Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 1 November 2010

Tahun yang nanti-nanti.

Babah, kenapa tak beli buai elektrik bagi adik?

"Mahal lah sayang"
Ya. Itu jawapannya. Jawapan itu telus.
Tapi, bukan untuk ketika ini.

Buah bicara aku perlu lebih mendidik.

*senyum.*

Sufia, kamu tahu tak? itu tanda Babah sayang kamu.”

*berkerut* dahinya.

Buai elektrik itu Sufia tidak ada, dan Babah akan pastikan adik pun tak dapat buai yang sedemikian juga

Kita tak mampu ke Babah?
Ya. Babah tak mampu.”


*Senyum*

Yang Babah tak mampu kan adalah berjauhan dengan kalian
Babah tak mampu untuk biarkan sayang dan adik besar jauh dari kerlip-kerlip mata Babah. Biarlah dalam mencari lena itu, sayang dan adik pandang jujur di balik jernih mata Babah, sambil mendengar marhaban yang tak sudah-sudah berbasah di bibir Babah


Si kecil Sufia tersenyum. Sambil halus bibirnya nampak manis di biar terliuk bak limau seulas.

Biar nanti, kalau Babah pun mencari lena Babah yang terakhir, biarlah sayang, adik mahupun mama yang berbisik-bisik syahadah dan memandang Babah dengan pandang sayang dan doa yang tak putus-putus

Boleh?


Soal tak berjawab.
Si kecil berlari menyusun langkah pada Mama yang masih membelek-belek alat elektrik lain di susun kedai tersebut.
Pelahan-pelahan, mata aku yang berkaca sendiri.
Dan lancar aku tadi pelahan-pelahan bertukar menjadi serak yang basah di hujung tutur bibir ku; ~Al-Fatihah~

16 comments:

Seroja Jingga said...

uh AJ
sebak.,.aku tak tahu bagaimana nak diluah kan..
dan aku tahu kamu pasti teringat kan abah kan

alfatihah biat arwah

AJ Nismihan said...

SeroJa
Tahu tak,ada satu sudut yang setiap kali terpandang, pasti nampak 'dia'. Ah, aku takkan tumpas dengan sebak itu sebegitu saja kan, aku harus berpegang paut pada lafaz kalimah agung-Nya, moga paling tidak, anak yang tidak sempurna ini masih mampu menyampai sedikit usaha buat seorang yang tersayang itu.
Semoga, esok lusa, sufia dan adik-adiknya ingat aku yang baik-baik kan SeroJa.
=)

SZ
Aku sayangkan dia juga.
Cuma, mungkin sayang aku tak sempurna, dan ada compang camping sana sini.
Biarlah, paling tidak, Maha Penyayang itu lebih Menyayangi dia dari aku.
Kalau aku jadi anak yang baik hari ini, dan ayah yang baik esok nya, aku masih mampu bertemu dia semula kan.
Insya'Allah.

... said...

mahu rasa perasaan itu ...

Seroja Jingga said...

biarkan rindu itu berlagu AJ..tak salah.. dia abah kamu..
ah sebak lagi aku

Adeqq said...

Bicara menyentuh kalbu. Semoga Sufia akan lebih mengerti bicara kamu AJ. Kamu pasti sudah buat yang terbaik kan? Dan dalam yang terbaik itu, pasti ada kurangnya kan? Maka lindungilah yang kurang itu.

Dan untuk arwah abah kamu, doakan yang terbaik. InsyaAllah, tenang di sana. =)

¶A.K.I¶ said...

andai kita sedar keadaan itu.
tapi kita jarang untuk memikirkan.
thx aJ!
al-fatihah

Frodo Baggins said...

tiba2 nak anak...
hahahahhaha

>>___<<


((Serius sedih ... alfatihah))

AJ Nismihan said...

GreenRosa
Kamu tahu, rasa itu bukan dijemput datang, pergi pun bukan sempat aku sampai salam.
Ia memipih datang bila perlu; dan buat aku sedar yang aku ada terlepas itu dan ini.
Dan buat peringatan untuk aku sama, barangkali.

seroJa
ya.
kadang-kadang.
abah bukan sejarah bagi aku, tapi teman yang sentiasa ada
sentiasa buat aku tersedak bila mana suap makan aku tak cukup jernih
=)

Adeqq
Aku suka yang ini Adeqq
"Kamu pasti sudah buat yang terbaik kan? Dan dalam yang terbaik itu, pasti ada kurangnya kan? Maka lindungilah yang kurang itu."
Ia cukup merangkumkan apa yang aku mahu.
Ah, ya doa saja yang kecil-kecil kita mampu simpan buat kan Adeqq.
Terima kasih.

