Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 18 November 2010

Bunga-Bunga Matahari

Konvo nanti, nak bunga matahari dari awak ya
sambil membelek intai pada bunga-bunga yang berderet susun di ruang itu. Cukup indah susunnya; bagai ada bibir yang senyum penuh sopan di balik susun lesung pipit halus.
Bunga matahari? Kenapa pulak?
basah kata itu luncur dari bibirnya. Lembut mendayu tutur tapi tetap dengar jelas.

Ah, Awak kan matahari saya?
tersipu. Kemerahan pipi sedikit jelas kali ini dan kaca mata bersinar bagai bahagia dalam tuturnya; tersenyum
Kalau saya sendiri matahari awak, buat apa lagi awak idam impi sepemeluk bunga matahari yang ini lagi” ah, dia ni kan!

Yelah, awak tak pernah tunjukkan yang awak sayang saya. Awak tak pernah jelas terang tunjukkan yang awak benar mengasihi saya dan betul mendalami rasa cinta pada saya. Biarlah nanti ini buat galang ganti pengikat rasa yang saya alami dengan awak nanti

Gagal pun saya tunjuk pada awak tetap awak faham paham susun jiwa saya bagaimanakan?. Seperti juga matahari, tak perlu ada notis dan peringatan harian, tapi sampai saja waktu siang, nanti pasti matahari datang dan menyelimut bumi sepenuhnya dengan dakap mesra jalur cerianya; senantiasa. Saya sendikian kan matahari, dan menghijau bumi ini sendiri awak lah. Seharusnya semua ini sudah awak dalam ertinya kan?

Bagaimana kalau saya sendiri salah faham. Awak bagai guru yang mendidik, dan saya seperti pelajar terbaik awak yang paling awak sayang. Dan saya sepenuh jiwanya percaya dengan sayangnya awak. Tapi, bila ada ujian segala ujian dan sekalian besar-besar datang menyelinap masuk, saya gagal lulus sepenuhnya kerna saya salah faham dengan apa yang awak didikkan. Saya betul percaya yang awak sayang kan sayang sepenuh nafas yang pernah ada didada awak, rupanya matahari awak mana tahu tidak selebih dari hanya menumpang letak senyum dan sedikit bahagia untuk saya

Ah, perempuan memang ada-ada. Suka berkata matahari ini terik sangat bila panas, tapi bila mendung bising-bising tak kan kering baju di ampaian, dan bila saja redup yang benar-benar redup heboh kata yang siang pun gelap sampai perlu ada lampu-lampu. Itu belum kira gerimis lagi, hujan lagi, ribut lagi. Dan bagailah. Ada-ada saja!

dan kalau betul pun yang pasti saja salah itu, lelaki sendiri yang perlukan ada-ada itu untuk melengkap diri sendiri bukan? Kalau tidak, jangan kata awak mahu bercinta dengan lelaki sendiri? Dan jangan kata perempuan lain adalah lain keperempuannya dari perempuan yang lain? Dan tiba-tiba yang lain itu bukan ada-ada sudahnya.

Tiba-tiba senyap.
Dua-dua membisu dengan perit mencuka. Ulik manja tadi hilang dalam dua tiga mata. berkerdipan Kata orang, kesilapannya dan keegoan pasanganya bisa carik-carik tenang jadi kelibut,; jadi serabut yang berseriat tanpa tahu hujung asal.

Bunga yang dibelek tadi di letak pelahan.
Hati membukam bisu.
Dan semuanya bagai mahu mati kejap-kejap itu.
Ya, mati terus; sebelum berkecai air mata ini luluh turun.

awak” pelahan sayup.

maaf” hanya semudah itu?

maaf, kerana saya bukan menari dengan gaya yang awak mahu, tapi, seadanya hati ini benar mahu menari sebagai jiwa saya sendiri dan sebolehnya terbaik untuk awak. Dan untuk ketidak sempurnaan itu hanya satu tanda kesempurnaan saya sebagai seorang insan. Maaflah, takkan ada nafas yang berbaki untuk saya kalau bukan untuk ketentuan dengan jodoh saya. Dan moga itu adalah awak kan? Boleh?” ah, ada sedikit senyum.



