Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 19 October 2011

^ Simpang


Pada tiap perjalanan, bertembung kita dengan simpang-simpang. Selintas fikirpun, pasti minda harus membuang pandang kanan dan kiri, sebelum menelah mahu terus atau biar yang lain lurus dahulu. Biarlah berlampu isyarat atau tidak, pasti keputusan perlu dicari sebelum sempat terus berlari.

Seperti hidup, satu perjalanan. Tak lari dari bertembung temu dengan simpang-simpang yang pelbagai. Samada jelas mohon kita pilih jalan-sedia-atau-berhenti, mahupun yang samar-samar wujud di ceruk pelusuk hati, fikir perlu dibiar gerak, dan rasional perlu mumuktamatkannya kelak.

Cuma, kadang-kadang kita berhenti terlalu lama di simpang itu, dan biar rasa sakit perit dijamah jiwa nan sedu, sedangkan kita tahu keputusannya hanya berhenti seketika atau terus jalan; dan hakikat hidup harus dibiar melangkah juga-juga kan?

7 comments:

ghost writer said...

apalagi yang sepatutnya kita lakukan selain dari meneruskan kehidupan kita.untuk berhenti lama di simpang akan membuatkan kita bertambah keliru.

yusuf said...

Asalamualaikum AJuhanif

dalam perjalanan jauh ni kita akan selalu bertemu dan melalui simpang2 kehidupan. adakalanya keputusan yang diambil begitu mudah dan adakalanya kita menunggu lama untuk bergerak ke (atau memilih) haluan mana yang ingin hati ini pergi dan kaki yang melangkah.

dalam mengharapkan hidup ini lurus dan tanpa perlu berhenti sebenarnya satu analogi yang silap kerana falsafah hidup memang begitu.

bila melangkah dan bertemu dengan simpang yang sebolehnya kita mahu cepat2 bergerak, perlu diingatkan yang sesekali pandang ke belakang dan renungi detik2 yang telah dilalui. yang pahit dikenang manis akhirnya.

bergerak lah jangan berhenti. sesekali menoleh ke belakang dan senyum. perjalanan ini masih jauh


:)

yusuf said...

Oh aku ingin tambah


bila mana melalui simpang 4 atau tiga, kita perlu tahu yang hanya satu jalan yang benar. namun andai tersasar dari jalan yang sepatutnya bukan bermakna ianya pengakhiran segalanya. belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan dan kembali memilih.

hidup ini kita diberikan pilihan. pengakhiran yang baik atau buruk bergantung kepada percaturan yang dibuat dan perjalanan yang diambil.

jatuh bangun, kesilapan - pengalaman merupakan guru terbaik.

semoga destini jannah menjadi perjalanan abadi.

Ameen.

:)

maCy said...

*mentertawakan diri sendiri*

dan kali ini seakan tak ada daya utk berkata apa. membaca tulisan kali ini rasanya seperti menampar diri sendiri. pipi sakit tangan juga terasa perit.

benar sekali. dalam berjalan, adatlah bila melalui saat2 perih jerih. tapi haruslah sekadar berhenti sekejap jika mahu menangis pun tanpa terlalu lama memandang semula daerah lukanya.

ah, andai semuanya semudah bicara. diri ini yg lemah, masih.

AJ Hanif said...

ghost writer

dan dalam tahu itu sendiri masih banyak yang berhenti lama, dan lupa untuk bermula semula.
sama seperti mereka bising bila ada kereta yang bergerak pelahan semata mahu melihat kemalangan, dan bila sampai waktu mereka, mereka mengulang kesalahan yang mereka tahu terang-terang.



yusuf dan yusuf juga

Alaikumsalam Yusuf
pada setiap simpang itu sebenarnya kita memilih lebih dari sekadar keputusan; memilih menjadi si hamba yang abid, atau sekadar satu lagi kegagalan kehidupan.
cepat bukan bererti sampai dulu, dan berhenti terus juga tak menghentikan perjalanan itu sendiri.
dan benar kata kamu; "sesekali menoleh ke belakang dan senyum. perjalanan ini masih jauh"

*senyum*

bergurulah sebaik manapun; yang penting kita lebih dari sekadar ambil tahu; dan sedar 'Abdullah' tetap kekal 'Abdullah', dan Dia tetap The Only Allah.

mood: MinhajulAbidin (Jalan-jalan orang yang beriman/Jalan orang yang patuh agama) by Iman Al-Ghazali



maCy

biar yang sakit itu sekarang, sebelum 'hari itu' datang.
hidup ini mudah, hanya jika kita percaya; kerana Allah itu ada, dan Dia yang mengadakan.
*senyum*
Nanti kamu sampaikan yang baik-baik untuk didikan kamu ya GTmaCy

norfaridahanum said...

tapi masa kita berhenti di simpang, we never realize we waited for toolong...

bila dah jalan semula dan jumpa jalan yang benar,hati terdetik, why did i wait for too long?

macam mana?

berapa banyak simpang, berapa lama tunggu, berapa benar pilihan..mungkin sudah ditakdir Tuhan,kot?

AJ Hanif said...

norfaridahanum
dan biarlah ketidaksedaran itu pada yang lepas. untuk penantian esok, jangan dilekakan sangat pada memandang lampu yang tak berkelip, kalau tidak, kita bisa menjadi yang rugi; tidak belajar dari sejarah yang terlipat simpan.
apapun, silap itu perlu untuk lebih tahu, kadangnya kan?
berapa banyak itu, urusan Dia, dan kita hanya pemandu yang menurut arahan kan?

dan jadilah pemandu yang bijak memandu, dan bukan sicelik yang buta pada terang jalan kan?

*senyum*