¶A.K.I¶
Ah kamu, Selamat menulis kembali. Lama ya bercuti tuh =)
Ya, andai kita sedar.
dan bila kita tersedar itu, gunakan sebaik boleh. Kan?
Ah, aku yang patut berterima kasih dengan kamu AKI.
Ameen

Frodo
kadangnya cukup indah,
tapi, mengenang natijah andai yang kita besarkan itu menjadi racun dalam hidup, ia cukup menakutkan.
Aku pohon ia menjauh, dan biar yang baik-baik sahaja menjadi dalam pelukan aku.
Semoga Allah memperkenankan.
Ameen

beautiful_rose said...

tersentuh hati pada kasih kamu terhadap sufia.tegas dalam kelembutan.

aku kagumi cara kamu AJ.

abgreds said...

salam aj..
keletah si kecil itu bukan siapa-siapa
itu cuma kita yang kecil dulu-dulu
dan seperti dia juga
kita cumanya mahu meminta dan meminta
pada orang tua kita dulu-dulu itu
sama saja..
moga aj bisa menjadi ayah, sebaik ayahmu dulu
atau lebih baik..mudah-mudahan.

Aya de Luna said...

sedih. aku masih lagi seorang anak. tapi bukan yg baik pastinya.

Fiq Vertigo said...

AJ

aku paling rindu babah aku sekarang. aku pakai baju panasnya ke kuliah. aku mahu ada bau dia linger bersama aku sampai bila-bila.

babah pernah cakap, sewaktu aku masih hingusan, babah bacakan sajak buat aku...aku tak paham sepatah pon AJ. malah aku tak ingat pon..

AJ.

aku rindu babah aku

miss nina said...

AJ
saya suka jika dari kecil si kecil tahu dan faham erti kasih sayang.

rasa tersentuh

AJ Nismihan said...

beautyRose
Semoga yang baik itu untuk aku dah keluarga, dan kamu, keluarga kamu, dan sekalian sahabat-sahabat kita, dan keluarga mereka.
Ameen
=)

abgreds
dan yang meminta2itu sendiri sifatnya si kecil; dan kita yang lebih matang la kena bijak lentur pelahan rebung sebelum menjadi bebuluh kan sahabat :)
Ameen.
Semoga kamu juga yang baik untuk keluarga kamu.

Anonymous
Semalam itu biarkan menjadi semalam, yang penting, kita masih ada detik ini untuk menukar warna-warna hidup.
susah?
ah. dah namanya hidup, pasti ada susah dan payah bukan?
Semoga fitrah mencari kebaikan dalam diri kamu menjadi raja ya sahabat :)

fiq
aku sendiri tak pernah paham satu dua hal, sehingga aku sudah hilang 'dia'; dan baru aku mengerti sedikit itu.
kenapa?
pengelaman yang kita kutip dalam perit jerih hidup buat kita lebih tahu dari tidak; asalkan kita celik dalam terang :)
Aku doakan rindu kamu itu berbasah dengan kalimah Tuhan ya sahabat; hidup di sini atau di sana pun dia, dia tetap perlukan doa kita kan?

miss nina
itu yang terbaik.
semoga, esok lusa, mampu dia ceritakan hal kasih dan sayang yang benar itu pada cucu aku dan berterusan.
itu yang terbaik.
bukan?
=)

alhena said...

aj:
sebetulnya sudah banyak kali entry ini aku baca. dan perasaan yang sama hadir setiap kali aku habis baca entry ini. terkaku dan tersentuh.

sejujurnya aku tak tahu apa komen yang terbaik untuk aku berikan pada kamu. aku sendiri tersentuh dengan kasih sayang kamu untuk sufia, lahir dari lubuk hati kamu yang paling dalam.

aku doakan untuk kamu, semoga sufia menjadi anak yang soleh..

aku juga rindukan abah aku, dan doa aku yang juga tidak pernah putus agar abah aku kembali sihat..

AJ Nismihan said...

Hena
Alhamdulillah.
Moga, ada selit satu dua kata yang mampu bawa baik dalam hati kamu.
Percaya tidak? semua sang ayah kasihnya cukup benar dalam pada puteri dan putera hatinya; cuma, kadang dia gagal membuat kasih itu tampak, dan kita si anak gagal baca kasih itu dari lagak biasa dia.
sayang kan?
terima kasih untuk doa kamu.
dan
aku sendiri doakan kamu jadi yang terbaik untuk keluarga kamu, dan esok lusa, anak2kamu jadi yang terbaik untuk kamu.
insya'Allah.
Ameen

*senyum*