Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 22 December 2010

"Awak suka saya?"

Erk.
"Kenapa dengan soalan tu?"

"Salah?"

 Ah.

"Bukan. Cuma, kenapa bertanya?"

"Saja. Mahu tahu. Boleh?"

*senyum*

"Awak nampak macam saya ni tak suka dekat awak ke?"

Ala.
"Bencilah. Mana boleh soalan di jawab dengan soalan."

*senyum*

"Jadi?"

"Awak belum jawab soalan saya lagi lah!"

"Sebab itu juga, soalan saya pun awak tak nak jawab lah ye?
"

Ah.
"Awak yang patut jawab dulu."

"Maksud awak, memang patutlah awak yang bertanya soal dulu ya?
"

*diam*

berpaling pada sudut lain
bibir mencari sudut darjah muncung yang lain
ah, muncung lagi
lagi sedikit
ya.
sedikit lagi
ha, yang itu.
muncung yang bagai itu.

"Maaf."

Pelahan di rangkul kemas tubuh tersayang dalam jiwanya. Biar rapat-rapat penuh.

"Maaf andai saya bukan seromantis yang awak damba pintakan. dan untuk yang hal tadi, pada saya hanya ada awak sahaja yang mampu jawabkan. Awak lebih faham itu kan sayang? Boleh?."

*angguk pelahan*


***
Dan yang mahu pada mereka bukan semata-mata rasa-rasa, tapi kepastian.
Yang keluar dari madah dan laku kita lebih kepada janji, dan mereka pegang itu; kuat-kuat.
Ucapkan lah selagi kamu mampu, sebab esok belum tentu ada.
Jangan tangis yang lepas-lepas sudah, itu pasti bukan untuk kamu; paling-paling pun bukan untuk sedetik ini.
Dan siapa yang mula tak pernah ada peraturannya.
Cuma.
Peraturan itu ada bila berpacaran.
Dan yang didakap itu biar halal. sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
yang itu, pasti.

26 comments:

NAJ HEBAT said...

kenapa..!

kenapa romantik sangat!

aku nak kawennn!!

little ain said...

so, which one you are suggesting?
to say it or let your actions speak for you?

i chose neither. hehe :)

Miss Aidan said...

Thumbs up! *sambil gerak2kan jari*

Lepas ni sila tulis buku pula macam rakan lain yang gelemer.

Kamu juga bisa jadi gelemer.

kahkah.

p/s: nanti jgn lupa sign buku lagi di temasya sukaneka..eh..no?

AJ Nismihan said...

NAJ Hebat
semoga Allah temukan kamu dengan jodoh kamu, dan semoga Allah kaitkan rapat-rapat sayang kalian nanti, supaya, setiap kali bernafas, hembus halus nadi kamu pasti mampu dirasa oleh pasangan kamu.
dan bahagia panjang-panjang.
Ameen

siBesarHatiAin
depend.
which type are you.
some are proactive and aggressive; talk are immense in every moment.
and some others 'talk' better with eyes and touch.
The best is always mixture of both; with your preference weighted.
Your partner never know, until you really convince them.
and who ever start the sparkle for this fireworks, doesn't matter Ain.

ayydan
aku tak selayak mereka yang dah menulis lama.
biarlah aku pendokong semangat mereka menulis lagi.
Selebihnya, aku lebih suka bersendiri tanpa kenal disini.
lebih bebas barangkali.
*senyum*
p/s: autograph lagi? pasti. novel depa dah dalam tangan aku. novel tambahan dari yang dulu. hehe

Miss Aidan said...

takpe.

walau tak dikenali disini,
tapi ko sudah cukup dikenali dikalangan kami.

heh..

"the one who never stops talking when mic is in hand.."...

lalalala~

AJ Nismihan said...

ayyan
i do stop.
it is clock, who clicking too fast.
*smile*
ok.
fine.
Aku seorang penyegan kan ayydan.
and I love being who i am; even everybody say they dont.
Hehe

Miss Aidan said...

penyegan kah??

Oh.......

*pengsan*

HEROICzero said...

soalan kepada soalan adalah jawapan yang terbaik. tapi mereka tidak pernah faham. dituduh pula cuba mengelak.

