Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 2 November 2011

* Peperiksaan

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabatku.

Seminggu.
Oh.
Lebih.
Seharusnya ia bukan 'sabatical' yang aku rancangkan; tapi rancang Allah tentu-tentu lebih benar dari aku. Membiar deretan fikiran aku 'menyemak' di susun kotak deraf bukan satu yang menyenangkan; tapi ia harus lebih mudah dari aku buang satu persatu atur kata dan biar ia menjadi tidak kurang dari sampah yang sedang sibuta sendiri bisa bau busuk-busuk rosaknya.

Jujurnya, aku rindu pada dengar derap-derap melodi kekunci papan elektronik ini yang ditekan dengan riak emosi.
Rindu pada gaya kalian menyusun bilah-bilah kalimah menjadi 'catalyst' fikir.
Tapi, siapalah kita untuk membunuh rindu itu andai ia hanya muncul bila nyata dunia beri aku sedetik ruang melepas nafas berat yang tersimpan di celah-celah himpit tanggungjawab.

Dan aku hanya mampu tersenyum; bila mana aku sedar yang aku juga harus perlu jatuh untuk benar-benar rasa sakit lenguh, dan baru aku mampu tahu beringat nanti.

Sesekali, menyusur laman lain, buatkan aku belajar semula, dan aku tahu; banyak lagi yang aku harus pahatkan semula, agar aku bukan si munafik; mengajak kepada kebenaran sedang hati tak bergerak waima seinci.

Oh.

***


Kita, hanya mampu bersedia sehabis daya untuk peperiksaan. Dan bergulung juta ramalan pun, bukan kita yang sediakan soalan 'finalnya'. Maka, berhabis baik lah untuk kita memilih jawapannya A, atau mungkin B kah, C,  atau kalau tidak pun D.
Peganglah percaya, yang baik mana pun pilihan kita, jawapan yang akhir tetap apa yang ada pada skema pemarkahan, dan bukan pada apa yang kita pegang.
oh.
melainkan, kita pegang pada skema itu.
barangkali.

*senyum*

...dan satu.
Kadangnya, jawapan gerak hati kita sudah benar tepat, tapi gagal kita gores dengan pena 2B mahupun kadangnya culas tak sekadar sepenuh bulatan OMR; gagal juga kebenaran itu dikira markahnya kan?

*senyum*

Betul itu bukan harus sekadar betul, tapi kena cara betulnya.

10 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Salam AJuhanif

kadang jawapan yang bocor pun kita tak mampu jawap biarpun telah 'bocor' sebegitu lama..

manual kehidupan hanya boleh ditafsir dan diriki oleh orang yang mencuba untuk faham. kerana maknanya dalam dan perlukan sedikit pengorbanan untuk membedah isinya..


Dalam hidup, belum tentu A yang dijawap orang lain maka jawapannya A untuk kita.

kerana kehidupan ni *tempat kosong*


Semoga kita mampu menjawap setiap soalan yang ditanya nanti menerusi apa yang telah Dia bocorkan menerusi manual sepanjang zaman.


*semoga kamu sehat2 selalu sahabat. dan keluarga tentunya


:)

pisau belati said...

"Kadangnya, jawapan gerak hati kita sudah benar tepat, tapi gagal kita gores dengan pena 2B mahupun kadangnya culas tak sekadar sepenuh bulatan OMR; gagal juga kebenaran itu dikira markahnya kan?"

adakala gerak hati kita telah memilih satu jawapan yang dirasakan tepat.tapi entah mengapa keyakinan itu selalunya tidak berpihak kepada kita,lalu kita mengubah jawapan kepada lainnya.

*****************************

Assalamualaikum sahabat lama...
berkali kali aku keluar masuk kelaman ini,atas permintaan "seseorang" yang mengatakan ini adalah laman kamu AJ.mulanya aku tidak pasti,dan cuba membaca ke semua tulisan yang ada di dalam ini.

dia begitu yakin ini adalah kamu setelah sekian lama dia cuba menjejaki,selepas beberapa email yang di hantar kepada kamu tidak pernah berbalas atau tidak pernah sampai.dan bila dia menemukan laman ini,segera dia memaklumkan kepada aku yang kamu sudah mulakan tapa baru di sini.

dan hari ini,aku begitu yakin setelah "entry" ini di keluarkan.salam ukhuwah sahabat,moga adanya yang baik baik untuk kamu.....

maCy said...

mengisi borang OMR dengan pilihan A B C atau D sebenarnya lebih membahayakan berbanding mengisi ruang jawapan soalan subjektif dengan hasil pemikiran akal sendiri.

sebenarnya memang benar hidup ini adalah 'petak kosong'.

AJ Hanif said...

