Jurutrengkas
- AJ
- Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.
Thursday, 13 October 2011
^ Uji
Pada kita yang sentiasa berjaya dan hidup penuh dengan bintang-bintang menuju ke puncak kerjaya, pastinya kejayaan yang kecil-kecil ibarat bilis yang boleh dikuak-kuak air biar ketepi. Ya lah, apa sangat hal yang kecil-kecil itu sedangkan hal besar pun bisa kita susun-susun ikut aturan hati kita.
Hidup jadi begitu mudah dan terus-terusan dipermudahkan.
Dan sekali, datang bencana. Ada peristiwa yang bawa kita terjelepuk jatuh ke bumi.
Pasti pedih dan perit. Masakan tubuh yang sentiasa berselimut dengan penyaman udara ini mampu menempuh terik mentari yang menjilat seluruh yang boleh.
Dan waktu itu; “Ya Allah, kenapa lah aku ini diuji oleh Mu. Kenapa aku? Kenapa aku ya Allah, Kenapa AKU!”
Oh.
Sesekali teringin sangat telinga kita dijamah bahasa “Ya Allah, kenapa lah aku ini diberi kekayaan oleh Mu. Kenapa aku? Kenapa aku ya Allah, Kenapa AKU!”
Barangkali (ya, benar-benar barangkali), Tuhan itu hanya ada apabila kita susah. Tuhan itu terlalu sibuk menguruskan orang yang susah, maka tidak perlu kita sibukkan ‘Dia’ mendengar kata syukur kita.
Tuhan lah. Kalau Allah?
*senyum*
Sedang yang sebenarnya senang itu dugaan, dan susah itu nikmat-Nya; hanya jika kita mengerti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Asalamualaikum Ajuhanif
Dalam Surah Ar-Rahman Allah berulang2 berfirman seolah2 mahu membisikkan kita sesuatu.
pasti akan terkesan dengan diulang-ulangnya hingga 31 kali ayat: Fa-biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban (“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”).
setuju dengan kamu
kesenangan itu sebenarnya ujian, susah itu nikmat
dan kita hanya mencari Dia disaat kesusahan.
untuk aku khususnya
terima kasih
Waalaikumsalam ya Yusuf
dan manusia masih memandang apa yang mereka mahu pandang, serta percaya apa yang mereka mahu percayakan; sedangkan yang putih itu jelas putihnya, hitam itu jelas hitamnya.
hanya bagi kita yang mahu mendalami; lebih dari sekadar mengambil tahu dan mengangguk sedikit tanpa gerak fikir.
dan aku masih di langkah satu untuk berfikir.
untuk kita (sebenarnya) khususnya.
untuk kamu juga terima kasih.
Ameen
*senyum*
ya sebab tak mengerti lah,kita lebih sukakan kesenangan.
ghost writer
semoga ketidak mengertian itu ada hujungnya kan.
dan biarlah berbodoh alang dalam puluhan tahun, tapi pulang nanti jadi si bijak yang berputus arang dengan yang salah jalan.
oh.
tidak indah kehidupan tanpa ujian~
*mohon Allah tetapkan iman dlm menempuh hari2 mendatang~
~SaL Ijou~
oh.
aku lebih percaya yang hidup ini tidak indah selagi mana kita gagal mencari dimensi lain selain dari perit bagi setiap ujian.
kerana hidup ini sendiri satu ujian, dan bagaimana kita menempuhnya adalah satu jalan untuk kita senyum; andai kita tahu hikmahnya.
*senyum*
Semoga dari Allah ditetapkan iman bagi kamu, keluarga, sahabat dan taulan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
Insya'Allah.
*senyum*
dan sememangnya mencari Dia saat nafas kelat memang hakikat yg tak mampu dikata tidak. saat segar nikmat di kanan kiri seringkali lupa pemberi nikmat yg hakiki, saat hampir tersungkur barulah mahu menangis di tikar sejadah...
mohon ya Allah, ampuni segala kelalaian hati ini...
maCy
dan andai itu; syukur harus pada perit yang datang mencekik hidup kita. Kerana adanya ia, kita baru terngadah tentang si Pencipta.
dan harus senyum; kerana kita masih mampu menangis untuk yang selayaknya dan bukan semata hal dunia yang esok di padang itu akan kita nangiskan semula.
mohon ya Allah, diampunkan segala kelalaian hati itu bagi yang semalam, hari ini dan esok.
insya'Allah
Post a Comment