar lekatpun).

kan?