Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 19 January 2011

Sekejap; di hentian bas.

Lu jangan la nak merokok ni wei. Benda nih tak baik pun untuk kesihatan. Buat bawak mati” sambil menghembus asap kretek yang berbaki di nafasnya.
Dan batuk sekali dua.
Batuk kecil.

Yang mendengar pun buat endah tak endah.
Tak ada apa yang signifikan.

~Ala, dia sendiri dok merokok, lagi mau pesan jangan-jangan pada orang. Cermin diri la dulu~ bisik pelahan sang remaja kemas berbaju kemeja putih, berseluar tempah kemas diseterika side tepi. Kasut saja tak cukup putihnya, tak cukup keringnya. ~aku ingat jemur kasut bawah peti air ni sempat kering untuk kelas petang nih~.

Bisik saja.
Tapi tak terdengar pun kumat kamit itu pada yang lain, selain dari dia.
Yang lain di hentian bas tengahari begini hanya sibuk berkipas-kipas manual melampiaskan panas dari diri.

Habis, yang abang merokok tu buat apa?” kali ini baru jelas suara di lontar sang budak untuk di dengar; dan di balas jawab.
Bila masa aku kawin dengan kakak lu. Kakak lu cantik sangat ka.” sial. Menjawab cara sial macam ni la yang malas nak dilayan. Kalau nak jadi lawyer pun jangan jadi buruk, nanti orang tak pandang lu!

Ala aku dah terjebak. Lu budak mat smart tak payah la nak mengisap. Nanti lu ketagih. Ketagih tak da hujung nanti doh.

Itu jer yang sempat di tangkap telinga.
Bas pun dah sampai.
Lewat 10 minit dari biasa.
Dan paling-paling awal pun, sudah terlewat 10 minit juga lah sang pelajar ke kelas nanti.

Sang perokok masih di bawah.
Masih di hentian bas tadi bila bas sudah pun pergi.
Masih berkepuk-kepuk asap si durjana rokok yang dihembus keluar.
Dan sekilas teriang-iang pesan dia tadi.
{Lu jangan la nak merokok ni wei. Benda nih tak baik pun untuk kesihatan. Buat bawak mati}

Hati kecil membisik.

~Bukan semua yang berperi laku kejahatan itu jahil dengan kebaikan, cumanya, ada hati yang lebih terdorong dengan kesedapan dunia yang sekejap, dan biar natijah esok-esok yang panjang jadi sampingan terbuang kosong-kosong~

Dan senyum.

Bukan pada si gadis berbaju rona hijau yang manis berlesung pipit terletak kemas di bujur sirih wajahnya, tapi tersenyum pada bagai-bagainya dunia.
Bagai-bagainya senario hidup.
Itu saja.

dan terlintas di fikir jiwa;
~Dalam sebusuk mana pun keadaan, ada pengajarannya. Dalam sebusuk-busuk kalimah yang tersusun di basah bibir, ada baik yang boleh di ambil simpan juga. Dan pesan yang baik itu tetap benar baiknya, walau yang berbisik pesan itu sebaliknya.~
Terpulang

15 comments:

yusuf said...

salam AJ

bg setiap kata yg menasihat tu usah dilihat siapa pengirim katanya.
renungkan isi apa yg dikirimkan..

:)

AJ Nismihan said...

Yusuf
Exactly.
Siapa kita mahu pilih-pilih, sedang kita sendiri belum tentu terpilih sebagai penghuni firdausi.
Yang baik itu harus kekal baiknya dan di ambil simpan, dan yang tidak, biar tersisip buang dan jadi pengajaran.
itu saja kan.
*senyum*

CGG said...

terima kasih kerana berpesan-pesan:)

eiffel said...

yg salah tetap salah, dan begitu juga sebaliknya...

mengapa kita jd begitu?
selalu benar menuding pd yg lain, andai tahu itu salah?

sering membuka keaiban org, bila keaiban sendiri terbuka?
agar kita dpt jatuh bersama2?begitu?

heh!
menuding itu tak sampai ke mana pun, kan?

ch!natsu said...

yg menegur xbererti sntiasa di jalan yg betul..

dan yg ditegur xbererti sntiasa di jalan yg salah..

manusia mmg saling melakukan kesilapan..
dan saling menegur serta mengingatkan adalah yg seharusnya..

thanks AJ =)

Adeqq said...