Lepas hujan kan ada pelangi.
Cuma, pelangi itu takkan lama; hilang bila bias-bias basah itu kering dengan apa saja alasan, dan bisa hujan atau panas terik lagi.
Jadi bersedialah.

37 comments:

miss nina said...

Air mata sudah bergenang, mujur saja tidak mengalir

andai maaf itu bisa sembuhkan luka, tentu saja lebih tenang hati

AJ Nismihan said...

miss nina
kadangnya mungkin bisa,
tapi dalam momen yang lain, terlalu berat untuk hati menyimpan terus kata maaf itu kemas-kemas dalam jiwa. biar saja masa menentukan lama mana mampu maaf itu menyerap masuk dalam hati; dan matikan benci itu sekejap.
*senyum*

NAJ HEBAT said...

wow~

ok.

mendalam.

tu je yg mampu ckp.

nak selami lagi?

hadoi.

life's complicated. tapi indah. manusia pon indah. cinta pon indah. mcm2 perangai.

maCy said...

kosong.

apa kosong?

hati.

entry ini?

mendalam.

cukup.

AJ Nismihan said...

Naj Hebat
ya, life is complicated.
like a video game.
as long as we enjoy every challenge and every stage, we gonna enjoy the excitement of the game.
and easy game should be plain and bored rite?
so, life should be the same too!

maCy
tak ada hati yang kosong sekosongnya.
cuma.
hati kita takkan pernah penuh berisi anyam-anyam indah.
dan kalau kita pandang sudut yang belum berisi baik, pasti saja kosong itu nampak besar, dan besar-besar kan maCy?
*senyum*

SZ said...

sabarimon like this.

*sengih sambil berlalu mentelaah*

Frodo Baggins said...

hahahhahaha
entah, nak jugak bunga2 bagai
ehkekekkeke dah cukup ada dpn mata
nak jugak ada bukti?

ahhhhh, laras bicara x sama rupanya

pening.


>>____<<


((beli jer lah, x nak banyak fikir. wakkakakkaka))

beautiful_rose said...

suka! sungguh saya suka yang ini.
andai saja ada seseorang yang ungkapkannya pada saya,sungguh bergenang airmata dari tiap baris kata yang di luahkan.

sayang sekali saya belum pernah bertemu.mungkin juga kehendak saya terlalu berlebihan sampaikan Tuhan sendiri pun tak mahu tunaikan.barangkali bukan layaknya untuk saya kan.

aneh,pertama kali membahasakan diri sebagai "saya" di sini...sungguh ini yang layak buat saya jika nak di bandingkan dengan encik AJ.....

Adeqq said...

Salam.

Aj, maaf tak berkesempatan nak menulis. Sambil menaip ni pun airmata mengalir tak henti. Entah kenapa. Sejak 2 menjak ni.

Akan komen balas entry ini. Tunggu yaa~ =)

Seroja Jingga said...

Aj

yang baris akhir itu aku suka

mungkin lumrahnye perempuan..sekali sekala mereka mahu dengar sendiri tentang perasaan insan kesayangan nye..walau mereka tahu insan itu memang sudah sediakala ikhlasnye..aku juga kekadang begitu AJ..uh itu suatu masa dulu..kenangan dulu...ah masih ade dlm ingatan..tak salah yang baik2 itu aku simpan kan sahabat?

ah aku ini kan perempuan..

dan untuk ini
kamu benar2 buat aku tersenyum.

indah sungguh yang ini
:))

FatinZol said...

can i say something ?
based on my own experience,kita manusia kadang-kadang tak sedar yang kita mencari bahagia dengan menyakitkan hati orang lain.berperang,bergaduh,bermusuh, bermasam muka..dengan tujuan konon-kononnya mahu bahagia.
contoh macam pasangan dalam entry ni.masing-masing mahu bahagia,tapi masing-masing tak sedar telah terlukakan hati satu sama lain...
kelakar,kan kita,manusia ni ?

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

wa tada kata2..
biar wa faham sendiri..
jiwa mcm hilang lima minit..

AJ Nismihan said...

