Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 13 January 2011

"Maaf, awak terlalu baik untuk saya."

Itu saja?
Tidakkah ada berjuta lagi alasan untuk sebuah perpisahan yang lebih aman.
Hanya memetik baris kata cliché seperti itu sebenarnya tidak pernah memberi ketenteraman walaupun segambut masa.

Semua, pasti ada kata yang lebih realiti dari yang biasa terucap lidah.

"Bukan. Bukan itu. Aku tak tahu apa lagi yang lebih baik dari itu. Aku tak mahu ada hati dia yang terluka lagi."

Dan bicara tanpa penuh jelas begini boleh henti sakit dia begitu saja kah?
Tidakkah nanti lebih keliru dan hidup penuh dengan tanda tanya yang tak sudah-sudah. Dan aku yakin, jiwa yang tenggelam dengan teka teki hidup selalunya lemas dan lewat mencari sinar baru.
Maka berterus-teranglah.
Biar jelas terang kenapa perlu lantera malam yang satu itu kamu hanyutkan cahayanya. Paling tidak, mimpinya nanti pasti datang yang baik-baik, dan bukan hanya berteman tiris jernih di matanya tak sudah-sudah.

Jujurlah; kalaupun kamu salah.
Berkatalah walau pahit. Kerana hidup ini penuh bittersweet; manis itu muncul juga di hujung-hujung pahit itu.
Dan itu tentu lebih baik dari bermanis-manis penuh sayup setiap detik yang muncul dan tiba-tiba sakit menyerang dan hayat kita putus; tanpa sempat sedar kenapa dan apa.

Boleh begitu?

17 comments:

little ain said...

kebenaran tu selalunya pahit kan?

tapi ain pon rase, tulah yang terbaik.

ch!natsu said...

boleh.. insyaAllah..

itu yg seharusnya..~

miss nina said...

AJ
bait-bait di atas rupa-rupanya boleh membuat yang di sana jauh hati, juga buat yang di sini tidak keruan kan?

cumanya bila manusia mudah menghukum, itu yang terasa lelah.

Anonymous said...

mmm, retorik

AJ Nismihan said...

sibesarAIN
kan lebih baik benar dalam pahit yang bertapis dari tenggelam dalam kemanisan hipokrasi yang penuh palsu; dan sedar-sedar esok kita dan terlalu lewat untuk turun pelahan-pelahan dari pelantar selesa.
betul kan?

ch!natsu
*senyum*
semoga begitulah.
agar, tiada esok yang sakit itu berbalik datang menghantui nyawan nanti-nanti kan.

missNina
hukumnya kita sebagai manusia, bergerak dengan hati yang berkira-kira dan bernujum dalam hal itu ini.
dan pasti ada setapak dua langkah yang kita gelincir dari rasional diri.
apapun, biarlah terang jelas,agar membunuh sebar segala jenis andaian yang tidak akan pernah sudah.

Anonymous
*senyum*
terpulang.
pandang kita ada bagai-bagai kan Anonymous.
*senyum*

Frodo Baggins said...

keh3x bro AJ ...
entry mnjak dua menjak ni
perghhhhhh ...
mcm tgh bg kaunseling


>>__<<


ayat "awak tlalu baik" tu ayat purba
ehkekekkeke .. baik ckp je "x mau"
hye bro aj, doa yg baik2 buat lu
n keluarga! woohooooo

Miss Aidan said...

orang kita cakapnya berlapik.
semuanya perlu untuk menjaga hati agar tiada yang terluka dalam.
aku pernah juga bagi alasan sebegini dulu..."awak terlalu baik untuk saya.." ...Dan jawapan balas yang dapat adalah, "habis tuh, kalau taknak yang baik, takkan nak yang jahat pulak?"

Terus terkelu diam sbb dah taktau nak jawap apa.

At last, jawapan ikhlas juga yg aku terpaksa bg. So baru la selesai isu tuh.

Maksudnya, aku terlalu menjaga hati orang sehinggakan tanpa sedar aku juga sudah buat keputusan yang bodoh.. *pathetic kan?*

AJ Nismihan said...

Frodo
bagi pesan.
pesan pada diri sendiri juga.
pesan pada sahabat yang entah siapa; tapi ada.
dan yang purba itu selalunya jadi pilihan dalam kelam.
seperti kita memilih bertanya 'eh, nak beli ikan ka?' tika berselisih dengan sesiapa di pasar.
yang dah jadi budaya itu nak pergi menghilang itu susah kan.
*senyum*
kamu pun jangan hilang lama Frodo.
boleh aku ucap yang aku sesekali rindu dengan tulisan kamu?
*anguk*
~dan senyum~

aidan
berlapik tidak salah, tapi biarlah hajatnya sampai.biar puas pada setiap keputusan.
seperti yang kamu pernah sampai dulu.
pathetic?
oh.
sejarah itu biar jadi sejarah kan; dan kita hanya bisa ubah sejarah hari ini dan sejarah esok.
jadi, terpulang lah apa yang kita pilih.
*senyum*

eiffel said...

kalau sudah suka, yg buruk, busuk atau kata sahaja yg jijik dan menjengkelkan, sudah pasti ianya dterima dgn hati yg terbuka...

sayang katanya

tapi, klo sudah tak suka, sudah benci

katalah sebaik-baiknya, seindah-indahnya...yg hanya nampak hanyalah kebencian pd ketika itu

jujur?terkadang kenyataan itu sgt pahit.tidak seperti angan-angan yg sentiasa indah.

mgkin sebab hidup ini bukan hnya ada manis utk dirasai, maka adanya pahit, masam dan masin dan manis pelengkap rasa.

juga sperti hidup kita, klo asik yg indah sahaja, bila kita nk merasai nikmat hidup, tentang sakit, tentang kekecewaan, tentang kematangan..dan segalanya..

mgkin, kita harus bersedia..mghadapi sebuah kehilangan, mghadapi perpisahan disebalik pertemuan...agar kita kuat utk menerimanya

Adeqq said...

