Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 10 October 2011

^ Dengar


Di meja kerja. Sibuk itu ini. Telefon tiba-tiba berbunyi.

Angkat ganggang, dan biar ganggang itu lemas diapit bahu dan tulang dagu; asalkan deria dengar menangkap apa yang terlontar dari ganggangan itu sudah cukup.

Berbicara. Ada nada serius, dan sesekali gelak kecil. Gelak korporat. Waktu itu, jemari masih berlari di papan keyboard; menaik sepatah dua, kemudian ‘backspace’ dan ulang-ulang sama. Atau waktu itu, menulis dengan pena; tapi lebih lihat seperti menconteng. Ada dizahirkan, tapi tak ada batin maknanya.

Dan perbualan tamat.

Ganggang diletak semula. Minda fikir kembali semula; dan baru sedar, tadi yang dibuat-buat tak ada hasil. Taipan/tulisan tadi tak lebih dari sampah yang merugikan.

Dan semuanya harus mula semula.

Ah. Barangkali itulah jadi bila hati menari tak sama dengan jasad yang menyusun gerak. Mahu saja jatuh tersungkur terseliuh rasa. Barangkali juga, kalau kita bertakbiratul ihram, dan biar saja fikir kita berkeliaran tanpa jaga dalam solat. Yang akhirnya nanti hanya ada gerak-gerak yang kita ‘sedar-sedar saja dah habis’.

Barangkali la.

8 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Asalamualaikum Ajuhanif

kepala menerawang mengingat dunia.
tak mahu ditinggalkan walau seketika. hasilnya sujud sembah itu jadi sia-sia

* untuk aku khususnya

semoga kamu dan keluarga sehat2 sahabat.

:)

maCy said...

*senyum*

hati yg sedang tidak sehaluan dgn jasad..

maCy said...

ajuhanif?

AJ?

ok. mungkin sekadar mainan minda.

maaf.

ghost writer said...

aku pernah alami macam tuh.siyes,aku rasa macam nak ulang semula.tapi macam patut kena ulang semula.

AJ Hanif said...

Yusuf
Waalaikum-salam Yusuf
bila minda pada yang ada,
hati pada yang bakal mati,
hujungnya hanya sesal tak berpunya.
ini ingatan untuk aku sama.
malah, aku sendiri jauh dari fokus yang kekal.
aku ini manusia yang biasa.
dan aku mahu kebiasaan itu bukan apa, insya'Allah

maCy
dan panggillah pulang pada yang telah hilang.
jasad tak pernah tinggalkan hati, tapi kadangnya jiwa yang menyendiri dan pinda dijauhi; buatkan kita sepi dalam riuh.

maCy
kalaupun aku bukan sahabat lama mu AJ, aku masih bisa jadi sahabat barumu ajuhanif kan?
barangkali aku yang terlalu mirip ya?

ghostwriter
aku alaminya lebih kerap dari yang tidak. dan aku tahu itu kejahilan yang aku harus lawan.
dan itu bukan alasan untuk kita terus tertewas kan sahabatku?

Qaseh dalia adelia said...

betul , bila hati dan jasad berbeza melodi ..hilang fokus

maCy said...

jiwa ini dipanggil pulang.

benar seperti dikata di komen entri tempoh hari,
"dan kamu terlalu bijak untuk diperbodohkan emosi yang tepinya terlalu jauh untuk kita tumpang berpaut."

~maCy kembali.. tapi masih dibelenggu emosi..




p/s :
masih AJ.

*senyum*

AJ Hanif said...

Qaseh dalia adelia
biarlah yang hilang itu sekejap, dan kita lantas sedar supaya tak terus terbabas dan remuk berkecai tak tersambung nanti.
*senyum*

maCy
biarlah pulang jiwa itu bebas dari selimut emosi.
selagi kita dijajah di 'laman' sendiri, selagi itu berair mata saja teman bermain.
hidup bukan untuk melupakan apa yang terjadi, tapi melepaskan pedih perit dan redahkan jalan baru agar langkah kita tak lenguh berdiri merintih pada jalan lama yang berhadang hadang tak terangkat dek kemanusian kita.
bisa begitu maCy?
dan nanti, biar ini yang kamu didikkan pada yang lain; insya'Allah.
*senyum*