"Dia?"
"Ya, dia. Dia yang ditakdirkan untuk aku.
Jadi bagaimana?"*senyum*
"Aku sendiri tidak pernah tahu yang mana itu pinjaman untuk aku peluk kasih di dunia ini, inikan hal kamu."
"Jadi kita semua buta. Memilih nanti sendiri dalam buta dan tanpa tunjuk nyata."
"Memilih kan ada caranya?"
"Dan aku nanti tertipu dengan pandang mata kasar ini? Hanya bertutup kemas auratnya tak pasti dia itu menghampiri sempurna."
Ya aku tahu itu.
"Dan yang hanyut hanya kerana kata sayang itu sendiri marhaen yang dulunya berbasah-basah kalimah Allah di bibir mereka. Jadi bagaimana ini."
"Baliklah pada yang asal."
"Berdoa pada dia. Agar andai dia itu untuk kamu, semarakkan kasih dengan penuh gemalai sayang."
"Dan jika tidak, biarlah dilerai yang mendekatkan kalian dengan selembut-lembut sentuhan, agar luka jiwa itu tidak sedalam mana."
"Selebihnya, usaha dengan petunjuk-Nya."
"Ah, susah saja."
"Dan susah itu sendiri hidup, bukan? Andai seremeh ini pun kamu biar jadi benih-benih runsing, kenapa tidak berkata tidak saja ketika Maha Esa mahu berikan dunia pada kamu dulu?"
Dan semua menjadi sunyi. Dua-dua, senyap. Sunyi.
17 comments:
u speak my mind AJ! realy!
:)
kau lambat post entri ni. aku baru lepas rasa
AJ =(
aq harap dulu aq marhaen itu.dan aq tahu dulu dia marhaen itu.dan aq juga tahu aq makin hanyut.dan x mahu lagi terus hanyut.tapi suara hati ini tidak dimengerti...fikirnya,kami menongkah arus, melenyapkan kebiasaaan..mahu dibuat apa lagi?bagaimana harus dibukti?sedang yang ada pada kami cuma yakin pasti adanya bantuan Ilahi di kemudian hari atas niat suci hari ini.
aq senantiasa ingat pesan kamu agar jangan berkeras hati bila berbincang tentang soal hati dan perasaan...tapi ah,aq mahu duduk sendiri saja ketika ini.sudah muak dgn kata "lebih dahulu makan garam" itu...boleh?
Aku berada di dalam situasi ini sekarang AJ. 7 tahun aku sendiri. aku berdoa supaya di pertemukan jodoh yang sekufu dan beriman yang boleh membimbing kami ke syurganya. Tiba-tiba dia hadir dan aku sambut dengan hati yang bahagia.
Tapi adakalanya ada gusar dan gundah bermain di hati. Benarkah dia tercipta untukku?
Tp.. aku bisikkan pada hati aku sendiri. Inilah yang Allah telah aturkan buat aku sehingga saat ini. Maka aku ingin redha dan menerima segalanya. Aku tak ingin mencari yang sempurna, kerana sempurna itu hanya bila dia bersama aku. Aku mahupun dia pasti ada kelebihan dan kekurangan.
Jika suatu hari kau mengeluh tentang pasanganmu, ingatlah ketika kau tidak mempunyai sesiapa di sisi
"Baliklah pada yang asal."
"Berdoa pada dia. Agar andai dia itu untuk kamu, semarakkan kasih dengan penuh gemalai sayang."
"Dan jika tidak, biarlah dilerai yang mendekatkan kalian dengan selembut-lembut sentuhan, agar luka jiwa itu tidak sedalam mana."
"Selebihnya, usaha dengan petunjuk-Nya."
=)
jika benar dia, mahu saja satu hari nanti dia itu kisah cuba-jaya hingga ke akhir hayat.
namun, jika dia itu kisahnya diakhiri cuba-gagal, harus bangun dan berusaha supaya kesudahan yang baik-baik menanti kan?
kerja Allah siapa yang tahu.
haruskah aku tahu, itu dia?
kalau benar dia,
kurniakan kebahagiaan Ya Rabbi.
dengan kehendakMu,
tunjukkan jalan,
izinkan bahagia itu.
persoalan kita sama,
"haruskah aku tahu, itu dia?"
