Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday 21 February 2012

Baju Jiwa



setebal-tebal pakaian di dunia yang mampu kita sarungkan adalah dari jahitan iman di dada.
tanpa ada jalur-jalur iman dipintal dan di kemas-kejap di pelosok hati dan tubuh kita; berbogel lah dari perlindungan benci dan murka dari-Nya.

selagi ada iman; senipis halus pun dia, iman tetap iman.
dan fitrah kemanusiaan itu, berdebar hati bila mahu melangkah dalam najis kejahatan, kerana lahir kita dalam putih bersih, dan suci, maka pasti tubuh kita sendiri jijik dengan kejahatan itu; walau sekecil mana pun dia.

cuma.
bila nafsu kita bimbit jadi teman yang bersuara lebih dari ilmu agama kita, dan dibuang siat-siat iman dari salur pembuluh jiwa kita, berbogel lah semuanya dengan penuh bogel untuk di biar tatap serapat mungkin.

waktu itu, apa itu malu?
ah. biar saja!
apa itu takut?
sedang Allah pun di biar tak dipandang hirau, inikan hal manusia!
enteng saja!!!

AJ-2010

10 comments:

hanaahmad said...

menyelusuri hidup di kota yang penuh liku ini, satu yang sering aku doakan hampir setiap hari adalah agar iman aku dapat dipelihara dari segala najis dunia. moga-moga.

beautiful_rose said...

sifat malu itu bisa manjadi pelindung diri.andai malu itu hilang dari hati,maka manusia akan mudah lupa diri.

ghost said...

selalu aku begitu,sob

yusuf mujahidin ™ said...

semoga jalur2 itu melekat kejab pada tubuh dan mekar menjadi pakaian yang memuliakan.

dan semoga dicampakkan malu yang tebal apabila hendak dibogelkan, berbogel mahupun membogelkannya.

Lady Windsor said...

...aku senantiasa bermohon semoga pakaian duniawi yg aku sarungkan hari ini berupaya menutup aibku pada hari perhitungan kelak...

dania said...

zaman sekarang, berbogel bukan sesuatu yang pelik lagi. mungkin.

Qiez AR said...

sekarang sudah berbaju, walaupun rupanya fabrik yang dibuat baju itu agak nipis dan jarang teksturnya.

at least saya berbaju, kan abang? :)

AJ said...

hanaahmad
Ameen.
Ameen.
Ya Rabbal alamin.
Semoga untuk kamu, keluargamu, dan sekalian lingkungan sahabatmu diberkati Allah dan dilindungiNya; Ameen.

beautiful_rose
dan moga malu yang berbilas baki di hati adalah yang benar; dan bukan malu pada laku kebaikan dan biar berbogel darinya pada keburukan yang kita pandang dari mata nafsu jiwa nanti.
oh.
moga dijauhkan.
dan dipersimpangkan dari menjadi jiwa dalam hati kita yang serba kecil ini.
kan

ghost writer
dan kita semua masih si manusia yang bercompang-camping dalam hidup dan harus di ketuk betul setiap langkah melayang.
dan aku sendiri masih begitu.


yusuf mujahidin
biarlah nanti mati bersudah dengan berpakai kemas dengan jalur itu; dan bukan semata bogel dan kosong berbusuk-busuk pada jalan yang bisa kita kesalkan.
ye tidak?
dan kamu; terima kasih memesan-mesan untuk kelupaan aku yang leka menjadi manusia.
oh.

Lady Windsor
selagi kita berdiri pada jaring jalan yang berterusan di bawah lindunganNya, insya'Allah ada jalan indah untuk cerita hari yang sudah nanti. dan moga, kesal kita hanya pada duduk dunia, dan bukan pada mengenang dunia di akhirat nanti.
Ameen


anonymous
dan kita yang membiasakan dengan kecil-kecil dosa, dan mula memandang besar dosa tak lebih dari satu kebiasan baru yang lebih up to date dari kepatuhan kepada hukum yang satu.
oh.

Larasephia
halus itu kerana masih dalam kaitan bulu kambing itu. pelahan-lahan, biar lambat tapi kamu tabah mengaitnya dengan kemas.
aku yakin, nipis itu bisa lebih kemas nanti dan kamu tidak lagi sesejuk hari ini dan bisa jadi kamu yang lebih baik dan reti senyumnya pada menghadap Dia.
kan.
dan aku masih memandang kamu sebagai si gadis yang mahu berbaju; kan?
*senyum*

Seroja Jingga said...

seperti biasa bait bait kau AJ buat aku kelu tak bekata..mengangguk2 tanda setuju...yeah aku kadang tidak juga malu pada Tuhan..dosa tnpa sedar.atau dalm sedar pun masih mahu berdosa..

kamu sihat AJ..aku ada saja memerhati..cuma jarang meninggalkan jejak..ah..aku tau yg kau tau aku hadir disini kan ;)

AJ said...

SeroJa
biar sesekali jatuh, tapi kita tahu kenapa jatuh dan tekad tidak mahu jatuh lagi. dan itu lebih baik dari melayang di langit selayang-layang tingginya, dan sedar2 jatuh terhempas di akhir cerita.
kan?

oh.
aku sihat.
cuma, kadangnya jiwa aku tidak seperti yang aku harapkan.
ah.
itu tandanya aku manusia.
dan aku masih ada hidup.
kan?

*senyum*

aku tahu, sahabat masih menjengah sini; dan kamu antaranya.
dan aku sendiri menulis untuk kalian.
lewat atau tidak; asal ianya sampai.

dan tak wajib untuk setiap jejak kamu ada bekasnya; asalkan tulisan ini kamu jamah secukup acuannya; itu lebih besar erti untuk aku.

kan?

oh, moga kamu dan business kamu lebih baik. Life is a business too!

*senyum*