Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 11 November 2011

Lupa


Seringkalinyamanusia terlupa, bertapa manusianya kita, sehingga menuntut kesempurnaan diluar keterbatasan mampu daya.
Menjadi marhaenyang rendah duduknya, pasti tak mampu kita gapai selangit tinggi junjung dedaundi pantai. Leka membetul fikir mencari suluh pada gelap bercahaya bulan, pasti nantiterlalu asyik untuk biarkan dunia lain jadi mati.
Untuk ada salahsilap itu, siapalah kita untuk menidakkannya.
Andai sepangku pemohonanmaaf tak cukup, apalah daya lagi jadinya.

6 comments:

Mutiara Bernilai said...

serasanya, kita selalu lupa bahawa kita ini manusiawi yang sempurnanya kita kerana kitidaksempurnanya diri kita..

Anonymous said...

takat mampu daya kita bgantung pada percaya yg masih dalam genggaman. namun andai digenggam bara hgga jadi abu, berterbanganlah percaya itu dari celah jemari. -TT-

AJ Nismihan said...

Mutiara Bernilai
ah.
yang lebih menyedihkan; kita selalu lupa yang kita mampu saja mati bila-bila; dan ada yang 'percaya' mereka 'tidak' akan pernah mati.
oh.

TT
dan pada percaya yang sudah hilang itu baru kita nampak bekas luka yang merah menghitam di telapak tangan; dan jadi parut luka selama-lamanya (selagi mana kita terlalu memikirkannya)

Bidadari Syurga said...

hai....

miss nina said...

yang sempurna itu bukan pada hamba
hanya pada Dia
yang kurang itu
sudah pasti ada pada kita
kerana kita hamba

AJ said...

Bidadari Syurga
Assalamualaikum kamu
*senyum*

miss nina
tapi, kita yang selalu berlagak sempurna; dan itu menyedihkan kan?