Sesungguhnya
yang terjadi itu bukan semata-mata hadir untuk mengisi ruang-ruang lapang hidup,
tapi
mahu bawa cahaya yang lebih terang sinar dari yang kujung semalam;
agar wujud kita nanti, ada makna, ada jasa.
***
Moga yang berlari dan terbang itu bisa kita lupakan terus,
dan biar hati kita berpaut peluk hanya pada apa yang bisa kita genggam kemas di jemari polos kita.
Moga yang kita hargai itu adalah kamu-kamu yang tidak pernah jemu menghargai kita yang buta hati ini.
8 comments:
Salam.
AJ, kita kan memang seringkali terlepas pandang perkara yang sepatutnya dihargai. Begitu kan? Jadi bagaimana? Dan kadangkala, yang kita harapkan dan hargai itu yang terbang lepas, yang kita tolakkan itu yang dalam genggaman. Mahu diapakan?
Dalam gelap gelita, pasti ada terang cahaya. Kalaupun tak banyak, pasti ada. Aku yakin itu. Cuma, kadang sukar mahu yakinkan hati. Berat. Lantas, mengeluh lagi.
Ada penawarnya AJ?
AJ,
kalau la lupakan terus itu semudah kata.
AJ,tlong doakan untuk jiwa-jiwa yang sedang bersedih agar mampu tersenyum juga.
Ya
mudah mudahan tetap lah kita bersungguh2 memepertahankan yang wajar dipertahankan
biar lah yg lepas lari dan terbang itu bebar sendirian, yang di genggaman teruslah digenggam!!
semoga berlaku yang baik2 sahaja untuk kita abang!
Adeqq
Cahaya itu pasti ada. Cumanya, kalaupun tersalah pilih cahaya, pasti ada ajaran yang boleh kita kutip buat lebih kuat untuk esok.
ya.
jadi insan yang lebih tahu dan bersyukur dan tak pernah berdiri lebih tinggi dari yang kita mampu.
penawarnya? hanya balik pada DIA.
itu saja.
selepasnya, semua lebih baik dalam usaha perit kita.
percayalah.
FatinZol
dan susah itu sendiri satu definasi hidup kan sahabat.
Aku doakan, agar yang sedih itu bukan kalian tangiskan, tapi kalian tampal-tampalkan pada diari hidup sebagai ingat-ingatan esok lusa. Agar air mata yang sama tak jatuh lagi menjadi pembasah bumi ini.
dan biar, perit semalam kejap, dari simpan lama-lama dan jadi barah panjang-panjang.
Ameen
Boleh kan Kawan?
*senyum*
Lara
Semoga nya.
Ameen
Aku tau, graduan bijak pandai seperti kamu pasti lebih tahu hal itu dari aku yang kosong-kosong ini kan Lara.
Percayalah, hidup bukan untuk kita maki caci lama-lama sampai sudah, tapi untuk kita nikmati setiap hembus nadi yang beralun dari jiwa ini terus-terus.
Esok belum tentu tiba, tapi, hari ini masih boleh kita senyum kan My little sister?
*senyum*
ah, kamu pasti boleh kan
bila sudah tiada..baru tahu betapa berharganye dia kan? aku juga lah yang ini..mungkin
seroJa
itu kan belajar.
dan hidup ini, belajar susah itu yang lekatnya lebih lama.
dan yang untuk esok, pasti sejarah itu bukan untuk di ulang-ulang kan?
*senyum*
Siapa dan apa sahaja yang datang dan pergi dari hidup ini adalah sangat berharga. Kerana tanpa mereka semua kita takkan menjadi seperti ini hari ni.
Sebagaimana kita perlu menghargai hari dan detik ini kerana esok atau seminit lagi bukanlah pasti.
Dan bila kita belajar untuk menghargai hari ni, InsyaAllah kita akan di hargai.. jika tidak di dunia, maka di dunia yang satu lagi..tentu ada bahagian yang telah di janjikan seadilnya :)
Hena
ya, sangat berharga.
sangat-sangat berharga; asalkan kita tahu mana letak setiap perit dan suka hidup ini.
ah, terima kasih untuk komen ini.
aku sendiri belajar sesuatu dari kamu kan sahabat ku Hena
*senyum*
Post a Comment