SZ
paling tidak, ada satu dua yang boleh kamu ambik simpan kan mon?
and i take it as compliment
*senyum*

Frodo
Lain padang, lain rumput rumpainya. Belalang pu lain.
Jangan kita anggap semua seperti kita; dan mahu apa yang kita mahu.
kalau macam tuh, dunia ni satu colour saja lah, dan pasti bosan dan too predictable.
be considerate, and expect unexpected.
hehe.
Gua tak pendekar macam lu Frodo. Lu lain. Lu hulubalang berlima.
Wa, main silat dekat rumah orang kawin jer.
(beli?baper sen nih?)
*senyum*

beautyRose
mana tahu kamu belum pernah bertemu?Mungkin ada; berselisih bahu, berlanggar itu, bertembung tanpa sedar.
Cumanya, belum jodoh, jadi gayanya belum keluar untuk kamu puja.
Ah,mintak saja yang tinggi-tinggi dengan Maha Esa, dan berpeluk lah dengan penuh harap dengan-Nya.
Lagi kita bergantung pada Dia, lagi Dia suka.
Tapi, kita bukan bergantung kosong kan rose?
*senyum*

'saya' berterima kasih kerana kamu suka yang ini.
~saya?boleh saja.~

AJ Nismihan said...

Adeqq
Kamu singgah saja sudah cukup besar maknanya Adeqq.
AKu tahu sibuk kamu bukan main-main, jadi utamakan yang utama dulu.
Nanti mana tau, bisa lihat jobah konvo yang manis-manis terukir lekuk senyum kamu di laman kamu kan?
Tahniah kawan.

seroJa
perempuan yang berlumrah beginilah yang memenuhi hidup aku;dan buat aku gembira.
Maka, mahu aku marah mereka buta-buta?
Pasti saja aku hilang yang tersayang kalau aku katakan ya. Dan berkata tidak juga bukan bermakna aku patuh tunduk lemah kosong-kosong kan.
Hidup ada balas-balas.
Sesekali biarlah mengalah, dan kita bukan sepenuhnya betul saja kan.
seroJa, simpanlah yang baik-baik itu, tak salah mengenang yang indah buat pedoman hidup.
ya, kamu wanita. dan aku pasti esok lusa kamu akan jadi wanita yang lebih indah dan bahagia lebih aman.
Ameen

FatinZol
itu tanda kita tak pernah sempurna sahabat.
ya, manusia takkan pernah sempurna.
dan mengharap itu ini sudah jadi lumrah kita.
dan pasti saja ada yang kita lukakan tanpa sedar.
tapi,carik-carik luka hati itu bisa kita belai balik dan susun buat pengajaran hidup, dan pujuk kasih menjadi penawar hati.
yang penting, jangan pernah anggap kita ini sempurna dan yang dikata semua benar, sesekali buka fikir untuk terima yang lain dan terima sepenuhnya dia seperti mana dia.
untuk itu, kelakar kah kita?
kelakar bagi yang belajar untuk faham, tapi sedih untuk yang membodoh alang membuta mata kosong-kosong saja.
betul kan?

jack Alvin
tak apa sahabat.
janji wa tau lu selamat sudah aman-aman wa.
dan tau, wa nampak lu lintas pun wa dah cukup bergumbira.
jangan lah biar jiwa hilang lama-lama, takut nanti 'dia' gagal cari pulang.
lu, pasti lebih baik dari yang itu kan Alvin.
ya, lu lah.
wa percaya itu.
*senyum*

Frodo Baggins said...

hahahhaha ...

contoh, wa bgtau dia ... wa x ske mkn sos.
esok, sos masih dihidang.
sekali lagi wa bgtau, wa x ske sos!
esoknya, sos masih atas meja ..

baik, wa nak hangin gila babi.
tp remeh sangat. nanti betul jd babi
wa x ske sos, tp dia ske. terima jelah ...
anggap saja sos merah itu,
ganti rose merah atas meja.
cantik jugerkk. ehkekekeke


>>__<<


hahaha wa bajet pendekar kundur!
abang emang manang kahkahkah

AJ Nismihan said...

