Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 17 January 2011

Andai cukup dalam pandangan kamu, harus tentu kamu sentuh debar jiwa ini.

Maaf, masanya dah sampai”, sambil pelahan menunduk sedikit mengapai beg merah jambu yang kemas di susun kelmarin.
Ah bukan.
Semalam.
Yang baru dikemas semalam.
Semalaman berjaga dengan penuh kusut jiwa. Harus terus, atau tidak.

Biarpun sampai detik yang ini, tak ada satu pun yang aku harus maafkan” dan senyap.
Ada sehela dua nafas yang dilepas penuh berat; untuk ruang toma’ninah yang benar sekejap. Agar yang disusun lafas itu disaratkan dengan fikir dan emosi yang ditafsir aqal dahulu.

Erm. Ya. Tak ada. Tak ada salah yang meletakkan aku mampu memaafkan kamu
Salah aku terlalu besar untuk kemaafan kamu?
Ah, bukan. Kamu tiada salah. Benar tiada. Semua yang aku dengar dari basah-basah bibir kamu mahupun yang aku pandang dan dengar dari laku peri kamu, semuanya baik saja
Dan kamu melafaz seperti kesempurnaan itu adalah aku, sedangkan kamu tentu fasih yang aku sendiri sempurna dengan ketidaksempurnaan setiap insan. Seperti juga kamu?

Angguk.
Pelahan-pelahan disampaikan ya dengan kalimah itu dari tindak jujur demikian. Ya, angguk yang pelahan. Benar-benar pelahan tujahnya.

dan kamu masih seperti kamu kan.”
Kerana aku sendiri mahu kamu seperti kamu” dan mata bertentang.
Ada kejujuran berselimut mata yang berkaca.
Ah, tahan lah kaca itu, aku tak mahu tiris pecah disini. Jangan bisa tembus lagi!

Memang selalu seperti ini kan
Gaduh

Ada malaikat menumpang lalu, barangkali. Kedua-dua bibir membeku dari reaksi, dan suara hilang dari ruang. Terbiar di isi bising-bising sekitar yang entah apa.

"Panggilan akhir. Penumpang Nini Express ke Kuala Terengganu jam 8.30 malam di minta untuk ke Platform."

Wak. Bas awak” dan yang bersambut hanya sehalus-halus senyuman.
Jaga diri ya.”
Assalamualaikum” dan berlalu.
Hanya pandang mata yang mampu dihantar untuk memeluk kemas si gadis itu. Ya, hanya itu yang termampu.
~Pandanglah sekali~
Sekadar hajat hati. Dan si dia tidak bisa dengar debar itu.
Dan hilang.
Kelibatnya hilang ditelan sesak manusia yang berbagai dan susun bising yang merunsingkan.

Sesungguhnya, semua salahmu andainya ada pun telah aku maafkan sebelum pun kewujudnya”
Aku terima kamu seadanya, kerana itu yang aku yakin perlu untuk kamu yang benar-benar ku sayang

Tapi tak guna.
Dilafazlah sepenuh kitab pun kata-kata itu, takkan pernah sampai andai berbicara hanya dengan bayang-bayang diri.
Si dia sudah hilang dari kewujudnya di ruang lingkup pandang mata.

~Andai cukup dalam, pandangan kamu ke mata ku, harus tentu kamu sentuh debar jiwa ini.~ bisik hati.

Berpaling.
Dan melangkah pergi setapak dua. Tiga. Empat.
Terkumat kamit dalam sedar.
 ~Ya Allah, peliharalah gadis itu andaipun dia jodoh ku ataupun tidak. Semoga yang dikejarnya sampai tergapai dan dirahmati atas dia itu oleh-Mu tak putus-putus. Andai baik untuk kamu, Engkau peliharalah pertunangan kamu hingga ke pernikahan dan syurga-Mu ya Rabbi” tiris.pecah empang kaca di mata itu~
Debu habuk barangkali.

TUT! TUT!, TUT! TUT!

