Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 20 October 2011

^ Botani


Menanam pokok perlu ada ilmu botaninya. Kalaupun tak sedikit, banyak tahunya sudah cukup. Biar yang disemai tumbuh tunasnya, yang dibaja buah bunga hasilnya. Mencuba tanpa ilmu boleh, tapi nanti, kita mudah teralih, meletakkan sesuatu bukan pada tuju. Dengan ilmu juga kita tahu, tak semua cobaan harus berjaya seratusan; pasti ada gagal, buruk, busuk, berkulat dan tumbangnya.

Begitu juga hidup, perlu kenal ‘tanah’nya sebelum menyemai, perlu sedia di’coba’ bila sampai. dan semua itu hanya mimpi, melain kamu ada ilmu dihati.

Begitu juga berkasih, bukan harus ‘membaja’ tanpa kira cuaca, bukan disiram ‘pohon’ sesuka jiwa, ada takat dan sukat, ada peraturan boleh tidak dan bukan main ‘lantak’.

Ada jelas hukum, cuma ikut lah suka kita; sekadar mengambil tahu atau membiar ia berlalu, atau tidak-tidakpun mengunyah satu-satu (biar jadi tulang-belulang menongkat jiwa yang lemah mengulang jalan menunggu masa; dipanggil).

8 comments:

ghost writer said...

setiap tindak ada fikiran yang mendahului.sekalipun menemui kegagalan dalam tindakan yang pertama ia sudah dianggap berbaloi kerna kita memikirkannya terlebih dahulu.kesan tindakan bukan dilihat dari apa yang dibuat sekarang tapi kesannya pada masa akan datang.

AJ Hanif said...

ghost writer
itu bagi yang berfikir. tiap satu bagi mereka adalah ilmu.
tapi; bagi yang memandang dengan telahan kosong tanpa berpaut pada dinding-dinding ilmu yang nyata, harus nanti mereka bisa terjatuh dalam tanggapan dan biar hari ini dan esok rosak seperti buah-buah itu juga.
tapi, seperti kata kamu; andai ada fikir (dan ada ilmu pada fikir mereka), insya'Allah mereka bisa jumpa yang berbaloi di hujung jalan.
Terima kasih.
*senyum*

norfaridahanum said...

jadi apa hukummya kalau ikut pemerhatian dan tafsiran kamu?

yusuf mujahidin ™ said...

Asalamualaikum.

Masa terbaik untuk menanam pokok ialah 20 tahun lepas. Dan masa kedua baik ialah hari ini.

setiap yang kita lakukan perlu ada ilmu bukan bertaklid buta apatah lagi beramal tanpa ilmu (yang betul)

dan ilmu bukan datang hanya dari pembacaan. ianya datang dari pemerhatian, pengalaman dan perbincangan.

dan kadang bercakap tanpa ilmu pun susah juga. mcm aku..

oh, semoga kamu dan keluarga baik2 saja AJuhanif

:)

Seroja Jingga said...

syukur aku temu kau disini sahabat ;))

aima said...

tangan yang menanam perlu la tangan yang menjadi

maCy said...

macy da komen ni dlu. mana2 T__T

basic nya, perlu ada ilmu. perlu tahu aturan acuan.

AJ Hanif said...

norfaridahanum
sefahaman aku; sayang diri kamu dahulu, sebelum kamu lebarkan sayang pada yang lain.
kenal diri kamu dalam dalam dulu, sebelum kamu boleh benar dalam diri yang lain.
barangkali.
*senyum*


yusuf mujahidin
terima kasih untuk pesankan aku untuk hari ini.
berilmu itu buat kita buka mata, dan membuta tuli hanya menggelapkan jalan yang sedia terbentang.
dan aku setuju untuk sumber ilmu cadangan mu.
kamu bukan tidak berilmu sahabat; cuma masih banyak kita untuk carikan di luar sana.
kenapa?
kerana tiada siapa yang bisa habis belajar selamanya kan?
*senyum*

Seroja Jingga
dan lebih syukur andai kamu itu baik-baik di bawah lindung rahmah-Nya kan sahabat.
*senyum*

aima
dan si pemilik itu harus ada ilmunya, kerana kalau pun jadi tanaman kamu tanpa ilmu, ia bisa jadi racun; barangkali.

maCy
dulu?
aku kirakan ia mirip pada entri atau bacaan di lain-lain yang kentang dalamnya masih sama, biarpun bertukar baju sarungnya kan?
*senyum*
terima kasih berkunjung-kunjung ya maCy