Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 15 December 2010

Bagai gula-gula cokelat.

Mencair bila panas
Andai dicuit dengan jari-jari halus itu,
pasti melekit-melekit dan tak mahu lepas-lepas.
Membiar wujudnya itu bisa benar-benar merimaskan.

Ah.

Bila sejuk dinginnya nanti,
Hilanglah melekit-lekit pada jemari itu,
dan menjadi beku.
Hadirnya pun kadangya tak pernah kita sedar.

Ibarat kasih.
Wujud hadirnya melekat seluruh jiwa dan berlebihan akan buat tuan jadi tak keruan
dan esok-esok, bila sejuk, hadir pun kita tak pernah sedar.

Ah manusia.
Bagai-bagai.
Yang penting, penting tetap akan kekal penting.

***

Semuanya yang hadir bukan datang kosong;
dan biar pulang nanti juga bukan dengan kelosong peluru yang sudah pun kosong.
Cumanya;

Andai yang kamu andaikan aku ini sudah benar cukup pandainya,
Dan aku gelak selesa dengannya,
Maka, akulah yang paling bodoh pernah ada.

13 comments:

SZ said...

Ibarat kasih.
Wujud hadirnya melekat seluruh jiwa dan berlebihan akan buat tuan jadi tak keruan
dan esok-esok, bila sejuk, hadir pun kita tak pernah sedar.



i loikeeee~
xtau nk komen ape, tp nak ckp setiap kali dtg blog ni ,
boleh klik x dkt kanan atas dgn senyuman.

little ain said...

Ibarat kasih.
Wujud hadirnya melekat seluruh jiwa dan berlebihan akan buat tuan jadi tak keruan
dan esok-esok, bila sejuk, hadir pun kita tak pernah sedar.

semoga bukan ini yang terjadi.

Adeqq said...

Salam.

Tidak suka coklat! Namun boleh bayangkan bagaiman rakan rakan gadis meleret leret senyuman bila menikmati coklat. Walau melekit tetap dimakan dengan sepenuh jiwa.

Bagai kasih. Melekat ke jiwa meleret leret senyuman. Indah.


p/s: Lama tak ke sini. Maaf kawan.

AJ Nismihan said...

SZ
hanya itu yang aku mampu.
dan seandainya ada yang baik untuk kalian ambik dari sini; Alhamdulillah.
Selebihnya, aku bukan siapa-siapa.
*senyum*

sikecil.AIN
hakikatnya, itu yang jadi ain.
so?
prevention is better than cure.
hangatkan sebelum jadi sejuk dan basi; lalu buang tanpa belas.
ingatlah, bukan ultraman saja ada alarm amaran di dadanya bip bip, tapi, kita sendiri ada.
pandangan dengan penuh perhatian, nanti kamu nampak amaran itu.
ya.
ada.
kan?

Adeqq
tahu, kamu lebih sibuk dari yang mampu kamu hanyutkan.
Ah, asalkan aku tahu ada bahagia yang teman kamu dalam seharian, itu sudah cukup baik-baik untuk kita semua.
Take care ya Adeqq.
ya, biar meleret senyum, tapi bukan exaggerated hingga kejang dan kaku senyum itu tanpa nyawa ya.
*senyum*

| Larasephia | said...

biar la cepat cari ke..melekit ke..asal ia manis. yang manis itu lah kekal kisahnya.

AJ Nismihan said...

Lara
itu bicara bila belum ada.
bila sudah;
"Ops, this is too sweet. Then it is not for me"
"erk gosh. Is this you say great? Sticky like hell duh!"

apapun, semuanya ada limit. ada border. once you get overboard, then you will be killed.
Overdose do kill. And it really hurt!

Seroja Jingga said...

kamu pernah berkata..soal hati sangat berseni kan kawan?

kasih yg berlebih lebih...mana mampu hati ini bertahan..ye benar....asal saja kita tahu limitnye bukan..

tapi beginilah aku sahabat..
kasih yg aku tumpahkan....racun yg dihidangkan...

tapi
aku masih senyumkan? :)

little ain said...

oke, now i can see.

heeee, dah kena berhati hati la pasnih.

kenapa ekk mende macam ni keje jadik? i mean, is it true that nothing lasts forever?

Fiq Vertigo said...

AJ.

aku cemburu! jiwa kau penuh cinta.

berbahagialah.

jangan membahagikan cinta itu pada yang lain ok.

lumut said...

saya melawat kamu....sekadar rindu kata-kata kamu lalu aku dtg sini mencari sesuatu....

AJ Nismihan said...

seroJa
dan sampai hari ini aku masih percaya yang hati itu hal yang berseni.
tapi, biarlah berseni dengan tempat dan pada-pada. Jangan terlalu sulit dan kompleks sampai hujung pangkal hilang dari puncanya.
ah kamu, bukan itu hadir kosong-kosong kan?
aku tahu perit, tapi kita juga tahu apa yang baik untuk kita; sod ba ro dan berserah pada-Nya yang satu kan seroJa.
dan
senyum kamu pasti manis dengan sinar jujur itu kan.
*senyum*

sikecilAin
that what i believe on.
nothing will last forever; tapi, bukan semua juga akan hancur kecai saja-saja.
little amendment needed here and there, thus, you cant stuck the same all over time.
you may love someone with big heart today, but that will faded tomorrow, and let find the new way to reheat the love and light the tunnel of life from other angle, and preserved the best of the relationship with a NEW phase.
that show nothing will last the same.
above all, we are here for a short mission to reach the ultimate long haul 'there' rite? thus, we life to re-birth then.

Fiq
ah,
kamu sendiri mungkin melimpah lebih dengan cinta dari yang pernah kamu sedar; cuma kadang kita gagal pandang apa yang kita ada.
trust me, everybody equal in some way.
dan aku sendiri berdoa supaya yang aku sayang ini hanya ada satu ini sampai sudah. Allah itu Maha Tahu kan sahabat.

lumut
untuk seorang yang se'besar' kamu, singgah sini pun sudah sesuatu untuk penulis jalanan macam aku.
dan kamu tahu,
kalaupun kamu tak pernah jejak sini,
tak pernah 'ter'tinggalkan jejak sini,
dan tak pernah pun nak fikir pasal wujud aku di maya ini,
kita tetap kawan kan
*senyum*
and i still one of esoksemalam's stalker since before.
still.
take care fiQa.

Fiq Vertigo said...

cantik jiwa kamu AJ. pasti dia pon sedar ttg ni kan. jaga dia elok2. jangan biar lepas.

AJ Nismihan said...

Fiq
dan aku doakan yang kamu ada lebih cantik jiwa dan lentur imannya ya sahabat ku.
semoga kita sabar dan tenteram dengan setiap ketentuan yang Allah susun kan.
dan moga Firdausi itu temu kita lagi nanti.
Ameen
*senyum*