-i'm praying for the best now,
wishing that 2011 will be better than before.
salam dri kejauhan AJ.
ruang itu masih ada untuk aku?
SALAM AJ !!
HAPPY NEW YEAR AJ AND FAMILY = )
HAPPY NU YEAR SUFIAAA COMELLL = )
SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU DENGAN AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU...
AJ, SEMOGA SEHAT2 SELALU.
SUFIA APE KABAR? MAMA SUFIA OK ?
RINDU KAT KO LA AJ. TAU TAU TAU.HUHU...KEMBALI MEMPOLO KO DGN GIGIH LEPAS NI =)
Perlukah aku tahu itu 'dia'? Soalnya, bagaimana? Ya, dengan membasahkan lidah dengan kalimahNYA, memohon agar dipermudahkan dan diberi keberkatan atas semua yang dilakukan.
Walau aku dah melafaz kata itu (confess la kunun2. :p), aku tahu itu bukan dia. Maka, aku perlu tingkatkan usaha. Untuk mendapatkan 'dia' yang telah ditakdirkan untuk aku.
Dan untuk entry ini, kamu buat aku semakin kuat.. ^___^
err..nape aku rase mcm aku sorg je yg tak paham ape2 kat sini?..kene banyak membaca la aku ni..hai bro..sihat?
aq kembali lagi entah untuk keberapa kali.mengharap kalau2 ada balasan kata nasihat dr ko AJ... ah,buntu!
sibesarAin
*senyum*
seroJa
and wish you happy with the light at the end of your tunnel sis.
*smile*
cenderaJiwa
dan menjawab kamu juga, kali ini aku lewat kan.
moga yang kamu rasakan hari ini lebih baik, Ameen.
anum
lukisan yang hanya ada satu warna bisa undang bosan dan akhirnya dilepaskan tanpa sedar hati.
Maka,sesekali biarlah bercorak dan berombaklah lukisan hidup ini dengan tongkah arus yang bagai-bagai.
Mana mampu ada saja yang kita dapat itu tanpa perit yang panjang. Dah Allah susunkan, ada satu dua yang perlu kita tempoh, supaya yang hasilnya nanti esok lusa adalah terbaik untuk kita.
dan takkan salah bagi mereka yang lebih garam itu berpandangan dengan cara mereka kan anum?
cuma, selembut bahasa, sehalus bicara susun patah-patah sopan kamu untuk menyusun pandang kamu.
takkan di tolak kalau ada benar di balik bahasa.
Along pun bisa bantu seboleh yang mampu; asalkan kamu dapat yakinkan Along yang anum dah benar bersedia dengan hujah dan yakin anum; dan ini bukan bicara nafsu dan jiwa yang meronta-ronta mahu menjadi remaja semata-mata. Ini cerita sampai bila-bila, dan anyam percaya serta yakin pada mereka yang bergaram dahulu itu, sebelum kamu mampu terima 'Ya' dengan kuntum senyum yang benar-benar manis.
dan waktu itu, tak kan pernah wujud lagi momen yang manis dari yang tergambar kan Anum?
selebihnya?
Maha Suci Allah saja yang lebih arif.
Mana tahu, sengaja Allah kusutkan kamu dengan hal seperti ini, supaya lebih kerap dan panjang sujud kamu pada-Nya.
dan lebih bermakna setiap hembus nafas nadi kamu untuk esok-esok.
boleh begitu adikku anum?
kalau aku menjadi Along pun, aku buatkan hal yang sama.
dan andai aku si makan garam dulu pun, pasti aku berbicara dengan buah-buah kata yang sama memualkan kamu kan Anum?
alHena
Benarkah dia tercipta untukmu?
Hanya Maha Suci Allah yang tahu Hena. Kita, sebagai hambanya, harus berusaha sedaya mampu untuk pegang apa yang kita ada, dan harap ini yang terbaik dari segala kebaikan.
Dan aku benar syukur yang kamu tahu hargai kesunyian dulu, dan nikmati aman berpasang sebaiknya sekarang. Moga yang kamu usahakan itu Allah kaitkan dengan aman dan sinar syurgawi-Nya nanti kan Hena.
