Masih bertanda nama pelajar; tapi gendong kuat tanggungjawab bepersatuan tinggi-tinggi.
Menapak tangga INMIND dengan yakin yang penuh melimpah.
”Ah, beres saja”
Tapi tak lama.
Kertas cadangan jalinan kerja dengan INMIND mentah-mentah di tolak. Dalam senyum-senyum manis mereka itu ada bau busuk idea yang bulat-bulat di luah balik, tanpa hadam secubit pun; selain dari hancur lunyai di cuba kunya tadi.
”Kalian riuh saja mahu adakan itu ini untuk cemerlang yang lain-lain di kampus, tapi, kalian sendiri pandang sesinis mereka bila kami datang menghidang ilmiah panas-panas dari panggangan kan?”
”Kenapa tidak ikut saja yang ada untuk pahat kalian yang lebih baik, sebelum kalian bimbit jiwa hati halus yang lain untuk belajar pukul tendang nyata?”
*senyum*
Ya. Hari itu, aku senyum. Tapi sinis.
Hari ini, aku senyum semula. Tapi manis.
Aku mula sedar,
Sesetengah kita bertebaran di sepeluk daya untuk berkata itu ini, sedangkan ada secubit dua saja yang tinggal dalam ingat dia sendiri; apatah lagi amal.
Sesetengah kita dilambung ayak ke petala pandang atas segala tulis yang kita juih keluar, sedangkan sepatah dua sendiri pun kita jarang ulang baca.
Aku sendiri.
Menulis, membaca, dan tinggal saja.
Sedar-sedar kocek saku aku dah penuh.
”Bocorkan saja hujung saku ini. Biar tembus. Terus nanti, ada ruang untuk aku isi susun yang baru”
Salah bukan?
Jadi, aku kutip balik setiap yang dikocek, dan aku lipat kemas-kemas, semat dalam ingatan dan buat nilaian.
Yang bengkok, betulkan lekoknya; yang dan sedia lurus, tunjukkan pada yang lain, agar ada yang boleh di buat petunjuk.
Aku susun, dan cetak sekalian yang pernah aku tulis dan bukukan. Aku mahu jadi pembaca hari ini; dan biar sisi penulis aku berehat.
Sekejap.
EDITED 3.53pm : To update download link.
13 comments:
tq AJ
sekurang2nya perkara yg baik boleh sm2 jadikan pedoman dan sempadan
:)
LET BYGONES BE BYGONES..
wish u all the best for 2011
Yang bengkok, betulkan lekoknya; yang dan sedia lurus, tunjukkan pada yang lain, agar ada yang boleh di buat petunjuk. <-- agree.. =)
Salam.
Selalunya aku mudah jatuh. Aku mudah give up dengan diri sendiri. Tapi aku lupa, semua yang berlaku ada hikmah.
And untuk kamu AJ, ya, bacalah kembali nukilan2 itu. Mungkin ada sedikit di sana sini yang bisa kamu semat dalam hati kan.
Tanks AJ. Sepanjang tahun 2010 kamu sudah sangat banyak memberi nukilan2 yang sangat menyentuh jiwa. Tanks again. =)
Encik AJ,
Nk mintak otogerap bulih?
huhuhaha..
*gurau sajork*
P/s: Wes bro, selamat tahun baru 2011. Moga-moga tahun ni kamu dan keluarga diberi limpahan rahmat yang berpanjangan dari Yang Maha Esa.
amin
nice one la aj.
nanti balik rumah aku dolod.
yusuf
Insya'Allah. Agar ada sikit lebih baik kita dari semalam yang panjang, dan sedar yang esok pasti lebih kejap.
ah, aku ada email kamu sesuatu. boleh tolong aku barangkali?
CGG
Untuk kamu juga, moga yang terbaik dan baraqah itu panjang-panjang ada.
dan, andai ada rezeki dari-Nya, moga anak-anak kamu comel dan sihat bijak akalnya ya CGG.
Ameen
ch!natsu
*senyum*
untuk kamu, aku doakan azam kamu berpanjangan baik dan meresap dalam tubuh kamu.
Moga detik yang berdesir lalu bukan kosong untuk kamu kan kawan *senyum*
Adeqq
aku menulis sebenarnya pesan untuk diri aku sendiri. berbicara dengan diri dalam susun huruf.
dan, alangkah baik kalau itu ada baiknya untuk kalian sahabat-sahabat aku yang lain kan.
Semoga baraqah Allah tak pernah hilang dari kamu ya Adeqq.
Semoga yang baik itu berpanjangan.
Dan biarlah pahit semalam jadi manis esok-esok; tak kisahlah ianya berkurung dengan sportshoes ataupun bersalah kelas saja.
ye tak Adeqq?
*senyum*
s.a.e.r.a
kadangnya, aku terdetik untuk 'menulis'. Sesekali biar fantasi aku jadi susun huruf yang boleh dibaca dan dihayati orang kan baik?
naskah aku nanti, kamu baca dulu nak?
oh.
andai saja.
baik aku hanya disini kan.
*senyum*
Semoga apa yang kamu cari ada ditemukan Allah di lembaran waktu yang esok-esok kan s.a.e.r.a.y.a.n.g.a.s.y.i.k.t.u.k.a.r.n.a.m.a.n.i.h.!
i'msosupernotcool
and please grant me permission to print your word on paper too. You do inspire me in some kind; and i feel great with it. Serious!
*smile*
yang manis itu penyeri
yang pahit itu ubat
mahu juga pesan untuk diri sendiri: buang yang keruh, ambil yang jernih
hahha.
walau macam mana aku tukar nama sekalipun, ko tau jua siapa aku kan?
it's not a big deal bro.
naskah kamu (jika ada), distribute aja pada kami-kami bila ada "gathering" nanti. itu pasti lebih menarik.. =)
p/s: aku tukar nama sebab mahu mencari nama yang betul-betul sesuwai diguna di alam maya. Tapi masih belum ketemui lg.
haiyak!
miss nina
bergantung,
yang manis itu madu, dan bisa saja jadi racun yang dalam tawa bisa buat nafas akhir saja-saja.
dan pahit itu kadangnya lebih baik.
ikut sudut mana yang kita pandang,
dan pasti saja pandangan kamu itu juga baik-baik saja kan miss nina.
*senyum*
dan pesan pada diri kamu aku andaikan pesan kamu pada aku; dan aku sendiri mahu tapis-tapis tiris yang keruh dan biar semuanya bisa jernih jelas-jelas kan miss nina.
*senyum*
S.a.e.r.a
aku sendiri berkira-kira menulis semula dengan nama dan identiti baru, tapi, biarlah sekejap ini berpaut pada nama yang aku tumpang sejak dari menengah dulu.
ah, kamu buat saja yang terbaik.
kadangnya, kita tak pernah perasan yang baik itu ada saja di depan mata kita.
bagai nama kamu juga.
*senyum*
distribute?
ah, andai begitu, pasti aku bukan penulis yang mampu menulis sebebas hari ini, dan pasti aku menjadi tak lebih pemenuh ruang-ruang dunia penulisan sekarang kan.
[mahu aku cadang nama?]
nama apa yang ko nak cadangkan?
*sambil senyum-senyum kambing*
s.a.e.r.a
e-mailed
*senyum*
no problem aj.
amek je.
its my honor.
Post a Comment