Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday 30 November 2010

“Adik tak mahu yang ini!”

Ini Kakak punya. Adik nak yang baru!

*senyum*

Mana mampu disedia semua segala bersilih ganti yang baru-baru saja. Dan bukan sikit-sikit kemampuan yang perlu untuk jari-jari keras kasar ini berdaya koyak-koyakkan plastik pelapik alatan baru untuk si kecil, kerana yang cuba berdaya mampu ini sendiri kecil-kecil manusia yang sekali sekala meminjam air mata yang lain untuk melepas lelah kerana yang dia-nya sendiri sudah habis; kering.

Ah, apalah tahunya si kecil untuk membilang kerut pada jiwa yang berselindung balik bibir keras yang berpaksa-paksa semampunya untuk menguntum senyum; jujur buat dia.

Zahin sayang Babah kan?
bersentuh selembut mampu mengapai si kecil ke dakap kemas mesra sayang. Biar berasa pindah degup nadi ini ke tubuhnya yang masih bertatih mencari makna hidup berdunia ini.

Tapi, Adik asyik dapat yang lama saja. Akak saja yang baru!
masih belum berhujung bentak si kecil dalam serak-serak suaranya. Itu bisa buat jiwa yang lemah ini kalah sentiasa. Ya, kalah saja!.

Sayang tahu satu tak?
berjawab tanya itu dengan berpaling lembut wajahnya pada Babah. Mata berkaca itu masih di situ.

Ini sendiri kesayangan Kakak

Yang Babah pandang, Kakak tak pernah lekang dari membibit sayang pada yang ini. Dan tak pernah pudar rasa yang dulu biarpun dah bertahun dipeluk kemas yang ini dalam rangkul kecil dia. Alih-alih, Babah ambil juga yang Kakak sayang ini buat Zahin. Jadi, Babah ni zalim lah kot kerana biar yang bersayang antara mereka berpisah semata mahu beri yang ini pada Zahin?

Mata jernih itu berkelip. Ah, belum tempus faham si kecil ini dengan bahasa itu. Aduh.

Begini. Babah berikan yang milik Kakak ini bukan semata mahu Zahin sentiasa dapat yang berbekas-bekas, sebaliknya mahu Zahin sendiri rasa yang Kakak mahu saja berkongsi yang paling dia sayang dengan Zahin. Mahu biar sayang itu berasa dan meresap dalam-dalam jiwa Zahin, dan biar Zahin sendiri rasa yang sayang Kakak itu lebih dari apa yang kita pernah fikir

Jadi, salahkah kalau yang Babah panjangkan pada Zahin ini apa yang terbaik?

Tapi, tetap barang bekas. Adik nak yang baru. Kakak asyik dapat yang baru!

Percayalah, kita mampu usaha dapat yang baru dan baru saja, tapi pasti mana yang baru itu lebih baik? Dan percayalah juga yang melepaskan apa yang kita sayang lebih perit sakitnya dari tidak mendapat yang baru. Tapi, Kakak masih mahu buat yang itu sebab sayang dia pada Adik Zahin lebih dalam dari pada yang lain. Boleh begitu?

Tak ada angguk.
Tak ada ngeleng.

Sayu bayu similir pagi yang berbaki menjadi teman hati yang memandang jauh pada sepelahung suara.

Aku yang sekecil ini dulu pun pasti bising seperti ini, dan tak mampu melihat jauh dari apa yang terpandang, kan.

13 comments:

CGG said...

tak mampu melihat jauh dari apa yang terpandang, kan.

shuke ayat2 nie..
unik!

NAJ HEBAT said...

kita semua sama je.
mesti bising kalau dapat bekas orang, kita nak yg brand new aje.

mcm tu lah masa kecil.
'tak mampu melihat jauh'

hidup diteruskan. still banyak yang harus dipelajari.

fuhh~
perjalanan masih jauh. kan kan kan?

little ain said...

indeed perit. tapi hidop bukan untuk nak dapat yang baru je kan.

ain pon rase macam tu jugak time kecik2 dulu.

AJ Nismihan said...

CGG
*senyum*
tapi, andai yang di situasi itu kita, pasti seram sejuk mahu menyusun kata dan membiar hati yang berbentak tanya itu berhati puas nanti-nanti kan?

