Berjuntai kaki.
Beralun-alun penuh kosong; tanpa daya yang benar, dan tanpa atur irama.
Pandang terlempar jauh.
Sejauh yang benar jauh, hingga si empunya sendiri belum tahu hentinya.
"Barangkali, begini jiwa kosong."
Lebih kosong dari baju cap ayam yang tulis terang katanya ‘Aku Jiwa Kosong’.
Bodoh.
Pengilang pasti bukan si bodoh itu, mereka benar hujan lebat-lebat sampai tiris jemari bersepuluh menadah laba.
Si pemakai aku kurang pasti, barangkali si polan tak kurang dari seorang perisik yang berlagak kosong dan membiar dilihat sebagai polos yang tidak ada apa-apa.
Jadi?
Mungkin kita; yang bagai bangsa malu bertanya dan segan menegur. Berkawan dengan bimbit gajet ditangan dan bukan dengan susun jasad di taman bagai dulu-dulu.
Mahu dilihat seperti mereka yang ramai itu, aku sendiri jadi bodoh.
"Oh. Masih di sini rupanya."
Masih beralun dengan irama kekerapan yang sama, dan dengan pasang kaki yang sama.
Seorang.
Berseorang dari jasad manusia yang lain.
Dan sunyi.
Barangkali hujung hayat aku esok-esok sunyinya begini ya? Itupun kalau mukar nakir cuti.
Ah.
***
Tuju hidup itu tahu, tapi tak benar kejar.
Halal haram itu tahu, tapi tak pernah kisah.
Biar semua jadi halam, halal pun halal, haram pun bedal.
Wajib dan larang itu tahu, tapi endahnya jarang.
Bila jatuh dalam-dalam, baru nampak Tuhan.
Hidup tak ada button redo undo, tapi kena terus; dan tak pernah akan ada hujung
Halal haram itu tahu, tapi tak pernah kisah.
Biar semua jadi halam, halal pun halal, haram pun bedal.
Wajib dan larang itu tahu, tapi endahnya jarang.
Bila jatuh dalam-dalam, baru nampak Tuhan.
Hidup tak ada button redo undo, tapi kena terus; dan tak pernah akan ada hujung
***
"Allahuakhbar ~ Allahuakhbar"
"Ah, Zuhur."
Hayun berhenti.
Turun.
Melangkah pelahan.
Kemana?
Hanya Allah yang Maha Tahu.
10 comments:
Aslmualaikum
jiwa kosong bila kita tak isikan dgn apa yg sepatutnya..
dugaan kiri kanan depan belakang atas bawah
moga kita sama2 kental melaluinya AJ
susah begini...
mlm2 ni aku dah stuck kat blog kau
yusuf
dan moga kental kita dengan isian yang benar baik dan manfaat.
ah.
aku takut saja lemas dengan duga yang sejengkal ini; dan kalau esok lusa yang berjauh lagi dalamnya, entah bagaimana lah.
sicantikRose
dan susah itu sendiri hidup kan Rose.
dan moga yang kita ambil buat terang susah kita adalah pelita permata yang benar terang dan bukan si bias cahaya yang kejap-kejao sebelum hilang dan jatuh lebih dalam nanti.
ah.
cendera jiwa
dan semoga ada yang baik buat kamu bimbit pulang sebaik menutup laman ini.
itu saja.
dan itu lebih baik kan?
*senyum*
Salam.
Kadang duga yang hadir tu tak terjangkau dek fikiran kan AJ? Dan kadang tuju hidup itu tahu tapi nak kejar itu lah. Kadang sukar, kadang lambat, dan akhirnya, terbiar lepas begitu. Akhirnya, salahkan masa yang tak menunggu. *sigh*
Betul.
Hidup tak ada redo,undo.
Selalu pantas tekan Ctrl+Alt+Del
Biar yang kosong2,yg busuk2,yg buruk2 tu lenyap terus
dari ada tapi tercela, nak lihat sahaja tak rela. Hati dan mata. 2-2 tak mahu jamah.
Terima kasih abang. Atas ingatan sepanjang tahun ini. Aku jadi tegar dan redha. Sikit hari lagi akan kudidik diri menjadi kebal.
Semoga ketika itu kau dan aku sedang duduk penuh perkasa atas kerusi.
akan ada sinar di hadapan.. insyaAllah~
salam my big brother
terima kasih untuk segala ingatan2 kamu sepanjang tahun 2010..beerkenalan dgn kamu disini adalah sesuatu yang paling manis dalam tahun ni..:) ambil lah ini sebagai pujian sahabat..
an untuk entry ini..ye kita masih lagi kosong yang benar benar kosong..aku berdoa..moga da yang mengisi hatiku tahun ini..dan aku pasti kamu juga mendoakan aku kan AJ..
ah kamu memang baik hati
:)
Eh, kosong itu kan mudah di-isi~?
=)
Selamat tahun baru~!!
Adeqq'
masa itu begitu juga, datang hanya untuk kemudiannya pergi dan merajuk tak mahu balik-balik sudah.
Biarlah.
asalkan, ada yang kamu bisa curi-curi ambik iktibar, moga esok senyum kamu makin manis dan dalam nikmatnya.
akhirnya, semuanya jadi berbaloi di nanti kan Adeqq.
Lara
semoga begitu, ameen
dan kamu, format saja cerita lama. biarkan yang pernah tinggal hanya carik-carik luka duri semalam, dan bukan bisanya yang kita biar jadi raja.
hidup ini bukan untuk dikusutkan, pasti!
kamu melangkah nanti-nanti, biar dengan penuh suka dan bangga, kerana ada lagi detik yang berbaki untuk kita usahakan terbaik untuk esok-esok.
begitu lebih baik kan Lara.
dan untuk itu, 2011 pasti lebih baraqah untuk kamu.
Ameen
ch!natsu
doa aku untuk kamu juga, semoga harapan yang ada lebih baik, dan terkecap sekejap pun biarlah dengan izin-Nya.
Ameen
seroJa
dan bagi aku, yang lebih manis andai kamu pandai pahatkan terus senyum di bibir mulus kamu.
ah, senyum itu lebih baik dari bercerita tentang luka semalam kan seroJa.
Semoga Allah berikan kamu lebih alasan untuk manis senyum kamu esok-esok kan.
Ameen
*dan kenal kamu juga satu yang baik untuk aku tahun ini. Alhamdulillah*
HEROICZero
Ya, betul. Kosong itu mudah di isi.
Andai kita tahu dan mengerti lebih dari yang kita tidak tahu.
ah.
susah kan.
Kosong itu mudahnya TERSALAH ini barangkali.
dan untuk kamu, semoga yang mendatang lebih baik untuk kamu dan sekalian keluarga kamu.
Ameen
Post a Comment