Dari sekalian yang kamu dengar dan bacakan, ada yang kamu harus pahat kemas di fikir, dan selebihnya biar dibuang dari simpanan.
Ibarat tebu. Pasti disiat buang keras kulitnya, dan yang dijamah tak lebih dari manis airnya. Dan tidaklah kita ini rugi menyisihkan yang wajar, walaupun dibeli kita tadi adalah sebatang tebu. Cuma, tidaklah kita ini bijak andai dijamah adalah seluruhnya yang ada.
Biarlah berdikit, tapi lengkap seadanya.
9 comments:
dalam banyaknya kata-kata,hanya pointnya yang kita cari.
ghost writer
dan tak semua point yang dicari kita itu sama dengan point yang cuba dilontar oleh sidia.
pandangan kita berbeda, dan pasti penerimaan kita berbeda.
kadangnya, apa yang kita fikir mempengaruhi apa yang kita jumpa. Jadi, tidak salahlah kalau orang tersalah faham kalau dia tak difahamkan benar-benar.
dan itu sendiri lumrah alam.
dijadikan berpuak-puak dan kita lah sendiri yang harus mencari titik temunya.
betul kan?
Aslmualaikum
adakah bro ni saudara AJ Nismihan?
maaf kalau silap.
Yusuf
Alaikum salam.
=)
Andaipun aku bukan sahabat lama yang kamu carikan, kita masih bisa menjadi sahabat yang baru kan?
Insya'Allah.
Tentu sekali bro :)
inshaAllah.
tulisan bro banyak mengingatkan pada Abang AJ Nismihan. terlalu rindu pada dia.
apapun, salam persahabatan juga buat bro Ajuhanif.
kita peng yu~
:)
baru terbaca mesej di formspring tadi.
Bro, ya Allah bergenang airmata bila dapat tahu. rasa syukur sangat2 dipertemukan dengan sahabat yang dicari2.
sahabat, terima kasih banyak sudi ziarah maya.
moga ALLAH rahmati. Ameen ya Rabbal Alamin
:)
Yusuf
Salam persahabatan sahabatku.
Ya, kita peng-Yu.
dan peng-Yu tak kenal lama baru kan?
=)
YM
Biarpun aku diam, tak bereti aku hilang. Dan tak bereti aku tidak kunjung datang.
Kan jujur persahabatan itu insya'Allah akan dipanjangkan hayatnya oleh Allah.
=)
Kalau dijodohkan Allah, aku mahu sendiri merasa panas dalam gengam tangan mu sahabat.
Bila?
Maha Esa Allah yang tentukan; dan hati ini yang niatkan.
Insya'Allah.
Untuk kamu, semoga dirahmati Allah berpanjangan.
Ameen.
=)
Ameen.
inshaAllah. moga persahabatan maya ini dizahirkan. sama2 kita niat dan usahakan.
banyak yang ingin dibualkan sepanjang kehilangan dan kepulangan.
masih ingat lagi bro pernah bagitahu sebelum ini yang jangan diucap selamat tinggal tapi jumpa lagi
dan yang Maha Berkuasa itu tetap dan hanya Allah
:)
YM
*senyum*
dan untuk itu, Allah izinkan kita berjumpa lagi.
Alhamdulillah.
Untuk setiap yang berbaki dalam fikiran mu sahabat, lontarkan saja. Mana tahu ada satu dua yang boleh aku balas dengan ilmu yang tertinggal. Selebihnya, boleh saja kita buka meja rundingan untuk perbincangan yang panjang kan.
aku bermula semula.
seperti mana kamu bermula semula dengan hidup kamu dan kerja baru kamu.
dan untuk kedua-dua kita,semoga Allah limpahkan rahmatnya yang tak terhingga; dan semoga kita tidak gagal bersyukur atasnya itu.
kan?
Ameen
Post a Comment