Salam.

Kadang aku kagum. Kerna bila aku sedang dalam kedukaan jiwa, aku masuk ke mari dan aku sering dapat jawapan yang aku temukan.

Betul kan. Kadang yang beri nasihat itu diri dia pun tak betol. tapi dia nak juga sampaikan pada org. Apa yang dia buat tak betul.

Jgn tengok siapa yg sampaikan. Lihat apa mesej yang dia mahu kita tahu. Like a proverb,

"Don't look at the blame. Find the solutions"

Tanks. ^___^

AJ Nismihan said...

CGG
dan pesan itu aku bisik untuk aku dengar sekali; sebenarnya.
moga jadi si ibu yang mithali ya gulagula si isteri yang muslimah
*senyum*

eiffel
menuding tak pernah selesai apa-apa, selain membawa konflik yang tak sudah-sudah.
keywordnya satu; accept the defeat of you really wrong; and bow to the right fact.

ch!natsu
betul.
dan manusia yang tidak sempurna ini takkan pernah mampu sempurna pekertinya kan?
berpesanlah, dan takkan kita rugi sedikit pun.
kamu pun pesan andai aku bersalah satu dua ya ch!natsu

Adeqq
kebetulan barangkali.
dan aku tak mampu menulis lebih dari berpesan pada diri sendiri.
dan andai ada yang baik, kamu ambik buat simpanan kamu juga.
ya.
jangan menilai kata dari siapa yang melafaznya, tapi apa pengisiannya.
saya AJ, saya OK.
dan kamu
Kamu Adeqq, Kamu Cerdik.
boleh?

HEROICzero said...

yang penting isi-isi nya kan.

abgreds said...

Salam AJ...
Mudah nampak salahnya orang hingga buta akan silap sendiri.
Sukar pula ditegur orang hingga alpa mudarat diri kemudian hari.

nil said...

ayat y lembut. suka!

betul tu, buka suma y merokok nk teruskan. dan y buat tak baik pun, masih ada rasa mahu hidup bertuhan.

AJ Nismihan said...

HEROICzero
ya. isi yang penting.
tapi selalunya kulit jadi first impression de factor. And world accept that as common.
~sigh~

abgreds
dan namanya memang manusia.
takkan pernah sempurna.
alangkah lebih baik sedar dari hanyut lepas-lepas tak bertepi nanti kan.

nil
itu kerna fitrah manusia adalah bencikan kejahatan, dan sampai bila-bila pun begitu.
cuma, kita yang kadangnya kalah dengan keadaan dan dugaan; yangtak sudah-sudah.

norfaridahanum said...

kalau dah benda baik isinya,ambil sajalah..kan?

Seroja Jingga said...

ye aj..kamu betul
manusia selalu melihat siapa yng menegur..bukan dari perkataan dari si pengur...

apesalahnye kita saling berpesan pesan kan aj..ah ini sangat dalam aj..terima kasih krana ingatkan aku

Is said...

luar buruk tak apa asal isi yang keluar baik.

AJ Nismihan said...

anum
kan ilmu itu ada di mana-mana. selagi ada, ambik saja ikhtibar dan tahu nya.
begitulah

seroJa
dan berkatalah mereka "sedang dia sendiri tidak terurus, lagi mahu nasihatkan yang lain" sedang kita tahu yang dia sendiri rasa peritnya dan mahu tiada ulangan sakit itu lagi-lagi kan.
dan untuk kamu terima kasih kerana berulang pesan dan ingatkan aku juga
*senyum*

Is
betul.
cuma.
lebih baik kedua-duanya baik kan Is?
dan lebih indah andai semuanya sempurna; sedangkan semua tahu sempurna itu takkan pernah ada tanpa sedikit cela.
*senyum*