Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 20 December 2010

Kejar kemari atau lari menjauh?

Dengan penuh rendah jiwa,
Aku melutut,
menghadap sujud semalam
Kusut yang bersarang lama aku cuba leraikan pelahan-lahan,
Mencarik selembut daya yang mungkin,
Tapi,
Ah, semuanya bersimpul mati.
Hanya kordinasinya yang lari,
kusutnya tetap berkurung sama.

Ya Rabbi Ya Qayyum
Aku pohon kekuatan menempuh duga yang ini, dan bimbitkan hati aku dengan peluk sabar yang kemas. Moga aku bisa berjumpa hikmah semua ini, esok, atau lusa
Ameen

Pelahan-lahan aku kesat alir dingin yang berbaki di sekak mata aku.

***
Andai yang aku kejar itu bukan baik untuk kita,
biar saja aku terjatuh dan sungkur dari kejap langkah aku.
Elok yang sakit itu sekejap ini,
dari menjadi teman perit aku panjang-panjang.

10 comments:

little ain said...

senyum baca entry ni. :)

AJ Nismihan said...

sikecilAin
moga sekecil-kecil senyum di bibir kamu itu jadi suluh kecil untuk hari ini yang lebih baik, dan minggu ini yang lebih ain dari kelmarin dulu.
semoga kamu jadi si solehah yang mampu terus senyum, kan ain.
*senyum*
Ameen

Adeqq said...

Salam AJ.

Semoga kamu baik2 saja. Urm, kadang yang perit itu yang kita gundah-gundahkan sedangkan yang manis itu sering kita lupakan. Dan kita sering terlupa untuk tunduk pada DIA dan hanya ingat bila kita dilanda masalah.

Dan kalau sampai kita sudah tak terdaya lagi, cara terbaik adalah mohon padaNYA agar diberikan kekuatan.

Dan dalam banyak2 itu, aku paling suka ini;
"Andai yang aku kejar itu bukan baik untuk kita,
biar saja aku terjatuh dan sungkur dari kejap langkah aku.
Elok yang sakit itu sekejap ini,
dari menjadi teman perit aku panjang-panjang."

nice =)

alhena said...

assalamualaikum aj
sudah lama tak mencatat apa-apa di sini. selalu masuk dan baca sahaja.

ada quote yg ingin di share

"Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu2, diberi ulat bulu. Aku sedih dan kecewa..namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu2 yang cantik.Itulah jalan Tuhan – indah pada masanya"

semoga kamu sentiasa berada di dalam lembayung rahmatnya aj :)

Fiq Vertigo said...

selow selow ambil langkah.

kalau runsing lagi, istikarah dgn al quran.

AJ Nismihan said...

Adeqq
ya.itu yang terbaik.back to HIM, cause we will never close to perfect.
dan untuk yang kamu suka, ambik saja buat ingatan dan pegang.
paling tidak, aku ada yang baik-baik untuk kawan-kawan aku kan.

Hena
Waalaikumsalam sahabat.ah,kalaupun lama kamu tak mencatat,tapi berkawan tetap berkawan kan Hena
*senyum*
dan quote kamu tu terang-terang benar.
kita kadangnya gagal pandang tembus, lalu berkait-kait fikir hanya dengan pandang yang pendek itu kan.
dan untuk kamu juga, aku doakan yang baik-baik dan rahmah-Nya untuk kamu ya sahabat ku.

HEROICzero
insya'Allah
andai Allah izinkan.
ameen
*senyum*

Fiq
tahukah, kadangnya berhenti sebentar dan menghela senafas dua dan biar fikir sebentar.
"ah,ada saja yang aku terlepas pandang."
above all, Allah The Almighty.

little ain said...

Ameeeen :)

masheh bro doakan ain jadi solehah.
ain pon harap macam tu jugak :)

AJ Nismihan said...

sikecilAin
andai yang baik itu, kita panjang-panjangkan.
ya, semoga bertambah lagi solehah yang bertebaran di muka bumi Allah ni kan Ain.
moga esok-esok, ada soleh dan solehah dari kasih suami isteri antara ain dengan si suami kan.
Ameen.
Gembira dengan nikmat-Nya selalu ya Ain.
That is the right way of life.
ya.
the right one.

Seroja Jingga said...

moga kamu kuat dgn ape juga dugaan ye aj..

dan aku pohon selitkan lah doa untuk diriku .moga kuat sama seperti kamu

AJ Nismihan said...

seroJa
ya.
moga kuat.
moga kita semua kuat.
kuat berpaut pada yang selayaknya di paut, dan selayaknya kita di tempatkan.
Semoga yang baik itu juga untuk kamu ya seroJa.
Ameen