Salam.

Ayat typical yang kononnya tak mahu sakitkan hati. Tapi dia tak sedar apa yg dia katakan itu lebih menyakitkan. Kerana kita akan fikir, "baik pun salah ke?" lalu berubah menjadi yg kurang baik pula untuk meraih simpati.

Hurm. hidup ni penuh dugaan. Dan aku baru laluinya beberapa minggu lalu. Namun, jawapan yang aku terima cukup positif sehingga aku tidak merasa kecewa.

Barangkali Allah mahu aku lebih bertabah dalam soal yang ini. =)

beautiful_rose said...

AJ,
ini sangat tajam menikam hati... =(

HEROICzero said...

manis itu muncul juga di hujung-hujung pahit itu.

heh. sabar kah mahu menunggu yang manis d hujung pahit?

jangan gopoh.

takut sebelum bertemu manis, tambah pahit yang lain pula.

heh.

manusia.

pasti kerana dia terlalu baik untuk saya.

*sinis*

alhena said...

"maaf, awak terlalu baik untuk saya"

Itu ayat perpisahan yg di berikan oleh xbf aku pada aku 7 thn lalu. Menyebabkan aku bertanya sendiri, kenapa?Nk cari orang jahat ke utk buat isteri?dan menyebabkan aku menjadi sangat tidak puas hati dan tidak faham.

Aku terus berharap dia memberikan alasan lain utk aku. Tapi.. hampa.

Akhirnya aku temui jawapan itu dalam diri aku sendiri.Mengharap orang lain untuk berubah dan menggembirakan hati kita sendiri itu adalah sangat mustahil. Apa yang kita boleh buat ialah berubah dan menyesuaikan diri mengikut keadaan. Kerana lebih senang mengawal diri sendiri dari mengawal orang lain.

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..biar kegelisahan lenyap, jgn kita hilang semangat..biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..

yusuf said...

:)

AJ Nismihan said...

Eiffel
setidaknya pun, biarlah berpisah dengan penuh hormat, kerana bermula dulu juga penuh dengan sopan susila.
ya, sakit. Memang kekal sakit. Tapi, biar sakit itu sudahnya hari ini, dan bukan jangkit sampai sudah.
Hidup ini rencahnya kena bagai-bagai. Dan jatuh bangun itu yang buat semuanya lebih indah dari monotone yang membosankan.
Yang penting, kita kuat melempias kederat yang berbaki. Agar yang jadi lebih cantek dari camtaek! Betul kan eiffel.
*senyum*

Adeqq
Selagi mana jawapan itu cukup jujurnya, ia lebih adil dan memadai untuk berpisah. Dan ya, alasan mudah seperti ini membuatkan hati lebih susah kan.
Tabah ya kawan.
Aku tahu, seminggu dua lepas memang cukup berat, tapi semua itu bukan jadi semata mahu menyusahkan kamu kan; semuanya untuk esok yang lebih baik.
Semog kamu aman dan tenteram dalam melangkah lebih baik esok-esok.
Ameen

sicantikRose
kita kan sahabat rose. jadi, biarlah sahabat berkata dari hati ke hati.
dan aku benar maksudkan nya.
semoga hidup kamu lebih baik nanti Rose.
Semoga ada ketenteraman yang mampu kamu dakap peluk hari ini, esok, dan bila-bila.
Ameen

HEROICzero
kamu merangkumkan segalanya.
ya, hidup itu ada pahit dan manisnya.
dan sabar itu penyambung antara dua.
takkan hidup ini terlalu zalim untuk kita kan?
*senyum*

alHena
Yang lepas, biarlah lepas.
Lebih baik itu yang diucapkan dari dia lafazkan ketika aqad nikah dah menjadi patri kasih kalian.
Alhamdulillah andai kamu bisa jumpa penawar dan jalan keluar yang lebih baik.
Dan aku setuju untuk biarkan kepahitan semalam pergi dan menjadi pengajar hidup kita, selebihnya biarlah kegembiraan baru menjadi pelangi yang menyinar hidup.
Kamu bisa kuat lagi hari ini kan Hena.

yusuf
Salam sahabat.
Terima kasih berjenguk ke laman aku.
Kamu sihat-sihat ya.
Doakan kamu bahagia saja.
Ameen

norfaridahanum said...

kalau ikut pengalaman aq,yang bersuara beri alasan cliche itu sengaja mahu main tarik tali.. mahu dipegang terus rasa rimas, mahu dilepas terus takut tiada lagi yang mendatang?

pokoknya?aq slalu ingatkan diri untuk menjadi bijak.[though u know almost no one can be smart when it comes to love].aq pesan pada diri, "ah,kalau aq ini sekadar option,mengapa perlu aq masih jadikan dia yang utama pertama-tamanya?"

kan?

AJ Nismihan said...

Anum
aku setuju dengan kamu anum.
dan jangan sesekali berdiri gembira atas derita dan perit yang tidak wajar, sebab semuanya ada balasan nanti-nanti.

ah, sesekali mahu jemput kamu menulis hal demikian di sini, boleh anum?

Malu aja mengajar yang hebat-hebat melampias satu dua kata di cermin aku yang ini. Tapi, atas dasar berkongsi yang baik, tak salah kan.

*senyum*