Ameen.
dan aku suka ulang-ulang pesang akhir kamu.
"Jika suatu hari kau mengeluh tentang pasanganmu, ingatlah ketika kau tidak mempunyai sesiapa di sisi "
Sungguh berkesan Hena.
Sungguh.
*Senyum*
ch!natsu
dan kamu turun satu-satu komentar yang lain, mereka berbicara lebih baik dari aku, dan akus sendiri belajar banyak dari mereka, tahu.
*senyum*
miss nina
kita hanya mampu berusaha dan harapkan itu adalah yang terbaik.
dan seandainya pun bukan; {seperti kata kamu} kita tetap terus mahu hidup dan cuba-gagal lagi kan nina.
ah, terima kasih pesan kamu itu ya nina.
aku suka.
sz
salam untuk kebahagian dan kegembiraan dalam beragama kamu ya Mon.
Semoga yang baik itu bersusun datang pada kamu, dan nikmatinyalah dengan penuh kesopanan kemanusiaan.
Semoga, ada yang bercahaya penuh indah untuk kamu.
dan 'dia' juga untuk kamu; bila tiba waktunya.
*senyum*
Panah Beracun
pasti ada.
semuanya tetap seadil dan seindah dulu.
cuma, pandanglah dengan sisi jalur yang baru, kerana kanta hidup yang lepas pasti penuh sangat calarnya, sampai pelangi itu takkan pernah jelas pada kamu adanya 7 jalur.
percayalah.
siNeon
Salam tahun baru cikgu Neon.
Sufia pun dah nak masuk setahun.
Aku baru kebah dari demam. Sufia pun begitu. Mama je tak kebah lagi. Ada lagi saki baki duga yang Allah beri pada dia; dan kami. Aku dah sufia masih bersisa dengan batuk kering. Ah, ini bukan apa-apa banding kalian yang lain kan?
*senyum*
Aku ada saja menulis.
Aku pun ada saja ke laman kamu. Cuma, aku lebih kepada pemerhati sunyi yang tak pernah gagal kunjung, tapi jarang bersuara.
Apapun, datanglah kesini sekerap mahu kamu.
Kan ini sendiri pernah jadi singgahan kamu dulu-dulu kan Neon.
*senyum*
Gambate 2011 neh
Adeqq
'Dia' pasti ada, cumanya siapa, kan?
Maka, selagi boleh, cubalah bertahan dan yakin yang terbaik akan tiba juga.
Dan, sesekali biarlah kamu yang mulakan. Mungkin itu yang Allah takdirkan; barangkali.
Semoga, ada yang baik untuk kamu Adeqq.
Yakinlah, Allah itu Maha Adil.
dan Allah takkan pernah gagal untuk berlaku adil atas kamu.
Ameen.
wong ah ian
Salam sahabat aku yang satu ini.
Kamu sendiri bagaimana? Sihat sudah?
Lama kan tak bertanya khabar dan cerita.
Apa saja yang kamu usahakan, aku doakan terbaik dan sukses.
Semoga ada bahagia yang bersusun-susun untuk kamu.
Ameen.
Ah, barangkali aku menulis terlalu rapat sampai menyukarkan pemahaman kamu kan?
maaf untuk itu.
Anum
dan setiap kali itu, aku mohon maaf.
maaf kerana aku sendiri terlalu sibuk dengan hal sekian-sekian.
dan untuk kamu serta yang lain, akan aku bicarakan sebaik mungkin selagi aku mampu.
mana tahu, kalau esok lusa aku 'dipanggil' dulu sebelum aku berpesan untuk kamu lagi kan.
Maaf untuk itu juga.
*senyum*
thank u AJ kerana senantiasa jujur dlm tulisan kau.
aq minggir dulu.kekusutan sekarang ini tak terungkai.nak menterjemah ke baris kata langsung tak sampai.jadi sekarang ini aq hanya mampu doa dan doa. dan juga menjenguk2 tulisan rakan2 di alam maya ini. kalau2 ada yang bisa buat tenang diri dan pedoman hati.
tulisan kau sungguh jujur lately.cepat betul tertangkap di hati.ah,mungkin aq yang makin sensitif barangkali.
Post a Comment