Open message-

dan moga Allah pelihara tunang yang aku sayang kerana-Nya ini hingga ke hujungnya juga. Ameen

Ah. Sebak pecah lagi. Basah.

10 comments:

ch!natsu said...

semoga yg baik2 utk kamu dan org yang kamu sayang..
insyaAllah..

SZ said...

dalam sungguh.

Miss Aidan said...

haih............AJ

kenapalah kamu tidak menulis seperti MEREKA??

*puitis sungguh*

AJ Nismihan said...

ch!natsu
dan untuk kamu juga.
keluarga kamu.
sahabat dan sepelahung teman kamu.
juga.
ameen
*senyum*

SZ
andai terlalu jauh, biarkan.
nanti lemas.
*senyum*

a.i.d.a.n
dan kerana itu aku bukan berjaya seperti mereka.
"dan aku masih seperti aku kan."
mungkin cara ini yang lebih membuat aku selesa, barangkali.
*senyum*

Seroja Jingga said...

doa buat yang tersayang..peliharalah mereka yang kami sayang...

yang ini..sangat dalam AJ

ape khabar kamu sahabat..
ahri k2 6 aku tidak bekerja..duduk dirumah rehat2 sahaja

moga kamu dan keluarga sihat ye kawan

beautiful_rose said...

ada garis luka dalam hati ini...
kalaulah aku seperti watak dalam novel indah....

Fiq Vertigo said...

bukan tak mampu memandang. hati dia sudah kepunyaan kamu. genggam erat jangan biar lepas.


coldplay - the scientist

HEROICzero said...

yang pergi tetap pergi. benarkah?

atau yang pergi perlu kita dakap kembali?

heh.

dibuat ini salah. dibuat itu salah.

mungkin bukan salah.

tapi tidak cukup benar pada waktu nya.

*tenung2 kosong*

=)

♥ Vee Violet ♥ said...

AJ Nismihan,
♥ Wa'alaikumussalam. :)

Thanks a lot yeah. :)

Boleh aje nak join. Boleh emailkan cerpen ke kisahklasikita@yahoo.com sebelum 10 April '11. :)

Hantarlah ye? Vee happy sangat dapat baca pelbagai cerita dan karya dari bloggers semua. Ada yang berkonsep kekeluargaan / keislaman / cinta / emosi / jihad.

Vee yakin awak salah seorang boleh berkongsi satu kisah yang ramai bloggers tak pernah tau.

Vee tunggu cerpen awak.

Thanks for your support. :)

♥ Kisah Klasik Kita ♥

AJ Nismihan said...

seroJa
Alhamdulillah, aku sihat. Cuma kadang-kadang ada runsing yang aku belum tahu sudahnya.
saya AJ, saya OK.
*senyum*
masih belum bertemu dengan kerja baru kamu?
semoga kamu berehat secukupnya dalam ruang masa ini sebelum bertarung dengan duga hidup berterusan nanti-nanti ya.

sicantikRose
hidup kita lebih indah sudahnya.
percayalah.
novel itu sendiri indahnya hanya di hujung-hujung chapter, yang selebihnya konflik tetap penuh tak sudah-sudah.

Fiq-the-Last-Apreggios
kadangnya, manusia terleka dan tanpa sedar terlepas gengam apa yang ada. dan pelahan-pelahan lucut dari gapaian.
cliche?
anyway Fiq, si gadis sulung aku namanya Sufia, dan aku lah babah nya. Sound familiar tak?
*senyum*

HEROICzero
terima kasih.
kamu melengkapkan entri aku.
dan percaya tak, aku suka dan tersenyum dengan ini.
ya.
bukan salah, cuma btidak cukup benar pada waktunya.

VeeViolet
Terima kasih.
Insya'Allah, kalau benar aku ada kesempatan mahu menulis dan turut serta, aku akan tetap datang.
Menulis ini ada keadaannya, dan dalam keadaan lain, tak ada sepatah pun yang mampu terluah. Hanya diam, dan sunyi.
*senyum*