Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 1 February 2012

Hilang-kan



Pada setiap yang hilang ingatan, terbaik utuk kembalikan ingat mereka adalah bawa semua yang pernah menjadi kenangan dan tunjukkan satu persatu. Dari gambar, cerita, pada nama, tempat, keadaan dan sekaliannya. Tak kira lah perit atau manis kenangan itu.

Dan untuk itu,jalan yang sama juga harus kita ambil untuk biar sisih buang apa yang kita ada dan pasang mode ‘hilang ingatan’; cuma jalan itu bukan kita jalan terus, tapi kita menetang arus.

Bukan mendekati apa yang pernah kita kenangkan, tapi cari jalan untuk sisihkan semua yang dekat pada kenangan dari rutin dan susun harian kita.

8 comments:

hanaahmad said...

kadang-kadang semakin kita melarikan diri dari kenangan dan segala yang bakal mengimbau kenangan, semakin jauh, semakin ia mendekat. Payah juga sebenarnya kan. ;)

Lady Windsor said...

susah nak buang warna gelap dari kanvas hidup kerana warna itu kekal walau ditambah dengan renjis terang atau ceria sekalipun...

AJ said...

hanaahmad
seperti di para 3 entri ini; bukan mendekati apa yang pernah kita kenangkan, tapi cari jalan untuk sisihkan semua yang dekat pada kenangan dari rutin dan susun harian kita.

maknanya;
jangan pernah cuba kata 'AKU MESTI LUPAKAN DIA HARI INI' setiap hari, sebab dalam tak sedar, kita menyebut 'DIA" pada setiap hari.
jadi, manakan kita mampu lupakan dia?

Harus bagaimana?
tukar rutin.
tukar jalan yang kita guna.
tukar cara kita melihat diri.
tukar secara praktikal apa saja yang pernah kaitkan kita dengan dia.
sekurang-kurangnya, kita takkan pandang sesuatu dan kata 'oh, dulu disinilah kami berdiri'.
atau, minima kan mana yang perlu (bilamana tukar semuanya tentu saja mustahil dan kos yang tidak efektif.

dari situ, sikit-sikit kita lupa.

biar berdikit, dari terus melekit.
kan?

*senyum*



Lady Windsor
oh.
jangan dipandang.
kalau terpandang sesekali pun anggap itu reminder supaya kita tidak lupa dan jadi mangsa kedua untuk diri sendiri.
setiap yang berlaku adalah untuk kebaikan esok, lusa dan tulat; bukan untuk jadi ulat yang merongga dalam jiwa dan jadi raja.
betul tak?
ah, tentu saja susah, kerna ini maknanya hidup.
dan qalbu itu asal qalamnya adalah berbolak-balik; ya, hati yang berbolak balik duduknya.
kan?
*senyum*

Bidadari Syurga said...

pada suatu hari, ilham dan amanat yang berupa wasiat tersimpan sebagai tinta. suatu hari itu tiba, tatkala penulisnya hilang ingatan. dan bila di amati baik2... ke semua yang pernah ditulisnya itu adalah peringatan buat dirinya sendiri sebelum sampai ke tahap ini; hilang ingatan.

ps: lega rasanya. aku dapat jawapan dalam soalanku sendri. dan aku masih lagi belum berganjak untuk bernafas. masih mahu duduk di bawah lumpur. beratkan 'lumpur yang dibiarkan itu' sedang raminatekan diriku semula agar sebati kembali pada angkatan 'mereka'

dania said...

pergi menjauh?

AJ said...

unknown
tidak semestinya ya.
begini.
andai kamu bisa mengenakan wangian A bila keluar, keranan dia suka, tukar ke wangian B.
Andai kamu suka bermain futsal wanita hanya kerana sebab dia suka, tukar ke sekadar jogging atau badminton.
Andai kamu suka berkebaya merah kerana itu yang paling dia suka, simpan dulu kebaya tuh, dan kenakan kurung rona lavender dengan kerundung manis.
Andai kamu suka memasak asam pedas hanya kerana sebab dia suka, pindah ke masak gulai tempoyak dan jadikan ia kesukaan kamu.
life is all about alternative.
BUT.
you dont do this JUST to let forget him; but to CREATE NEW set of life all over again.
you may try one; cause i believe in that.
*senyum*

hanaahmad said...

ya. ia harus berdikit-dikit tapi payahnya masih terasa. apa-apapun harus ada usaha dan kuat hati kan. ;)

AJ said...

hanaahmad
payah itu sendiri alasan untuk kita terus hidup; dan surviving well, kan?
Mendakilah, dan biarlah bercalar balar untuk kamu sampai ke puncak, agar kamu hargai setiap satu luka itu bila kamu dah di singgahsana.

dan tentunya; kuat hati bukan semata-mata pada jisimnya, tapi pada jiwanya.

*senyum*