Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 2 February 2012

Ada Empat



*
Pada setiap keluh kesah jiwa, ada satu dua lompong kosong yang buatkan tenang bukan apa yang tinggal dirasa. Lagi dibiar ranum hati dibaham emosi yang duduknya tidak reti diam, lagi jahanamlah susun langkah hidup.

**

Mencari harus ada pelita.
Apa guna dipegang pelita itu kalau mata mahu dipejam rapat-rapat.
Jangan disalah pelita.
Salahkan mata, yang di belakangnya jiwa yang tak mahu sedar.
Sedang dalam terang pun bisa tersadung, inikan hidup yang dibiar hitam tak ada terang.

***

Kosong pada perut jangan dibiarkan, nanti mudarat pada kederat.
Kosong pada jiwa jangan disepikan saja, nanti rosak pada sesat percaya.

****

Sebaiknya emosi, apabila ia menjadi hasil dari jiwa yang rasional, dan bukan menjadi input untuk apa jiwa rasionalkan. Tidaklah juga baik pada semuanya kalau masih kosong tak bertaut pada yang haq.

6 comments:

hanaahmad said...

Jiwa yang kosong itu ibarat hidup tanpa tujuan, koson bermakna tandus. Harus diisi selayaknya biar mewah, biar hidup dan bersenang-senanglah selagi ada.

;)

AJ said...

hanaahmad
dan nanti jangan dibiar mewah sendiri; tapi nanti kita bisa lari dari 'diri' dan melayang tinggi seperti kita takkan pernah jatuh lagi.
berdikit-dikit mewah itu kamu cubit untuk yang lain merasa sama; agar nanti kamu bisa hidup dengan lebih hidup dan sedar mati itu kamu yang pilih hujungnya.

kan?

*senyum*

yusuf said...

sesat dalam cahaya...


salam AJ

AJ said...

Yusuf.
Assalamualaikum sahabat.
kamu biar hanya sebaris itu untuk ubat rindu aku pada tulisan kamu?
*senyum*
oh, barangkali itu sudah cukup, tapi aku manusia yang tamat dan berkehendak lagi dan lagi ya Yusuf.

*senyum*

doa aku pada kamu, supaya banyak cahaya yang kamu bisa gilap lagi jadi terang dan kamu bisa ceritakan naskah kamu supaya aku sendiri tidak jadi lupa dan sesat akhirnya.

ingatkan aku nanti ya sahabat.

Salam.

Lady Windsor said...

...kadangkala tersadung juga akar yang membelit melilit meskipun cahaya cerah gemerlapan melimpah ruah menyuluh langkah..

AJ said...

Lady Windsor
Bila terlalu terang, kadang kita mengambil mudah pada pijak langkah kita dan bisa lupa yang bumi tak terletak sama tinggi tak duduk sama rendah lamannya.
Maka, sedar wujudlah dalam pejam mahupun jaga; dan yang berjaga itu selalunya lupa dan bisa terbias jauh dalam 'sedar'.
barangkali.