*sigh*

beautiful_rose said...

ye,saya suka awak dan ini pasti jujur dan ikhlas dari hati saya suka awak!







kalaulah saya benar2 berkemampuan untuk ucapkannya tanpa ragu2 dan mengetepikan sebahagian egois diri.hurmm...terus menunggu tapi sampai bila?




sigh~

Anonymous said...

entry ni tuju pd seseorg atau dikarang khas utk yg bermasalahan sprti ini

nasikputeh said...

wow.. welcome back..

xterlambat kan??

sory gua telambar perasan lu dah masuk alam ni balik..

well.. nice story though.. =)

norfaridahanum said...

aq meneliti komen2 di atas yang buat aq lebih tertanya..siapa kau sebenarnya sahabat?ah,macamlah sebenarnya aq ambil pusing sangat kan.yang pasti huluran semangat dan nasihat yang kau pinjamkan pada aq cukup untuk buat aq rasa kau ini ciptaNya yang istimewa.cuma ye lah, kekadang,mengganggu benak rasa juga memikirkan kalau2 aq terserempak kamu di mana2 tapi aq langsung tidak mengenali. oh,ambil ini sebagai satu rasa gusar yang makin meningkat sejak aq menjejak ipoh.haha.

oh,berkata tentang entri ini pula. yang bertulis kecil itu lebih menangkap jiwa aq.lantas mengingatkan aq pada seseorang.ah dia itu,kagum sungguh aq.kalau aq bilang rindu,dia biarkan saja di angin lalu.sudahnya aq sendiri yang malu.tapi sayang aq jadi bertambah jitu.mungkin kerana dia lebih dulu ingat pesan kamu, "yang haram ini bukan boleh samak-samak,sampai bila2"

SZ said...

apesal baca entri ni rasa nak kawen?
hahahaha.



hai AJ.
:)

Seroja Jingga said...

aj
terdiam aku membaca yang ini

sometime things are better left unsaid for crtain people rite..tapi kadang kita si hawa ini tetap mahu dngar dan terus dengar..fitrahnye kami sikaum hawa begitulah AJ..kepastian itu perlu walau hati sudah mengerti jawapannye..

ah..yang dirangkul itu pasti halal..

dan bila pula aku ye sahabat?

Adeqq said...

AJ

Aku bukan jenis yang mudah meluahkan. Itu yang aku tanyakan di blog aku, salahkah kalau perempuan yang mulakan? Dan kamu sudah jawab di baris-baris akhir itu. Tiada peraturan kan?

Dan untuk entri ini, kamu buat aku yakin. Tanks AJ. =)

AJ Nismihan said...

ayydan
ya, penyegan.
di utara, penyegan itu bersamaan dengan pemalas di tempat kamu.
dan
kamu tahu kan aku si pemalas itu.
dan malas aku bersebab.
*senyum*

HEROICzero
kan hidup ini warnanya bagai-bagai, pemahaman dan tatacara juga berjalur-jalur. Maka, pasti saja ada yang kita yakin dia tahu, sedangkan dia tidak.
ah, senyum saja untuk perbedaan ini, sebab yang berbeda itu lebih unik, dan bahagia; asalkan kita tau cara berlembut dan berkeras.
*senyum*

sicantikRose
cara kita-kita berbeza rose.Kamu masih boleh memekik sekuat hati kamu, tapi tanpa suara. Action speak louder, but you still need some word to confirm all the speculation.
ah.
sesekali jadilah si gila yang berdiri di luar kotak diri sebentar, dan balik momen berikutnya dengan bibir telinga yang merah padam.
menyesal? ah, kalau kita tidak cuba, mana kita tahu?
apapun.
tiap kita lain cara.
dan kamu pasti ada yang terbaik untuk kamu sendiri kan?

Anonymous
ikutlah sudut mana yang kamu guna.
aku menulis dari pemerhatian ku, dan pasti juga aku memerhati hidup aku sendiri.
*senyum*

nasikputeh
lewat?
ah.
tidak pernah ada yang lewat.
dan, kamu meniti sini balik pun aku tadahkan dengan penuh senyum.
ambiklah yang mana baik, yang buruk, kamu tinggalkan pesan, agar aku bisa berubah.
boleh?

AJ Nismihan said...

Anum
siapa aku pun, kita tetap kawan kan?
Dan, andai benar berselisih, dan aku sedar hal itu, aku 'cuba' untuk tegur kamu ya.
ah, anum kan anum, bukan sukar nak kenal kamu luar sana kan?
*senyum*

Untuk si 'dia', aku doakan rahmat Allah ada saja untuk kalian. Berpacaranlah dalam batasan, pasti lebih indah dah benar-benar manis. Paling tidak, tiada sesal hujung nanti kan Anum.

ah. kamu dah pulang? Alhamdulillah.Nikmati nikmat berkeluarga ini ya Anum, mana tau esok lusa keluarga kamu dah jadi sub yang lain, dan momen nanti pasti tukar-tukar.
lagi satu, lara cari kamu kan?


