“Mungkin. Boleh atau tidak itu mengikut keadaan dan mahu aku saja, bukan?”sambil senyum nipis dengan gerak bibir minima. Ya, cukup benar minima.
“Interview lusa. Takkan tak ada insan-insan di sana yang boleh aku guna pakai buat jalan aku lebih lancar dan mudah”
*senyum*
kali ini lebih kasar dari tadi. Ah, sedikit saja lebihnya.
“Mahu mencari jalan mudah? Jalan pendek dari jalan yang lain?”
“Bukan sengaja aku mahu. Dunia pun begitu bukan? Semua ada jalan dalam. Kalau tidak, habuk pun segan mahu lekat pada jasad aku”
“Oh itu yang kamu yakin percaya kan?”
“Apa perlu yakin lagi. Semua pun tahu yang itu. Sepelosok sibuk dunia tahu. Ah, yang kamu panjang-panjang bising itu ini mahu hulur tolong atau sekadar mahu lihat aku melolong?”
“Sahabat.
Sesungguhnya, yang berhak itu tetap akan mendapat haknya. Andai kamu benar layak untuk itu, kamu akan dapat hak kamu.
Jadi, biarlah semuanya dengan jalan benar, dan jauh dari pengkhianatan atas insan lain yang mungkin berhak”
“Hak tak hak, nak tolong atau tidak ni? Orang lain pun guna kabel jugak. Takkan kamu yang lama berbimbit tangan persahabatan ini tak mahu tolong? Sombong! Sudah jadi tuan lupa dengan sekawan kita kumbang-kumbang dulu!”
“Dan atas sebab sahabat kamu lah aku berpesan. Jangan menjadi pencuri dan perampas. Sesekali kamu takkan senang”
“Hari ini kamu mula dengan satu penganiayaan. Esok-esok laba yang datang kamu rasa ada berkatkah? Yang kamu suap pelahan-pelahan ke jamahan sang putera puteri kamu tuh cukup benar bersihkah? Dan kalau yang ini pun kamu boleh halal kan, tak mustahil pendosa bisa lihat yang salah lain juga kecil dan tidak apa kan?”
“Kawan. Ini bukan Jumaat. Aku bukan mahu khutbah kamu. Sombong itu sombong lah” lalu hanyut ke muka pintu. Mahu gegas pulang.
“Kamu tak tengok televisyen barang kali”
Dia sempat berhenti sejenak dan berpaling pandang sekejap.
Ya, cukup sekejap yang kemudian terus melangkah pelahan tanpa pernah mahu faham.
“Ya, televisyen. Sekarang orang tak mahu kabel-kabel sudah. Semua mahu potong. Pakai broadband. Pakai wireless. Kamu saja yang tinggal kolot mahu guna kabel, dan sombong dari bersujud tanpa wire dengan Maha Esa Tuhan!”
Ah. Tak sampai pun.
Bisik aku hanyut dalam sibuk-sibuk manusia di luar.
Dia dah pun hilang sebelum sempat aku menelan baki nafas. Malah pergi begitu tanpa sempat berbasah salam. Ah. Aku ini bukan siapa-siapa kan. Sedang dengan Maha Esa Allah pun dia jarang beri salam, inikan si marhaen rendah darjat seperti aku, apatah lagi bukan?
*senyum*
15 comments:
*senyum juga baca tulisan kau*
itu la manusia. Selagi bisa menggunakan kabel, mereka pasti menggunakannya tanpa memikirkan natijah2 yang bakal mereka terima masa hadapan.
hey! jika mahu berjaya, usaha! bukan guna kabel...aku benci suku-sakat manusia yang tak reti berusaha dan mengharap dengan yang Esa. Tapi sentiasa mengharapkan akan ehsan manusia sekeliling mereka. Sampai bila?
Baguslah kamu mengingatkan tentang yg satu ini. Sekurang-kurangnya kamu menjalankan tugas kamu sebagai manusia dan umat Muhammad di muka bumi NYA. =)
Ayyan
tahu tak, aku dah lemas dengan peluk2kemas orang mahu itu ini.
sedar tak yang aku sendiri bisa tertarik di 'sana' untuk menjawab itu ini yang aku benar sendiri tak mahu!
sudah-sudah lah. Kalau kamu benar boleh, tak ada yang mampu halang itu. Bukan?
kalau pun ada tangan-tangan ajaib yang kuis buang kamu dari senarai, biar dia yang menjawab dengan-Nya esok. Asal kita bukan satu dari berjuta kudis-kudis buta dunia sudah.
betul kan.