Yusuf
kita apa yang kita fikir. Menyulitkan yang mudah itu sendirinya kita, dan yang melihat mudah pada kesulitan itu juga kita. TAPI, siapalah kita tanpa bantuan-Nya. Semuanya dari Dia, kerana kita sendiri milik Dia yang kita tak lebih dari sekadar meminjamnya kan.
Memandang yang terang itu juga kita yang pilih mahu atau tidaknya.
Dan selagi mana kita mahu mencari kefahaman dengan jalan Tuhan, kita pasti jumpa jawapan yang lebih tepat dari sekadar satu 'kebetulan' di dadu.
Bagi aku, yang A itu terang A, dan B itu terang B. Cuma, hurainya ada bagai-bagai, dan kadang kita terselit dari celah-celah kebarangkalian yang tak sudah.
kenapa?
kerana semua kita tak akan pernah sudah belajarnya.
kalaupun sekalian di bimasakti ini ada pada kita, itu tak lebih dari setitik pada lautan yang tak terjangkau pandang.
ah.
itu kan?
aku sendiri menelah semua untuk diri.
dan aku harap kamu dah keluarga juga mendapat yang baik-baik dari Yang Maha Pemurah itu kan Yusuf; Ameen.

AJ Hanif said...

pisauBelati
Alaikumsalam.
***
selagi mana gerak hati itu ada ilmunya, dan geraknya dari Dia, tak ada yang salah, melainkan atas dasar mahu belajar dari jatuh yang sekejap. Dan itu lebih baik dari biar jatuh lewat, tapi tak berkesempatan untuk bangun, kan?
Yakin itu bukan ada pada kita, tapi pada Dia. Maka, memohonlah. Dan percayalah, Dia tak pernah jauh; sedangkan kita yang hina ini asyik hilang dari pandang diri sendiri.
Kan?
***
Dan maaf untuk aku yang tak ke laman kamu barangkali. Melupakan kamu; memang tidak, cuma aku tetap si marhaen yang hanya ada tidak lebih dari 24 jam yang tersesak dengan itu ini.
Ah, anggap saja itu alasan. Tapi melupakan kamu pasti tidak.
Dan semoga kamu ada yang baik-baik dalam Rahmah-Nya; insya'Allah.

Aku bukan hilang, cuma tersesak dalam ramai. Barangkali, aku harus sekejap 'mati' sebelum aku benar kenal hidup itu bagaimana.
Dan perjalanan ini harus terus dan bukan berhenti mati di satu hentian hidup yang belum tentu terbaik dan terburuk untuk aku.

dan aku harap kamu juga begitu.

ke mari atau kemana pun kamu nanti, semoga kamu dirahmati Allah hendaknya; Ameen.

emaillah aku di email yang ini; aku pasti ada, selagi mana itu kehendak-Nya; insya'Allah.

semoga ukhwah kita berpanjang-panjang. Ameen

AJ Hanif said...

maCy

'petak kosong' itu ya memang tetap petak kosong.

tapi; aku tetap yakin, sebenarnya kalau ianya 'A'; terang-terang ia akan jadi 'A'.
Andai jawapannya 'B', ia terang-terang akan jadi 'B'. Dan seterusnya.

Tapi, siapalah kita untuk tahu yang segalanya.
Dan tak terjamah semuanya itu dalam sekali harung; maka kita mohon agar yang Allah susunkan untuk kita adalah tak lebih dari satu garis halus untuk kita isikan jawapannya; dek takut tersasar.

sedangkan; semua kita tahu yang jawapan itu ada dan pasti saja terang. Cuma, pada hayat tak terang suluh kita tak lah kemana, biarlah berpada-pada dengan sekadar yang itu.

dan kita golongan akhir zaman kan?

bagaimanalah anak-anak yang nanti-nanti kan.

Aduh...

pisau belati said...

begitu...
kita ini manusia terikat dengan masa sama juga aku,tidak boleh berlama.masa yang ada terlalu padat buatkan pergerakkan aku di maya ini selalu terbatas.

dan aku fahami situasi kamu.
boleh berikan aku alamat email baru kamu? jika tidak keberatan =)

AJ Hanif said...

pisau belati
dan semoga kamu menjadi si pahlawan yang gah dalam jalan kamu; mana tahu kita berselisih simpang, dan aku bertumpang gah kamu untuk terus hidup dalam sinar Dia.
oh.
dan semoga semua untuk kamu juga baik-baik ya sahabat ku.
ini untuk kamu (ajuhanif@gmail.com)

norfaridahanum said...

kita merancang, Diapun merancang. pastilah perancangan Dia yang terbaik, maka Dia lebih berhak untuk menentukan =)


p/s:sudahnya AJ,hanya jauhari mengenal manikam..tidak susah untuk mengenal tulisan kau kerana sangat susah untuk melupakan tulisan kau. aq x pernah buka rahsia pada sesiapa,sumpah!haha ^-^

AJ Hanif said...

anum
dan jangan dibiar kita anggap bahawa tidak perlu pada perancangan kita kerana semuanya balik pada Dia; sebab dah disuruh Maha Kuasa untuk kita berusaha sebelum bertawal.

berserah bodoh-bodoh tak lebih bodoh dari kebodohan yang sedia ada, ye tak?

*senyum*

p/s:
salah aku juga, berselindung balik tirai gelap pekak sampai lama-lama bisa asmtha sendiri.
tahu tak? last-last aku sendiri yang buka rahsia itu.

typical me rite?
or.
deja Vu?
*senyum*