NAJ Hebat
ya,sama sahaja. kita semua sama. dan masih seperti manusia yang tidak akan penuh sempurnanya bila-bila.
dan jauh perjalanan itu pasti lebih jauh andai kita tidak pernah tahu tuju kita yang benar-benar, kan Naj?

little ain
perasan tak, hidup kita sentiasa ada yang baru dan yang lama.
berkasih pun sama.
bukan semua yang kita sayang itu adalah kasih pertama kita; dan bukan semua yang kasihkan kita itu sedang bercinta pertama kali dengan kita.
Apapun, biar yang dulu jadi sejarah, dan buka kitab baru untuk kita-kita yang lain.
Dan seperti lain, perit dulu biar jadi pengajaran, dan esok mentari bisa bercahaya dengan jalur sinar yang lain.
Setiap itu, ada baiknya untuk kita; kita yang perlu dalam dalaminya, kan ain?

eiffel said...

mdapat yg bekas2 mgkin lbh baik dr xdpt apa-apa bukan?

ah, mgkin aku sudah terbiasa xmndpt apa2..

hanya mampu memndg kanak2 mgusung permainan mereka..terkdg hati dipalit rasa cemburu...

dpt bekas2 permainan kakak2 sudah dikira untung..pd ktika itu...

mgkn sudah terbiasa dr kecil..bljr apa itu kgsi..
dn bilamana aku xdpt apa yg aku inginkan..ia mmbuka mataku pada ktika ini..

hey, dlm dunia ini...bukan smua di dunia ini kita mampu miliki!!!dn bukan smua perlu dimiliki...

dn ia mgajar aku utk berpijak dibumi yg nyata..

Frodo Baggins said...

dapat barang lama?
tp yang paling disayang?
owhh, masa kicit dulu ...
x pnh mau paham .. hehe
skrang??

miss nina said...

sekalian kalinya saya bertandang sebelum menulis di ruangan ini.

semasa kecil, mahu saja yang baru2.
kadang2, kerana kecilnya dunia semasa itu, tidak nampak betapa sudah sebesar2 keringat yang tumpah.

malu saya kerana pernah menjadi anak kecil itu. sedangkan kasih yang ditebar luas tidak bertepi. bukankah itu sudah mencukupi buat bekalan hingga tua nanti?

beautiful_rose said...

kadang kala kita ini sama saja dengan si kecil.merungut,memilih,dan cerewet bila berkehendakkan sesuatu.yang lama-lama di abai sedang yang baru pula di sayang2.bila satu masa nanti yang pernah di sayang2 itu buruk maka perlu kah ia di buang? sedangkan masih baik keadaannya,cuma serinya saja sudah semakin pudar.

Seroja Jingga said...

"melepaskan apa yang kita sayang lebih perit sakitnya dari tidak mendapat yang baru."

yg ini sangat berbekas dalam hatiku AJ.sangat sngt.dan untuk ini..ade air jernih yg mengalir..

HEROICzero said...

harus sesabar ini melayan kerenah anak2..

Ah kalau aku sedikit sabar memahami nasihat 'dia' semasa kecil, pasti aku tidak akan jadi begini.

*termenung*

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

pernah lepaskan yg wa syg..
gila sekejap..
tapi masih syg..


tq Allah..

AJ Nismihan said...

eiffel
yang terbiasa itu lah yang bina kuat lemah kita hari ini.biarlah, semalam yang begitu pasti buat kita lebih hargai yang ada muncul hari ini, pastinya.
maka,berimpilah sejauh mana kita mahu,tapi berpijak dalam nyata sebelum ada tangis2kecewa turun.
ah,apa yang ada itu sendiri sudah cukup besar untuk kita kan eiffel :)

Master Frodo
kita ada ego seorang kanak-kanak tika itu kawan.
dan, kecewa atau tidak, semuanya jadi rencah pandang kita pada dunia hari ini.
mahu kamu paham yang hari ini? pilihlah sendiri arahmu sahabatku.

miss nina
sekali atau selalu,kamu pasti dijemput penuh hormat yang aku mampu.
dan jangan malu menjadi siapa kita dulu, kerana itu yang bina karektor kita hari ini kan sahabat?
dan aku bangga nakal riuh aku dulu; sampai kini.

sicantik Rose
ah,dah namanya sendiri manusia yang penuh dengan emosi. Sedar tidak, kita sendiri masih si kecil,cuma renggek kita dalam intonasi dan kondusi yang bagai-bagai.Asalkan sayang,takkan pernah nampak buruknya, dan pudar itu pasti ada jalan mencari sinar baru bagai bercahaya jugakkan Rose?

AJ Nismihan said...

seroJa
dan bukan bekas itu datang yang bawa sakit yang semata perit tak bermakna buat kamu kan?
life is about fall and rebound; and that hurt should teach you more and meaningful life.
and I pray for your greatness in future sis.
Ameen

HEROICzero
ya, harus sesabar itu.
kerna dulu kita sendiri pernah menduga sabar si ayah.
ah, takkan pernah ada lewat dalam mencari jalan yang lebih baik kan kawanku
*smile*

jackAlvin
dan Allah bagi yang betul-betul lu sayang pada lu, dan lu dakap kemas tak pernah lepas.
Nanti-nanti bila ada yang lebih masyuk, lu akan rasanya.
Lu sendiri kuat kan sahabat ku Alvin :)