Frodo
Macam lu kata, bila sebut pen mesti lah pen hitam.
tapi, dah ajar berapa kali pun masih nak bagi pen merah, pen ijor dan segala macam pen.

macam kes nih, pasal sos.
memang boleh bikin panas sebab lembap betul.

tapi.
betul ke lembap.
mungkin ada tafsiran lain.

ya, lu tak suka sos.
tapi sos itu tetap yang paling dia suka.
memang la sos masih tetap ada, tapi perasan tak volumenya dah kurang. sekarang yang terhidang hanya cukup untuk sekali dua colek dah habis. maknanya memang dia dah tak hidang untuk lu, tapi untuk sendiri-sendiri makan.
tapi.
dia pun satu.
napa tak buh jer dalam pinggan.
kan senang tak gaduh.

aduh.

tapi.
wa tak marah lu sebab tak suka pen merah tak suka sos merah.
wa tak marah dia sebab dia tetap nak gak bubuh sos, dan tak reti nak tukar dengan rose merah.
sebab apa?
sebab lu dengan dia compliment each other.
boring doh kalau asyik sama.

sesekali, layan jer.
lain la dia hidang babi masak tiga rasa, memang nak kena tendangan tanpa bayang pendekat santet ebi yus lah nih.

he he

Frodo Baggins said...

wakkakaakkakakaka
wa gelak guling2 baca

AJ Nismihan said...

Frodo
sekali pandang memang la gelak.
tapi kan...kalau betul-betul hal ini jadi depan mata, mau tersentuh hati.

hati pasti berbisik, "takkan lah tak tau"...

tapi memang banyak yang tak tau atau bodoh-bodoh alang buat tak tahu.

macam FatinZol cakap, manusia ini kelakar kan? dan dalam hal yang sama, manusia ini menyedihkan kan?

terpulang lah mana mahu kita duduk tumpang.

*senyum*

Frodo Baggins said...

hahaha
maksalah nyer, wa terhibur
dgn komen balas lu bro AJ.


"xkanlah x tau ..."


hahahha epic!

AJ Nismihan said...

Frodo
then i take it as compliment.

tapi memang situasi 'xkanlah x tau' tu berlungguk bersusun hari-hari.

tak ke sial.

eh.
silap.
wa nak taip lain.
ok.

tak ke sian.

sian, sebab depa tak tau hidup ni cukup pendek untuk rebut semua indah dunia, takut nanti kejaran itu tak capai-capai, last-last habis tak da yang tergapai buat simpan hidup kekal nanti.

manusia memang manusia.
tapi kalau dah teruk sangat, mungkin tu yang spesis erwin's evolution punya pesyen kot.
gua tak percaya benda tu betul, tapi yang sepesen perangai macam tuh banyak jer. mungkin manusia yang evolve jadi benda tuh kot.

~nak pi cari encik lopedia buat rujuk fakta. kot-kot masuk exam naik pangkat nanti hal evolusi manusia nih~

CGG said...

suke baca entri2 kamu :)

Seroja Jingga said...

Aj
terima kasih..senyum lagi

beautiful_rose said...

kalau yang saya jumpa itu hanya setakat pinjaman menumpang teduh saja.tak kekal lama,esok2 dia lari mencari teduhan yang lain.

barang yang di pinjam harus di pulangkan semula,tapi ini lain kesnya barang yang di pinjam,di tukar hak miliknya.dan saya yang kerdil ini hanya memandang sayu dari kejauhan melihat meriahnya majlis merahnya inai di jarinya.

semakin berusialah saya di sini,keluarga tak kurang juga bisingnya bertanya2 sudah berpunya ke belum.soalan bosan...tak menjana minda untuk berfikir.

eiffel said...

perlukah bukti andai kte sudah tahu tntg kebenarannya?

tak...bukan itu mksd hati seorg perempuan...

perempuan inginkn perhatian, noktah.

yup..mgkin bg kalian sudah berikn sluruh perhatian pdnya..tapi, terkadang dia sgaja ingn mnduga...

AJ Nismihan said...

