Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 3 November 2011

Cuba Duga Hidup

Peperiksaan.
Kita boleh bersedia sehabis baik, meramal sedaya mampu, tapi tetap yang akan keluar di peperiksaan nanti bukan kita yang tentukan susah payahnya nanti.
Begitu juga hidup.
Kita boleh bersedia sehabis mampu, tapi hujungnya Allah yang tentukan susah payah hidup.
Dan kita kena hidupkan apa yang kita perlu, sebelum nanti-nanti baru kita boleh hidupkan apa yang kita suka.

4 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

dugaan hidup.
tidak ada sesiapa yang boleh meramalkan hidup.dan kita cuma mampu membuat persediaan sehabis baik untung menghadapi dugaan yang bakal mendatang.

susah atau payah itu jugalah yang kita perlu hadap selagi masih menumpang di bumi ALLAH.

kamu sudah kembalikah AJ?
lama menghilang...

AJ Nismihan said...

PTB
Aku ada, dalam hilang.
Dan menulis kembali bukan untuk dikenali, sebaliknya untuk biarkan yang bersarang dalam perang fikir aku terkeluar secara ilmiahnya.
dan aku harap begitu.
kerana ini sendiri satu dugaan hidup.
seperti kamu.
yang diduga dan duga-duga lagi.
hidup ini harus begitu kan?
kalau tidak, kita akan jadi tak lebih dari yang melupakan si Pencipta yang satu; masya'Allah.
Kamu harus baik-baik ya sahabat ku.

miss nina said...

salam AJ
kamu kembali lagi. hilang tanpa pesan, datang tanpa diduga. benar-banar buat saya menanti bait dari pena di alam maya ini.
hilang kamu, tiada pengganti-itu pasti.

AJ, baik-baik sahaja ya sahabat!
(terima kasih kerana sudi ke teratak maya MN ya)

AJ Nismihan said...

miss nina
aku marhaen biasa nina.
dan tak lebih dari yang lain. sama saja seperti kamu.
cumanya, mungkin tua aku datang dengan secubit ilmu yang bisa aku susun dengan bait-bait ilalang agar ia nampak hidup dari kehidupan yang mati.
ah.
itu saja barangkali.
*senyum*