SZ
dan kalau itu yang kamu rasa, kita doakan agar yang ditentukan jodoh untuk kamu itu biar membahagiakan kamu setiap detik pernikahan nanti.
dan moga, semuanya dalam restu-Nya.
Ameen
*senyum*

seroJa
ya,sometimes.
but confirmation still needed, cause guess can be wrong.
dan aku tahu, hawa pasti begitu; dan sesetengah adam juga begitu.
dan untuk kamu,
moga ada yang bisa rangkul kamu semesra mungkin dengan izin-Nya dan biar kamu bahagia dalam mesra seorang teman nanti.
Ameen.
bila?
Maha Esa lebih tahu, dan kita bukan sesiapa selain mampu berdoa saja kan sahabat.
*senyum*

Adeqq
dan memang yang aku tulis ini untuk kamu; barangkali.
*senyum*
Siapa yang berperaturan itu untuk kita langgar?
Tiada kan.
Maka, mulakan lah sekiranya hati cukup kuat dan benar penuh yakin; walaupun kamu jejaka, atau si gadis.
ya, memang tiada peraturan.
Dan Saidatina Khatijah sendiri tahu tiada peraturan ini kan Adeqq.
Ah, kita kan kawan.
*senyum*

alhena said...

Perempuan lebih suka kata-kata, lelaki lebih suka tindakan dan yang penting.. halal!

Fiq Vertigo said...

kena latih bibir supaya tak ego sangat nak tutur "saya suka awak"

"saya suka awak"

ada dengar?


*senyum kambeng

AJ Nismihan said...

Hena
dan wanita sendiri sedar yang kata-kata tak cukup tanpa tindak yang selari kan?
dan jejaka sendiri tahu yang tanpa wujud kata-kata yang jelas, pasti wanita tertunggu tanpa terus ada jawapan kan?
dan itulah unik kita.
tahu, tapi tetap gagal mahu.
dan, tanda itu kita tidak pernah sempurna.
jadi?
sesekali adakan yang unik, yang khas untuk dia.
dan asalkan halal, Allah barakati sekaliannya.

dan tahu?
yang haram itu pasti sukanya lebih pada nafsu, dan bukan sayang.
mahu kamu di jawab "Saya bernafsukan kamu" dari bisik "Saya sayangkan kamu"?
*senyum*


Fiq
bagi aku, andai benar hati dah luntur benteng teguhnya, bisik sayang suka itu pasti terjuih keluar tanpa sedar.
biarlah sesekali yang bertahan itu adalah malu, dan bukan hanya semata ego.
dan tak salah berego bila perlu kan Fiq.
"saya suka awak" kambeng.

*senyum*

Miss Aidan said...

AJ,
Tak mengapalah kalau kamu "penyegan" pun. Menulis disini sudah cukup aku rasa.

Kadang-kadang, bila terlampau dikenali, kehidupan itu akan jadi resah. kan?

JN sudah launch bukunya. I am totally impressed to those who can write well. Where the hell they got the ideas ha? *speechless*


haha.

AJ Nismihan said...

r.a.e.s.a
ah,kamu tahu,kadangnya pasti hati aku terusik untuk menulis bagi khalayak yang lebih ramai, dan pasti aku sendiri akan tersenyum bila naskah tulisan aku di tangan yang lain; berkongsi-kongsi gembira.
tapi.
biarlah.
belum itu yang aku mampu.
kamu sendiri boleh menulis, paling-paling tidak untuk bacaan kita-kita kan.
*senyum*

miss nina said...

terasa kasih sayang itu cukup ikhlas, baik dari perbuatan mahu kata-kata.

sungguh indah!

AJ Nismihan said...

miss nina
Maha Esa sendiri sukakan keindahan.
dan untuk itu, perlu adanya peraturan dalam hidup yang penuh indah dan cobaan ini.
kamu juga pasti boleh saja bahagia nina.
Ameen.

*senyum*

cendera jiwa said...

aku suka

AJ Nismihan said...

cendera jiwa
dan yang lebih aku suka bilamana kamu pun sukakannya.
terima kasih ya kawanku.
*senyum*