Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 12 January 2011

Semalam itu sejarah, hari ini bakal hilang, dan esok belum tentu.

Tinggi rendah letak kita semalam, semua sudah jadi kisah klasik untuk momen ini.
Dan bila esok, semua hanya satu bias pada cermin pandang sisi yang bukan selalu kita pandang lama.

Biarkan saja. Semua itu sejarah kamu yang dah lepas-lepas. Biarlah kita ukir bunga teluki baru untuk esok-esok yang kita hajatkan

Dan tiada siapa yang hina untuk semalam dulu; selagi kita tau mana harus berpaut saki-baki kederat yang ada, untuk keluar dari sengsara. Biarlah yang berbekas itu hanya kekuatan jiwa dan diri yang lebih nampak dari parut-parut luka yang dalam tertusuk perit kelmarin.

Sisi tangis mu dah lenyap kelmarin dulu; dan hayat yang berbaki ini lebih bermakna dan tahu tuju-tujunya. Jadi, takkan aku rugi untuk semua itu bukan?

Sesekalipun jangan diulang sentuh parut yang mula hilang, takut bernanah dan membusuk lebih teruk dari asalnya. Biarkan yang lepas terus lepas, dan jadi kita yang lebih kita hari ini.

Biar kita mula kosong-kosong.

Maaf. Kita mula semula.”
Hai, selamat berkenalan. Saya AJ




* * * 
Kalaupun kamu putera berjulang tinggi, mahupun puteri berdaulat melangit untuk semalam
Hari ini, kita tetap berdiri sama.
Dan harap, kalaupun ada esok, biarlah ada pelangi.
Dan hujan ini, berhenti sekejap: lepaskan lelahnya.

15 comments:

i'msosupernotcool said...

hai juga AJ.
saya i'msosupernotcool.

ch!natsu said...

selamat berkenalan..
saya chinatsu.. =)

beautiful_rose said...

kembalilah AJ...
aku masih perlu kata2 kamu utk berpaut.

miss nina said...

AJ, hai juga untuk kamu saudaraku :)

mujur juga ada Dia untuk terus senyum walaupun perit

semoga ketenangan yang Dia beri ini berpanjangan..insyaAllah.

Adeqq said...

Hai AJ.
Saya Adeqq.

Hee. Kadang kita lihat anak kecil kan mereka selalu bergaduh bila berebut sesuatu. Dan bila sudah menangis sorang sana sorang sini, tak lama lepas tu sudah berbaik.

Kita kena ikut cara mereka kan? Cepat maafkan bila berlaku perbalahan kecil. Kadang kita ni suka simpan. Makin dipendam makin menjadi. Maka, itu yang menjadi masalah.

Buka buru baru. Sentiasa maafkan dan berniat baik. Sama-sama mendapat rahmat DIA. =)

Fiq Vertigo said...

mak kata gurau2 biawak tu biasa lah..

little ain said...

luka lama kalo diungkit balek, boleh buat kite lebih kuat. kan?

FatinZol said...

adakah bermaksud,kita perlu lepaskan peristiwa pahit semalam,dan bangkit utk hari esoknya ?

bagaimana pula,kalau kita masih belum dapat maafkan diri sendiri utk kesilapan semalam,sehingga kita tak dapat terus melangkah utk hari esoknya ?

Seroja Jingga said...

ive got the msg..

mulakan segalanye yg baru..tapi bagi aku yag lepas tidak boleh lupa terus..harus pandang pndang kebelakang sekejap2 untuk buat pedoman esok.ah aku juga aj,

salam perkenalan AJ

Dottie with Dots said...

Hi and I'm dottie.

alhena said...

hi AJ, sy hena *wink*

"....Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan... " [Hamka]

AJ Nismihan said...

coolguy
"Salam kenal. Nasi lemak yang ini, biar aku yang bayar ya. Aku kan perantau di tempat kamu"
*senyum*
Nanti ya.

ch!natsu
Salam kenal ch!natsu.
*senyum*

beautyRose
ah, aku ada saja Rose.
dan aku kan kawan yang sedia membantu selagi mampu.
Insya'Allah

missnina
salam
dan kita sendiri lebih mujur; kerana sedar yang DIA ada dengan kita walau perit atau sakit.
Insya'Allah kan nina.

Adeqq
Makin pendam, sakitnya makin parah dan memusnahkan. Elok saja berdiri sekejap, dan melangkah pelahan-lahan agar sakit itu tak pernah lekat lama, dan hidup lebih terang.
Boleh aku tumpang buku baru kamu.
Aku mahu menulis pendek; 'Hai Adeqq. Aku sahabat kamu. Kamu kuat-kuat jiwa ya'
*senyum*

Fiq
dan gurau-gurau itu yang kita igau kala menjauh kan?
biarlah sesekali ada sakit, supaya esok-esok seremeh mana pun manis hidup, akan terasa bahagianya.

sibesarAIN
terpulang.
sisi mana yang kita pandang, dan bagaimana kita ambil langkah seterusnya.
salah pijak, hati lagi sakit kena henyak.
terpulang.
*senyum*

FatinZol
seperti pesan aku pada ain, ianya terpulang.
Kamu bisa jadi lebih baik atau lebih lembik, ikut sisi pandang mana kamu pada kejadian semalam.
dan takkan apa yang boleh kita ubah untuk kelmarin, melainkan kita berubah hari ini supaya esok lebih baik;
dan jangan esok lusa kita masih gagal memaafkan diri.
we never be perfect; and dont try to be one. Be a normal one is more than enough.

seroJa
Salam kenal seroJa.
Salam berkenal lagi.
*senyum*
ya, takkan bisa kita lupa terus, tapi bukan harus itu yang kita fikir tak habis putus kan?
Ya, sekejap-sekejap, sebab masa kita tetap sependek 24 jam dulu jugak kan.
*senyum*

Dottie with Dots
Hai Dot, thanks for coming here.
Salam kenal.
dan moga kamu lebih berbahagia dan gumbira jiwa 2011 ini ya.
Ameen

Hena
Hai awak, saya biasa dengar nama tuh.
*senyum*
Salam, saya AJ.
dan terima kasih untuk bisik pesan kamu pada aku dan yang lain di situ.
*senyum*

AJ Nismihan said...

entri reword for understanding:

semalam kita hebat pun tak janjikan kita terus hebat hari ini. Sama juga andai kita hina semalam, takkan bisa kita lebih hina hari ini.

dan jangan berhenti mengharap yang lebih baik hanya kerana kita terlalu takut dengan sejarah kita dulu; tapi jangan lupa yang kita tetap akan jatuh dan takkan terus tinggi seperti hari dulu.

Kamu siapa pun dulu, kamu tetap kawan aku.
Kamu siapa pun dulu, kita tetap sahabat.
Dan aku doakan kamu bahagia.
Tak ada siapa yang layak di tinggalkan dari merasa bahagia itu; kerana Allah itu Maha Adil.
Percaya itu.

*Senyum*

miss nina said...

AJ,
yang versi reword ini hampir buat saya menangis. speechless sangat! as if kamu tahu membaca hati dan menebak perasaan.

Allah Maha Adil! sungguh benar

AJ Nismihan said...

missNina
aku bukan nujum yang bisa menilik lebih dari apa yang aku pandang dan rasa. itu cuma dari pandang dan apa yang aku harap aku benar rasa.
Semoga semua kita baik-baik saja kan nina.
dan kamu juga.
Ameen.