CGG
erk
CGG? bukan PGG? hehe
dan suka tengok yang baru mula hidup baru ini bahagia-bahagia hendaknya.
Jadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali nanti ya CGG
*senyum*

seroJa
Sama-sama.
Kamu tahu, yang senyum kamu itu cukup manis.
Kenapa?
sebab ada jujur yang bersusun di atas bibir.
Eh, ya, yang begitu lah.
*senyum*

beautyRose
paling tidak, ada bunga-bunga bahagia yang dia simpan dulu.
dan anggap saja itu bukan ketentuan untuk kamu; kalian bisa baik-baik sahaja sebagai kawan, dan bukan pasang-pasangan.
ah, itu lebih baik dari kamu pisah lepas diikat erat tapi nikah dan kawin kan?
pasti saja itu lebih baik.
dan percayalah, semua ini hanya pinjam.
dan hayat kita juga pinjam dan subsidi dari-Nya.
biarlah yang pergi itu bahagia dengan jalan dia; dan kita yang tinggal ini bahagia dengan cara kita.
Pasti ada yang lebih baik dan indah-indah untuk kamu esok lusa.
dan, susah hidup itu sendiri satu jenis hidup kan?
ah, kamu pasti boleh rose; pasti!

eiffel
ah.
mana mampu aku sangkal kalau itu cara kamu.
dan cerita kamu.
*senyum*
ya, perhatian.
andai yang perhatian itu gagal wujud jelas,siapa saja bisa gugup percaya yang kasih itu masih tetap sama kan.
dan memang tidak salah kekadang menduga itu; tapi biarlah bertempat dan bermasa.
apapun, tahniah untuk jalur pandangan kamu; aku hormat.
ya, penuh hormat itu.
*senyum*

Beautiful_Rose said...

ada senyum dalam tangis bila baca komen AJ yang baru ini...

"ah, itu lebih baik dari kamu pisah lepas diikat erat tapi nikah dan kawin kan?
pasti saja itu lebih baik.
dan percayalah, semua ini hanya pinjam.
dan hayat kita juga pinjam dan subsidi dari-Nya."

AJ Nismihan said...

beautyRose
maaf kalau aku buat kamu bersedih hati.
sebolehnya, biarlah kita sedar yang sedih hati ini sekejap duga yang Allah beri supaya esok lebih kita kagum dengan indah nikmat yang benar manis untuk kita.
dan pasti; semua itu akan tiba masanya.
bersabarlah sahabat ku ya rose.
perit ini berbaloi sakitnya.
percayalah.

little ain said...

can sorry mend the broken heart?

i'm sure it can because sorry is the one of those magic words. and i believe, by having some tolerance and put aside the ego, problems can be solved.

:)

Is said...

mahu turut menyelam bila baca entri kali ni.

HEROICzero said...

ah kalau maaf semudah itu.


*nice. lain kali kalau dia mintak bunga matahari, bagi bunga lain. biar nampak egois. =)

| Larasephia | said...

Kalau sekuntum bunga pun mampu menjadi objek/subjek permulaaan sebuah perang dingin antara keduanya, apa lagi bila mempersoal beda jalan hidup masing2..

aku memang bukan tandingan abangku yang satu ini, tapi sekadar berkongsi kata ;

terkadang adam memilih matahari yang kelopaknya tak segan kembang dan terbebar, supaya secara tak langsung terbawa menampakkan gahnya dia sebagai seorang adam

dan hawa memilih mawar agar terlihat indah dan terpeliharanya dia,bagai mawar kuncup kelopaknya

kadang2 adam jolokkan bulan,tapi hawa idamkan bintang

ada ketikanya adam mahu ciuman ghairah pembuka asmara, (yang ni FRODO pasti SUKA) tapi hawa hendakkan peluk dakap hangat semata..

dijadikan adam dan hawa itu sangat berbeza..supaya saling bertikam lidah lalu akhirnya mencari damai dicelahan pertingkahan

lalu dijadikan adam dan hawa agar saling melengkapi keduanya..

“Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu), dengan tipu daya, tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulalah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang Kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu:”Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua. Adam berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah berbuat aniaya terhadap diri Kami, karenanya jika Engkau tidak memberi pengampunan dan rahmat kepada kami tentulah Kami tergolong orang-orang yang zalim” (al-A’raf: 22-23)

semoga para Adam dan para Hawa yang sedang melakar kisah cinta tidak terbujuk memakan buah2 terlarang yang sama.

cikmemy said...

ade sesetengah bende perlu utk kite ucap.tapi kalau ia lebih baik disimpan, utk ape dihebahkan?

dalam hubungan manusia selalu cari kesempurnaan.tapi x pernah sedar, diri sendiri pon xsempurna.
siapa kite untuk menilai orang lain?kan?

hargai ape yang ade.
walaupon ucapan maaf tu nampak senang.
tapi, berapa ramai yang mampu ucap dengan ikhlas?itu persoalan.

AJ Nismihan said...

little ain
yup, sorry can.
but, depend on how deep the word can dig for those problems.
if the problem is far down the drain, then you need more than a simple honest sorry.
anyway, action speak better than lips.
agree ain?

Is
selam lah.
pasti yang kamu tangkap semua ikan-ikan itu sebelum ia bisa hilang atau 'lemas' dalam akuariumnya sendiri ya Is.

HEROICzero
mudah atau tidak; kita yang pilih.
decide the best; and one day, the decision will go to your way too.
*smile*
egois? asalkan ada justifikasi pada apa yang di laku tindak, pasti takkan pernah salah, bukan?

biskut
i can't.
tried, but that never work.
and believe me there is no stupid student, but there are ineffective teacher.
*smile*

bukan penggoda said...

wa mcm tgk wayang bergambar yg tiada gambar. faham? ok. bagus.

entah kenape kte selalu je ckp yg takkan ada org pon boleh faham kte.
tp, dlm pd ms yg sme, kte mengharapkan ada org yg boleh dn akan faham kte.
dn akhirnye, kte akn merungut ble mmg takde org yg faham kte and in fact, kte sndri xfaham dri kte.

skg wa yg pening ble nk faham blek ape yg wa tules. kihkih.

AJ Nismihan said...

Lara
beza pasti ada, kerana yang dibalahkan itu sebenar melengkapi satu dari yang lain.
dan kalau semuanya sama sahaja pasti basi-basi indah itu sebab tiada warna-warna lain yang jadi corak coretnya nanti.
dan benar aku setuju kata kamu, yang indahnya hidup ini lebih tampak bila pandai mencari damai dicelah pertingkahan itu; dan itu sebenarnya-benarnya kunci hidup kan?

untuk pesan kamu yang satu penuh lengkap itu, aku percaya cukup penuh maknanya.

jangan pandang dengan niat serakah yang berbimbit aura syaitan durjana, sebab takkan lari indah itu dikejar dengan jujur, tapi nikmatnya pasti lebur hancur andai dibiar dirasuk rakus tanpa atur benar.

percayalah, sabar itu indah...


cikmemy
ah, benar itu.
hargai apa yang ada, kerana sempurna itu takkan pernah jadi satu tubuh dengan kita.
berikhlas dengan tindak dan berhasil ikhlas jugak dalam hidup.
percayalah, apa yang kita beri hari ini, esok jadi makan-makan kita juga.
jadi, berucaplah dengan penuh tulus, agar esok, yang sama kita terima.
kan begitu?
*senyum*

bukan penggoda
kita ini berniat hati mahu penuh-penuh sempurna, walau jiwa kita dalam-dalam faham yang itu mustahil wujudnya.
jadi, sesekali pasti jugak kita tergelincir dan berharap itu ini sedar kita tau takkan pernah kita dapat sepenuhnya seperti yang kita harapkan.
dan susah itu sendiri satu jalan hidup; dan pasti itu lebih baik dari monotone mendatar yang penuh bosan-bosan kan?
*senyum*
faham? ok. bagus.
ya, yang itu memang bagus.
*senyum*

maCy said...

dan maCY baca kembali bait2 indah buat mengubat fikiran yg kurang matang ini. terima kasih AJ..

AJ Nismihan said...

maCy
bagi aku manusia itu matang dengan cara mereka.
pada satu sudut, kita kelihatan lemah, sedang dalam sudut yang berbeda kita sebenarnya lebih teguh dan tidak bisa runtuh.
terpulanglah mahu dibiar sisi mana yang menjadi teraju.
dan kamu sendiri berdiri matang dalam sudut kamu; aku kira.
dan aku kagum untuk itu.