Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday, 3 February 2012

Sakit II


Kan elok kita mati bersakit. Kurang-kurang kita ada masa untuk untuk sedar dan sebut ‘Allah, Allah dan Allah’ berpanjang-panjang. Moga ada sedikit ruang untuk cari lemah dan terus perbaiki diri untuk kurang-kurang lebih dekat dengan syurga Allah.

Tapi tak juga semua yang ada peluang itu sedar yang itu jalan akhir untuk sedia bertemu Maha Kuasa Allah. Tak lebih hanya jadi bahan membakar emosi yang sedia mati dari roh kebenaran.

9 comments:

hanaahmad said...

ada benarnya, dan ketika itu mungkin menjadi waktu penyedar buat kita akan segala kekhilafan yang telah kita lakukan. masa itulah, doa taubat menjadi pendamping setiap masa. ;)

Lady Windsor said...

aku pernah dan setiasa bermohon kepadaNYA sehingga kini, moga tidur kecilku itu bersambungan terus menjadi tidur berpanjangan yang nyenyak tanpa perlu ada yang mengejutkan lagi sebaliknya menyempurnakan terus...

AJ said...

hanaahmad
moga, yang terbit itu sedar; dan bukan bugar emosi yang membakar diri untuk lebih jatuh dari jatuh yang dulu. dan lebih rendah dari yang sedia rendah.
oh.
mohon bukan kita.
bukan sesiapa.
biar pengajaran datang sebelum kita di ajarkan.
kan?
*senyum*


Lady Windsor
oh.
barangkali, waktunya belum tiba saja sahabat.
dan Maha Esa saja yang tahu harus akhir kita gi mana kan?
ya, mungkin itu jalan yang baik kerana kita bisa sedia; tapi kan sentiasa 'ia' datang bila selimut kesediaan kita mula longgar; dan andai kita terus alpa, hilang segala.
Moga yang baik itu untuk kamu Lady.
*senyum*

AnakPakZohar said...

beruntung buat orang yang tahu ajal menghampiri nya.. diberi kesempatan untuk melakukan taubat...

dania said...

semoga kita dimatikan nanti dalam iman dan Islam.. amin.

Anonymous said...

mati sakit yg terbaik. tapi siapa kita untuk memilih jalannya.

AJ said...

yad'z
aku pinjam dan rephare kata-kata yang terbaca di novel 'Contengan Jalanan' by Hlovate;
"kematian adalah satu kepastian, tapi masih tetap mengejutkan kita bila ia muncul tiba"

ajal itu dah makin dekat; cuma kita yang tidak mahu atau terlepas pandang akan dia. kan?


unknown
Ameen.
kematian kita nanti adalah rumusan kepada kisah hidup. maka, hiduplah dalam iman dan Islam dahulu sebelum kita nanti disudahkan dalam wavelenght yang sama; insya'Allah.


maCy
sakit itu baik untuk ajaran dan peringatan; sedang mati itu kesudahan satu jalan untuk jalan lain, dan hanya jadi ajaran/peringatan pada yang masih bernyawa.
bersedialah untuk dipanggil pulang, dan itu saja yang boleh kita pilih; selain dari menjauhi jalan yang benar yang tentu saja mengundang bencana yang tak sudah.

beautiful_rose said...

sakit itu penghapus dosa.kurang kurang kita masih punya peluang untuk perbaiki semula.

AJ said...

beautiful_rose
dan semoga, kita si'pesakit' yang memandang; dan bukan hanya pada pendengus dan pemarah yang tak jumpa sinar pulang.

ah.

seperti yang kamu lihat di klinikan kamu; pasti ada saja si pesakit yang rupanya sakit jiwa dan rohani lebih dari sakit jasmani nya.

kan?

dan semoga mereka itu menerima pengajaran dan mendapat sinar pulang sebelum dipulangkan ke 'square one'; insya'Allah.