^_^
sinis dan tipikal.
tp memang itu yang sebenarnya~
wallahualam~
kita merancang~
ALLAH yang menentukan bukan?
manusia itu sendiri di kurniakan akal dan kudrat untuk di guna pakai apabila perlu.
mendapatkan sesuatu tanpa usaha bagaikan pekerjaan yang sia-sia.
esok-esok di tarik balik nikmat Tuhan baru nak teringat baru nak menyesal.semasa sihat dulu tak tahu apa itu erti syukur.
berikan peluang pada yang berkelayakkan adil itu harus ada.
yang dinamakan manusia..
¶A.K.I¶
exactly.
dan biarlah kita buat sehabis baik, supaya yang nanti2datang itu kita penuh dengan syukur; dan bukan amarah sedih itu ini.
pisauBelati
andai semua penuh mengerti itu ini, tak perlu kita ada dosa dan pahala serta syurga dan nerakalah.
kan sifat kita itu tidak sempurna.
terlebih percaya pada yang nampak, dan penuh ragu pada yang dijanjikan.
jadi, biarlah berpimpim dengan sekalian yang kita mampu, agar kita dan sepelahung yang kita boleh bergerak dalam jalur bahasa yang lurus kan.
betul belati?
~ah, aku lama tak menjengah kamu kan.Moga kamu aman-aman ya sahabat~
Lara
dan manusia itu ada bagai-bagai hujungnya nanti kan lara?
selagi boleh, kita pilih.
selebihnya?
let The Right One decide.
budaya subsidi orang melayu. its all pointing back to 'gomen' and diri sendiri juga
wa benci kabel.. sebab kabel kadang2 manusia yang lebih layak hilang peluang.
manusia..
lebih suka bnda mudah dari susah payah usaha. lumrah.
hah, kena sebijik.
susah jugak kalau main kroni2 ni.
subsidi dijadikan untuk membantu org yg susah, tp akhirnya makan diri orang kita juga.
Tapi tak semua. Cuma ada segelintir yg kurang mahu berusaha dan mengharapkan kabel2 dapat membantu mereka.
sabarlah bro. org2 camni sampai bila2 pun takkan sedar.
moon
Australian juga ada subsidi.
Di Brunei juga ada subsidi.
Di Arab Saudi juga ada subsidi.
Mana saja.
Tapi, mentaliti yang beza-beza bikin result yang beza-beza barangkali.
ya. aku point pada diri sendiri juga sesekali.
Berpesan pada aku yang selalu saja lupa.
dan, lupa lagi.
nemo
bila benci, bawa jauh diri.
jangan esok kita yang dibenci diri sendiri. betul kan nemo?
asalkan tahu limit dan takat jiwa, mampu juga nanti bertatih mencari jalan-Nya.
Is
mana pun ada Is. Nak masuk U. Nak masuk sekolah. Nak dapat tender. Nak dapat kupon. Nak dapat tiket VVIP konsert. Nak dapat parking lot. Nak dapat sial.
semua.
pilih jer jalan hitam mana kita mahu pergi.
tapi, kalau mahu yang putih, pilihlah yang putih.
ayyan
subsidi is subsidi
but, the mentality is something more than just that.
bagi aku, ada yang perlu, dan ada yang tidak perlu.
panjang hurainya.
yang kabel saja aku benci panjang-panjang.
dan selalunya, yang jenis ini yang jadi tahi busuk sebusuknya esok lusa.
oh.
mungkin sebab mulanya dah buruk kan.
waulahuallam.
hurmm.. sbb tu aku bole senyum dengan kerja aku sekarang. datang ke kedah dengan tak kenal sesiapa langsung. alhamdulillah
kalau hari ni kita ambil hak org lain, jgn menangis bila esok-esok ada org lain ambil hak kita pula..
Hena
dan lebih takut, andai yang mereka ambil rampas itu yang kita tidak pernah lintas mahu lepas!
pasti perit.
dan panjang luka.
Ya.
seperti perit dan panjang luka 'mereka' bila 'kita' ambil hak 'mereka' yang lain.
tahniah untuk kamu Hena.
AJ
usaha atas kudrat sendiri, walau kecil hasilnya lebih manis bukan?
aku sering ingatkan diri, bila mati nanti walau sehebat mana kabel aku ada, mana mungkin boleh menolong aku kecuali "3 kabel itu " :)
Post a Comment