Jurutrengkas
- AJ
- Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.
Monday, 17 October 2011
^ Latih
Di gelanggang latihan, biarlah dipadankan dengan pelatih terhebat. Biar teruji mampu daya dan nanti. Biar dikerah keringat terdaya, menyambut sana-sini letaknya bulutangkis dia. Kalah biar teguh berlawan. Berpeluh biar tentu berbaloi; kerana tahu untungnya bukan hari ini, tapi esok lusa yang tak terjangka.
Tidaklah mahu berlatih hanya dengan ‘lawan’ yang hanya meletak tangkis mudah pada jangkauan dan tak ubah seperti permainan di laman rumah semata. Tingkah yang menunjuk kita hebat, sedangkan ia tak lebih dari membantut apa yang perlu.
Tapi.
Pada dunia nyata; kita lebih selesa berkawan dengan ‘sparring partner’ seperti di laman rumah, dan bukan yang benar-benar biar tahu lemah kita di mana; dan berganding tampung yang mana capek, tutup yang mana sopek.
Sedangkan kita tahu yang dunia ini bukan bagaimana yang kita suka aturkan; tapi bagaimana kita bersedia untuk diaturkan.
Barangkali-lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
~ bukan bagaimana yang kita suka aturkan; tapi bagaimana kita bersedia untuk diaturkan.~
aku serasanya ingin mengatakan bahwa kita tidak pernah merancang dalam hidup kita bila kita cuma membiarkan hidup kita mengikut tempo hari yang kita lalui.
tapi sayangnya,aku rasa tidak.
ghost writer
tidak tahu dari sisi mana harus aku pandang komen kamu; ia kelihatan seperti hologram yang mengata ia dan tidak pada satu-satu simbah cahaya yang terbias.
Apapun, aku percaya yang kita boleh rancangkan sehabis baik adalah bersedia dengan perancangan Allah. Ya, ia lebih dikenali sebagai Plan B; tapi banyak mana sangat Plan A yang berjalan tanpa perlu kita ke Plan B?.
*senyum*
bersedia dengan perancangan Allah itu adalah perancangan kita; barangkali.
Asalamualaikum Ajuhanif
kemenangan bukan bererti kejayaan. kegagalan bukan bererti tewas.
namun itulah namanya insan. suka mendengar apa yang mereka mahu percaya dan mengatur apa yang dimahukan
adakalanya perlu cuba berlawan dengan yang lebih gagah, kalah berkali-kali menang sekali di pengakhirannya seribu erti.
tapi kan aj, tulisan kali ini sedikit mengingatkan macy,
sering kita melihat pada yg lebih besar buat jadi penyebab hati gusar konon diri terlalu rendah, langsung tak mahu berpaling pada yg lagi payah. namun kita lupa besar itu sebenarnya yg menjadi pemangkin utk terus bangun walau berkali rebah.
Yusuf
salam sahabatku
dan pada insan yang sempurnanya dia adalah bila dia tidak sempurna; pecayalah, yang diukur bukan apa yang kita mahu percaya aturkan, tapi setakat mana kita mematuh jalan yang terbentang.
maCy
ukur hati pada yang memberi, ukur jiwa pada yang membawa.
kita bukan sebesar-besar dunia untuk bertanding dan menangis; bukan juga sekecil-kecil kejadian untuk selesa dengan apa yang ada.
kita hanya manusia yang berbeda-beda; dan Allah menduga hanya pada yang mampu. Terimalah sebagai syukur, dan melangkahlah dengan izin dia.
dan aku percaya yang kamu tahu; kemenangan bukan bererti kejayaan; dan gagal bukan bereti tewas.
oh.
Yusuf pun berkata demikian ya maCy.
*senyum*
kalau nak tahu apa lemah kita, hantarlah perisik menyelongkar fail sulit musuh kita... (kalau pergi sendiri,mati!haha)
norfaridahanum
atau tidak pun, kamu bisa ada teman yang benar rapat dan telus untuk biar bahasa jujurnya tembus dengan tembok berhati-hati itu pun boleh.
mana tahu.
Post a Comment