Sepetang tadi, aku melangkah senyum kepada FZ150 milik adik ipar yang usianya belum pun genap suku tahun. Sesekali, membiar adrenalin ini diusik uji ke’muda’annya, apalah salah. Mahu saja aku biarkan wajah ini dihempas deru petang yang redup ini sepuasnya.
Cumanya, bukan seorang. Si isteri pun ada sama. Mahu rasa seperti sang muda berkepit sayang ke sini sana. Dan bukan juga berdua; sufia yang sulung mahu jadi teman. Mahu jadi pengingat pada ‘babah’ dan ‘mama’ yang muda itu cerita lama.
*senyum*
Dan sungguh, membelah petang dengan deras angin sebebas ini memang mencampakkan aku kepada tahun-tahun dulu. Pada kemuncak muda-muda usia yang gagal kenal penat bersiang malam dengan gelak dan impian di jalanan; walaupun hakikatnya ada si Dia dan Sufia bersama.
Benarlah.
Usia ber-angka itu apalah sangat kalau kita bisa terus muda selagi mana kita mahu percaya.
Kalau tidak, masakan abang-abang yang baru ‘bermula hidup’ masih ‘muda’ dengan teman hidup ‘ter’baru.
Masih segalak riang, seusik mesra bilamana bertemu rakan sedarjah dulu-dulu.
*senyum*
Andai sajalah.
Aku mampu percaya, daya aku ini semuda mampu bila bersusun rukun dan tertib amal untuk-Nya.
Dan percaya, aku ini terlalu tua untuk tidak bersedia menuju detik dipanggil-Dia.
Ameen
Notakaki.
Ramai percaya, hidup kena ada pelan B andai yang A itu gagal. Tapi, tak ramai yang terus percaya, kita ada 24 alphabet lain untuk terus berancangan bila kedua yang mula itu kandas. Barangkali.
7 comments:
Asalamualaikum AJuhanif
semoga kamu (dan keluarga) sehat2 selalu hendaknya.
dan semoga kita sentiasa 'muda' untuk terus perbaharui amal dan ibadah kepada Allah
dengar katanya orang muda ni kreatif2
p/s: terlalu setuju dengan kamu bab merancang tak pernah berhenti setakat pelan B dan C
Allah tangguhkan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang jauh lebih baik
yusuf mujahidin
semoga pada kamu, keluarga, dan sekalian di sisi kamu;
barakah Allah yang berpanjangan dan sinar Islami yang terang dalam terang-terang dunia.
Ameen.
Ya Rabbal Alamin
*angguk*
semoga aku jumpa muda, sebelum aku dimudakan semula dengan 'kelahiran' semula.
*kusut*
yusuf mujahidin
aku jarang ada plan A, apatah lagi plan B.
yang aku selalu adakan adalah pelan-pelan jalan.
dan itu terlalu menyedihkan bila pelan aku itu menjadi terhenti bila aku terlalu asyik dengan pandang aroma sekalian manusia.
ah.
manusia pun masih akhirnya mati untuk di panggil semula kan.
*senyum*
bercakap tentang plan B...baru minggu lepas aq kalut menyusun plan B seolah itu peluang terakhir hingga terlupa masih ada 24 abjad lainnnya.
terima kasih Ajuhanif
Anum
being a perfectionist, we tend to think that plan A is the only alternate for plan A itself. But, anum being anum, 'she' are fast learner and she always found better way; even if it is not the best way.
sama-sama anum.
*senyum*
"usia ber-angka itu apalah sangat kalau kita bisa terus muda selagi mana kita mahu percaya.
Kalau tidak, masakan abang-abang yang baru ‘bermula hidup’ masih ‘muda’ dengan teman hidup ‘ter’baru.
Masih segalak riang, seusik mesra bilamana bertemu rakan sedarjah dulu-dulu."
sungguh. membuat gadis seperti maCy menelan air liur. takut rasanya. lelaki sentiasa muda dan wanita bergerak selari usia..
ah sedang maCy juga masih muda sebenarnya :)
maCy
aku menulis bukan untuk lelaki.
bukan untuk wanita.
tapi untuk didengar.
*senyum*
dan yang mendengar itu keduanya kan?
maka.
muda kamu, tetap kekal muda selagi mana kamu mahu percaya.
dan kita sama saja.
marhaen Dia, kan?
*senyum*
Post a Comment